Jangan jadi isteri yang ‘baik’ tapi jadilah isteri yang berakal. Dalam kehidupan berumah tangga, ramai wanita diajar untuk menjadi “isteri yang baik” tanpa mempersoalkan definisi sebenar istilah tersebut.
Jangan Jadi Isteri Yang ‘Baik’ Tapi Jadilah Isteri Yang Berakal
Mereka sering kali dibentuk untuk menjadi individu yang taat, patuh, dan sanggup berkorban demi rumah tangga walaupun kadang-kadang ia mengorbankan kebahagiaan dan maruah diri sendiri. Namun, konsep menjadi “isteri yang baik” ini sering disalahgunakan hingga menjadikan sesetengah wanita terperangkap dalam situasi yang tidak adil.
Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah menjadi isteri yang berakal, bukan sekadar isteri yang baik. Mengapa? Kerana isteri yang berakal tahu menjaga keseimbangan antara cinta dan kewarasan, antara tanggungjawab dan hak, serta antara pengorbanan dan penghormatan terhadap diri sendiri.
Isteri Yang Baik: Sayang Yang Membutakan
Isteri yang baik selalunya terlalu terikat dengan konsep “kesempurnaan” dalam perkahwinan. Demi menjaga keharmonian rumah tangga, mereka sanggup berdiam diri walaupun:
Dizalimi: Menerima layanan buruk suami seperti keganasan rumah tangga, penghinaan, atau sikap suami yang tidak bertanggungjawab.
Dianiaya: Tidak diberikan hak yang sepatutnya, seperti nafkah zahir dan batin, serta layanan adil.
Diperdaya: Mengiyakan segala tindakan suami, walaupun tindakan itu bertentangan dengan nilai agama dan moral.
Kebergantungan yang tinggi terhadap suami serta rasa takut untuk kehilangan rumah tangga sering kali menjadikan mereka tidak mampu melawan atau bersuara. Mereka menganggap diam itu adalah tanda kebaikan, dan ketaatan itu adalah bukti cinta. Namun, akibatnya, mereka hidup dalam penindasan yang berpanjangan tanpa sebarang pembelaan.
Ads
Isteri Yang Berakal: Bijak Membezakan Hak Dan Batil
Sebaliknya, isteri yang berakal adalah wanita yang tahu menggunakan kewarasan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Mereka tidak sekadar bergantung pada emosi semata-mata, tetapi mampu membezakan apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri serta keluarga.
Sedarkan Hak Diri: Isteri yang berakal tahu bahawa mereka mempunyai hak dalam perkahwinan, seperti nafkah yang mencukupi, penghormatan, dan kasih sayang. Jika hak ini tidak dipenuhi, mereka tidak takut untuk bersuara dan menuntut keadilan.
Tidak Membiarkan Diri Dizalimi: Jika dizalimi, isteri yang berakal tahu tindakan apa yang perlu diambil, sama ada berbincang, mendapatkan bantuan pihak ketiga, atau melibatkan undang-undang syariah.
Memikirkan Masa Depan Keluarga: Walaupun mencintai suami, mereka sedar bahawa membiarkan diri terus ditindas hanya akan memberikan kesan buruk kepada anak-anak dan diri sendiri.
Berani Mengambil Tindakan: Isteri yang berakal tidak takut untuk membuat keputusan yang besar demi kebaikan dirinya. Mereka tahu bahawa melindungi maruah diri adalah lebih penting daripada memelihara sebuah hubungan yang sudah rapuh.
Ads
Kebahagiaan Bermula Dengan Akal
Jadi, jadilah isteri yang berakal, bukan sekadar isteri yang baik. Seorang isteri yang berakal tahu bahawa ketaatan kepada suami ada batasnya, dan batas itu ialah apabila suami melangkaui nilai agama, hak, dan kebahagiaan yang sepatutnya dimiliki oleh isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang memerlukan keseimbangan antara cinta, hormat, dan tanggungjawab. Isteri yang berakal akan memastikan dirinya tidak dipergunakan atau disia-siakan, kerana mereka memahami nilai diri mereka dan tahu bahawa setiap individu berhak untuk dihormati.
Dengan menjadi isteri yang berakal, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga memberikan contoh yang baik kepada anak-anak tentang bagaimana kehidupan berumah tangga yang sihat sepatutnya dilalui. Hargai diri anda, kerana kebahagiaan bermula dari menghormati nilai anda sendiri.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali layan gajet atas urusan bisnes tak salah, tetapi janganlah sampai melalaikan sehingga anak-anak terabai. Lagi teruk ada mak ayah yang kononnya nak bahagiakan hati anak-anak tetapi asyik berkepit dengan gajet 24 jam. Betul ke cara kita tu?
Begitulah sedikit perkongsian daripada saudara Ahmad Hisyam Sabrani, kalau boleh sibuk kita biar berpada.
Hadap Gajet Sampai Melalaikan
Kau mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, huffaz quran, orang berjaya, taat mak bapak., pemimpin negara… Tapi hari-hari dalam hidup kau mengadap handphone lebih lama daripada masa kau mengadap anak-anak. Kau senyum depan gajet lebih banyak daripada kau senyum depan anak.
Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kau mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kau terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kau jerkah dia depan orang ramai.
Anak kau demam, kau bawa pergi klinik. Sementara tunggu no.giliran naik, kau layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu takda kawan nak bersembang. Paling kuat pun kau bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kau tak terganggu.
Perangai Mak Ayah Zaman Sekarang
Hari sukan sekolah, anak kau semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kau berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.
Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kau lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian… Kau di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, “Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan” dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kau turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.
Kau letakkan harapan pada masa depan anak kau setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kau letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anakpun melalui “perantaraan” Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kau pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.
Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kau tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kau nak sedar, setelah kau nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.
Kau adalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kau…
Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya. (HR al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa-apa yang dipimpinnya. Adakah ia pelihara atau ia sia-siakan, hingga seseorang ditanya tentang keluarganya. (HR an-Nasaa’ie dan Ibn Hibban, daripada Anas bin Malik. Ibnu Hajar mensahihkannya)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Viral satu Malaysia. Ingatkan anak-anak kita saja yang nyanyi lagu ini, rupanyaa semua anak-anak nyanyi. Mula-mula dengar macam pelik, pantun ke apa ni. Tapi bila lama-lama denganr syok pula.
Entah, siapakah penulis lirik lagu ni sampai anak-anak bukan main seronok lagi main sambil menyanyi. Sampaikan viral satu Malaysia anak menyanyi lagu ni.
Itulah, zaman sekarang beza sangat dengan zaman mak-mak dulu. Lepas ni lagu apa la pula lagu yang anak nak nyanyi kan.
Anak saya si Aya Sophia pun sama. Kali pertama dengar lagu ni masa dia tadika, 5 tahun. Ada satu lagi lagu yang dia suka nyanyi,
Segitiga,
Amerika,
India Aca-aca,
Ku tembak jatuh cinta,
Jeli jeli papa,
Jeli jeli mama,
Jeli jeli ultraman,
Jeli jeli superman,
Jeli jeli stop!
Help! Sampai aku pun dah hafal.
Siapalah pencipta lirik lagu ni ek? Tak ada kaitan langsung antara rangkap.
Nak kata asal dari Tiktok/ Youtube, bukan. Nak kata kita yang ajar, lagilah tak.
Zaman kita Assalammualaikum, kum apa kombat, bat apa batman, man apa mentol tu je. Nak kata cikgu tadika ajar, memang tak ada ajar lagu-lagu gini.
Kita kena selesaikan misteri ni segara guys. Sebab dia viral satu Malaysia tanpa diketahui asal usulnya.
Anak kau orang nyanyi lagu apa pulak?
Mingguan Wanita : Kita pakat ramai-ramai cari siapalah penulis lirik ni…hihih
Kalau ikutkan memang dah banyak kes anak tertelan objek, jadi mak-mak kena ambil tahu apa tanda-tanda yang berlaku dan apa yang patut dibuat.
Haaa… jangan kalut dan ragu-ragu sebab situasi ini akan jadi lebih buruk kalau mak ayah tak belajar tentang simpton anak-anak yang dah masukkan sesuatu dalam mulut.
Nak tahu lebih jauh, jemput baca perkongsian Dr Ezairy M.Sallih…
JANGAN BIAR ANAK ANDA TERTELAN OBJEK
Siapa berisiko tertelan objek? Bagaimana nak tahu anak kita tertelan objek asing? Apa tanda-tanda objek tersebut telah menyebabkan sekatan pada salur pemakanan? Adakah ia berbahaya kepada pesakit?
“Doktor, anak saya ni tiba-tiba saja mengadu tak boleh nak telan makanan. Sekarang ni air liur berkumpul dalam mulut dia, meleleh-leleh keluar. Saya perasan dia ada main dengan duit syiling dalam tabung dia tadi,” keluh si ibu.
Perkara seperti ini bukanlah asing dan jarang berlaku di kalangan masyarakat kita. Selalu pun dijumpai di klinik-klinik dan hospital.
Siapa yang berisiko menelan objek asing?
Kanak-kanak dan bayi merupakan suatu peringkat umur dimana mereka sering meneroka dan belajar tentang perkara-perkara baru. Jangan terkejut kerana salah satu daripadanya adalah dengan memasukkan sesuatu objek ke dalam mulut mereka. Kebanyakan mereka yang menelan objek asing berada di bawah umur 3 tahun.
Risiko menelan sesuatu di kalangan kanak-kanak adalah lebih tinggi apabila mereka ditinggalkan keseorangan atau tiada pengawasan. Risiko juga meningkat apabila objek tersebut berada dalam jangkauan mereka. Saya beri beberapa contoh yang biasa ditemui :
1. syiling 2. bateri kecil 3. butang 4. skru 5. pin 6. magnet kecil
Berhati-hatilah apabila anda menjumpai atau sedang menggunakan objek seperti di atas. Pastikan ia berada jauh daripada anak-anak anda.
Bagaimanakah saya tahu jika objek asing telah ditelan?
Gejala objek asing yang tertelan biasanya boleh dikenalpasti sejak di rumah lagi. Anda akan melihat tanda-tanda jika objek tersebut menghalang dan menyekat salur pernafasan. Simptom yang paling umum termasuk:
Sekiranya seorang kanak-kanak menelan objek dengan mudah dan tidak terperangkap dalam tekak dan berjaya sampai ke bahagian perut, ia biasanya tidak ada tanda-tanda membahayakan kepada pesakit. Objek itu biasanya akan terus melalui dalam saluran pencernaan. Ia akan bergerak secara semulajadi.
Gejala hanya akan muncul kemudian jika badan mempunyai masalah ketika melalui salah satu bahagian salur pencernaan tersebut.
Oleh itu, bagaimana mengenalpasti jika sesuatu objek yang tertelan itu tersekat pada bahagian bawah tekak dan salur pencernaan?
Gejala-gejala yang mungkin berlaku apabila sesuatu barang itu tersekat dalam esofagus atau usus termasuk:
1. muntah
2. air liur meleleh
3. sakit dada atau tekak
4. keengganan makan
5. sakit perut
6. demam jika jangkitan telah berlaku
Adalah penting untuk berunding dengan doktor jika anda atau anak anda menelan objek asing.
Menelan objek seperti bateri dan magnet adalah dikira sebagai perkara kecemasan. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda atau seseorang yang anda kenal telah menelan objek magnetik.
#SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga bermanfaat. Semoga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...