Sesetengah daripada kita memandang ‘enteng’ dengan lauk basah yang dibekukan terutamanya ikan frozen. Katanya ia tidak sesegar ikan ‘fresh’. Tambahan pula harganya boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.
Jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan frozen lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan segar dan jangan memperlekehnya. Nak tahu apa perbezaannya, ikuti ulasan ini.
1. Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana memikirkan ia lebih berkhasiat namun ini tidak semestinya benar. Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit. Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak nutrien seperti ikan segar.
Ads
2. Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya. Ini dicapai dengan segera membekukan ikan tersebut pada suhu rendah untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan.
Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat. Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada udara. Sebaik sahaja anda telah membeli Tilapia beku, pastikan anda menyimpannya di tempat beku sehingga anda bersedia untuk menggunakannya. Kemudian, nyahbeku ikan tersebut dengan membilas di bawah air sejuk dan masak dengan segera.
3. Ikan yang “fresh” pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku. Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk beku.
Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan “frozen” yang dibeku kilas; ini kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas. Ikan “frozen”, sejurus ditangkap, akan disiang, dibuang organ dalaman, dibersihkan, divakumkan dan terus dibekukan secara pantas pada suhu -18 darjah Celcius ke bawah.
Info: Fakta yang menyeronokkan: Teknologi pembekuan makanan pertama kali dicipta oleh Clarence Birdseye untuk membekukan ikan!
Rujukan: Wang, C., Li, X., Zhao, X., Bi, H., & Xie, J. (2022). The investigation of storage situation of fish muscle via the analysis of its exudate by MALDI-TOF MS. Food Chemistry, 373, 131450.
Ads
Mingguan Wanita : Rasanya pun tak jauh beza dengan ikan segar.
Baju baru beli di kedai, nyata nya nampak bersih di pandangan mata. Realitinya tak ya, mak ayah. Penjelasan Mohd Fhais ini akan buka mata kita.
Betapa, seramnya bila mak ayah tak basuh dulu baju-baju baru dibeli tu sebelum di pakai. Bayangkan, baju yang nampak bersih tu rupanya ada macam-macam kejadian dah terjadi ke atasnya.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di Bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain-kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan-bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau ditutup rapi.
Saya jadi tertanya-tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas serangga ke? (tanya dalam hati)
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
Owner Kilang Kain Dedahkan Sendiri..
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Sebab Itu Baju Baru Beli Kena Basuh Dulu Sebelum Pakai
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
MW : Haa.. dah boleh buang habit pakai terus baju baru beli tu ya. Apa-apa pun kena basuh dulu. Sama macam buah baru beli.. kena basuh dulu baru makan.
Sumber/Foto : Mohd Fhais , Mata nampak bersih tak semestinya bersih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Roti ‘Expired’ Buat Baja, Dapat Lebatkan Bunga, Buah & Gemukkan Daun! Jika ada roti di rumah yang dah tamat tempoh, jangan dibuang begitu sahaja, boleh dibuat baja semburan pada tanaman. Memang hasilnya terbaik, boleh menggalakkan pengeluaran bunga, melebatkan buah dan menggemukkan daun.
Ikut cara buat baja roti guna roti yang dah tamat tempoh seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini sebagai panduan;
Seperti yang telah dijanjikan, saya share cara-cara nak buat mol roti(baja roti). Fungsi baja roti sama seperti baja yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun.
Bahan-Bahan Diperlukan:
2 keping roti Gardenia (expired)
4 sudu gula merah (Guna gula perang dan gula kabung pun boleh)
1.5L air mineral (Boleh guna air mati/air hujan atau air tapis. Asalkan bukan air paip)
Gunting,sudu & corong kertas.
Cara Membuat:
1. Penutup botol perlu ditebuk untuk mengeluarkan gas.
2. Gunting roti kepada kepingan kecil.
3. Kemudian masukkn roti ke dalam botol yang berisi air mineral.
4. Selepas itu, masukkn 4 sudu makan gula merah ke dalam botol.
5. Kemudian tutup botol rapat-rapat dan goncang.
6. Simpan di tempat yang gelap selama seminggu.
Cara Menggunakannya:
Setelah seminggu, tapis mol roti. Ambik patinya sahaja.(Roti yang terurai buang).Guna air yang bening sahaja sebagai pati.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ambik 10ml mol roti dan + dengan 1L air biasa.
Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga. Tak de masalah.
Routine seminggu sekali, waktu pagi sahaja.
Fungsi mol roti untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan melebatkn buah serta mnggemuk dan menghijaukan daun.
Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.
Mingguan Wanita: Jadi jika ada roti yang tamat tempoh dekat rumah tu, boleh buat baja roti sendiri. Memang elok untuk tanaman. Ia dapat menggalakkan pengeluaran bunga, melebatkan buah serta mnggemuk dan menghijaukn daun.
Perasan tak, ada sesetengah tudung selalu kita pakai akan kelihatan bertompok seperti bekas minyak, lebih-lebih lagi pada bahagian lipatan di pipi. Siap ada dua tompok, kiri dan kanan lagi.
Kesan bekas minyak ini tetap ada walaupun sudah di basuh banyak kali. Kadang-kadang tak tahu dari mana pula datangnya kesan ini.
Sebenarnya, bekas minyak yang nampak pada tudung itu mungkin daripada kesan solekan wajah dan tak kurang juga kulit muka berminyak kita. Kesannya terlekat pada tudung.
Sukar hilang walaupun sudah dibasuh sampaikan ada yang tidak sanggup pakai tudung itu lagi. Terpaksa beli baru pula ye! Tapi, kalau tudung yang mahal, sayang pula.
Lepas ini, boleh selongkar balik tudung-tudung yang ada bekas minyak itu untuk bersihkan semula dengan cara yang dikongsikan oleh Debu Putih ini.
3. Lumurkan banyak-banyak pada kawasan kesan tadi.
4. Basuh guna sabun yang dapat free dari hotel pun boleh. Nak pakai sabun lain pun boleh. Basahkan sabun dahulu, barulah gosok pada tudung yang kering. Kalau basahkan tudung dulu, bedak yang ditaburkan itu diserap air pula.
5. Hasilnya, selepas bilas, jemur kering. Tak ada lagi kesan minyak. Kalau ada pun mungkin minima. Nanti bila nak basuh boleh buat cara ini sehingga hilang.
Mingguan Wanita : Mak-mak bolehlah tengok-tengokkan tudung yang ada kesan minyak ni, boleh buat nanti. Jimat..tak perlu beli baru pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.