Jangan Jadikan Alasan Tak Sempat Puasa 6 Sebab Sibuk BERAYA & Layan Tetamu

Share

Puasa 6, puasa sunat yang ditunggu oleh setiap orang selepas menyambut hari raya aidilfitri. Ganjarannya amat besar, walaupun itu puasa sunat.

Nabi Muhammad SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)

Ada sesetengah kita, hari raya kedua terus puasa 6. Seronoknya bila dapat menghabiskan puasa sunat ini. Namun, ada sesetengah kita dilema bila nak mulakan bila Maklum saja banyak pula jemputan rumah terbuka dan meraikan kawan-kawan.

Malah, ada yang tak puasa 6 kerana tetamu asyik datang beraya dan rasa tidak patut pula. Ini belum lagi kalau nak puasa sunat kena minta izin suami.

Walaupun ada alasan tersendiri, lebih baik kita dengan pendapat daripada Muharrik Daie ini tentang alasan yang selalu kita gunakan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tiada Dalil Anak 7 Tahun Kena Berpuasa, Tengok Kemampuannya, Jangan Terlalu Tegas!

Puasa Sunat Syawal, Jangan Sampai Anggap Wajib!

Info Lebih Menarik DI SINI

Puasa 6, Antara Sunat & Pahala

“Ustaz dah puasa 6? Tanya kak Jamilah kat ofis semalam selepas aku beri kuliah zohor.

“Baru sehari kak sebab saya demam pada dua hari raya sampai ahad. Isnin saya cuba puasa tapi lemah sangat. Tak lalu. Tengoklah sehari dua ni.” Jawab aku pada Kak Milah

“Itulah. Akak pun belum lagi. Asyik ada tetamu saja datang. Kalau tak layan tetamu tak boleh juga. Kata ustaz kat masjid tu, kita kena layan tetamu sebab tetamu ni ada haknya. Nanti berdosa pulak akak.”

“Boleh jer puasa kak.” Jawab ku rengkas.

“Dah tu macam mana dengan tetamu? Tak berdosa ke akak. Kan ada hadis nya ustaz?” Tanya kak milah lagi.

“Mana pulak dosanya akak. Betullah ada hadis tu. Hadis ni kak, kita orang awam tak boleh faham secara literal macam tu. Ada huraian nya. Malah hadis tetamu pun bukan tingkatannya soheh.

Guru saya kata, tetamu yang dimaksud kan itu adalah tetamu dari jauh. Tetamu yang jarang datang. Yang datang sesekali. Bukan tetamu yang dekat, macam kawan ofis kita, jiran kita dan sebagainya.

Kalau tetamu jauh tu haruslah kita melayannya. Kalau tak berbuka pun tak apa, tak haram.

Hanya harus saja. Panjang kak nak bicara pasal hadis ni. Jadi, akak puasa jer lah. Inshaa Allah. Tak apa apa.” Ujar ku lagi.

Nak Puasa Kena Minta Izin Suami?

“Ini akak nak tanya satu lagi soalan. Boleh kan ustaz?”

“Boleh jer kak?” Jawab aku.

“Macam mana pulak kalau suami akak tak izin puasa enam tu?”

“Kenapa pulak suami akak tak izin?” Aku bertanya kembali.

“Saja akak tanya. Sebab ada orang kata, kalau suami tak izin, haram berpuasa. Betul ke ustaz.”

“Ohhh betulah tu kak. Tapi saya rasa boleh jer pakat pakat dengan suami puasa bersama.”

“Kenapa pulak kena minta izin ustaz?” Tanya kak milah lagi.

Dalam hati aku, kak milah ni saja saja tanya atau pun memang tak tahu betul.

“Begini kak. Hak suami terhadap isteri tu wajib. Dan puasa enam tu sunat. Jadi andaikata, akak puasa enam tanpa izin suami, dan suami pula pada siang hari meminta nak ‘bersama’ dengan akak sebab tak boleh tahan nafsunya, jadi akak wajib tunaikan hak suami. Sebab itu puasa sunat kena minta izin suami. Sebab menunaikan hak suami itu wajib. Bila wajib bertemu yang sunat, wajib kita menunaikan yang wajib. Kalau tidak akak berdosa. Dosa besar tau kak.” Ujarku panjang lebar.

“Owhh. Akak ni sebenar nya tahu ustaz cuma nak confirm saja. Bila ustaz terang tu, baru akak yakin, hehe.”

Perkara Kena Ulang Selalu

Aku hanya geleng kepala saja melihat telatah kak milah.

Sebenarnya perkara agama ni memang kita kena ulang ulang selalu. Sebab kita ni mudah lupa.

Apalagi dalam amal amal yang setahun sekali. Mengaji agama itu ilmu. Bertanya juga ilmu.

Menjawab pertanyaan juga ilmu. Jadi bila ada ilmu, terasa nikmat kita beramal. Kerana apa?

Kerana beramal tanpa ilmu sia sia.

Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan itu. Kalau nak, buat terus, nanti klau dah tinggal, nak sambung balik memang ‘bercinta’, banyak dugaan lain pula.

Sumber: Muharrik Daie

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora