Jangan Ingat Cikgu Tak Ada Kerja Lain “Ya Ampun, Darah Tinggi Pakcik. Usahalah Dulu Check Conversation”

Share

Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain. Sejak adanya aplikasi whatsapp, segala urusan aktiviti persekolahan dikongsikan menerusi medium ini.

Sebagai ibu bapa memang banyak grup yang akan kita sertai. Tujuan sebenar adalah untuk guru menyampaikan maklumat kepada  ibu bapa dan anak murid. Namun ada segelintir ibu bapa yang terlalu banyak bertanya tanpa melihat dahulu maklumat yang dikongsikan oleh guru di grup whatsapp tersebut.

Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain

Sebagai seorang waris kepada anak murid, perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin menerusi Facebooknya ada kebenaran.

Secara realiti bila membaca grup di whatsapp kadangkala pening kepala kita membaca apatah lagi seorang guru. Nasihat dari saudara Firdaus ini cukup bermakna dan iktibar buat ibu bapa di luar sana.

“Tahun lepas masuk group wassup dan telegram sekolah anak…

Sempat la beberapa minggu dlm tu pastu left, suruh wife je join…tahun ni, kena add lagi dlm group…

“Ya Ampun, darah tinggi pakcik taw, pakcik stress la…”

Saya ok ja, tak kisah pun klu nak stay dlm group tu…yg saya tak tahan, byk waris suka tanya soalan yg adakalanya, jawapan tu dah berkali-kali cikgu bgtau…

Cikgu plak, daripada reply dgn huruf kecil, terus guna HURUF BESAR…

Soalan yg sama, berulangkali ditanya…jawapan tu bleh dpt dgn scroll atas selang 2,3 baris ja…

Usahalah Dulu, Check Balik Conversation

Kita sebagai waris, usahalah dulu, check balik conversation…klu dah tak jumpa jawapan, memg btol2 tak dpt jawapan, baru kita tanya…

Jgn ingat cikgu tu xde keje lain…bukan keje cikgu nak melayani setiap pertanyaan waris sbb dia dah pun terangkan dan bg jawapan dgn jelas kat atas tu…

Bila ada parent lain tolong jawabkan, dia tanya lagi, “BETUL KE CIKGU…?”

Nak cikgu jugak yg JAWAB!!!

Come on gais…scroll skit atas bwh depan blkg…we can do better la…,” luah Firdaus Shakirin.

Baca Disini : Tip Mak Hebat, Sediakan Hanya Sepasang Baju Sekolah, Jimat Masa, Tenaga & Tidak Membazir

Sumber / Gambar Foto  :  Facebook Firdaus Shakirin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

 

Published by
Norhayati Suboh