Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain. Sejak adanya aplikasi whatsapp, segala urusan aktiviti persekolahan dikongsikan menerusi medium ini.
Sebagai ibu bapa memang banyak grup yang akan kita sertai. Tujuan sebenar adalah untuk guru menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan anak murid. Namun ada segelintir ibu bapa yang terlalu banyak bertanya tanpa melihat dahulu maklumat yang dikongsikan oleh guru di grup whatsapp tersebut.
Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain
Sebagai seorang waris kepada anak murid, perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin menerusi Facebooknya ada kebenaran.
Secara realiti bila membaca grup di whatsapp kadangkala pening kepala kita membaca apatah lagi seorang guru. Nasihat dari saudara Firdaus ini cukup bermakna dan iktibar buat ibu bapa di luar sana.
“Tahun lepas masuk group wassup dan telegram sekolah anak…
Sempat la beberapa minggu dlm tu pastu left, suruh wife je join…tahun ni, kena add lagi dlm group…
“Ya Ampun, darah tinggi pakcik taw, pakcik stress la…”
Ads
Saya ok ja, tak kisah pun klu nak stay dlm group tu…yg saya tak tahan, byk waris suka tanya soalan yg adakalanya, jawapan tu dah berkali-kali cikgu bgtau…
Cikgu plak, daripada reply dgn huruf kecil, terus guna HURUF BESAR…
Soalan yg sama, berulangkali ditanya…jawapan tu bleh dpt dgn scroll atas selang 2,3 baris ja…
Usahalah Dulu, Check Balik Conversation
Kita sebagai waris, usahalah dulu, check balik conversation…klu dah tak jumpa jawapan, memg btol2 tak dpt jawapan, baru kita tanya…
Ads
Jgn ingat cikgu tu xde keje lain…bukan keje cikgu nak melayani setiap pertanyaan waris sbb dia dah pun terangkan dan bg jawapan dgn jelas kat atas tu…
Bila ada parent lain tolong jawabkan, dia tanya lagi, “BETUL KE CIKGU…?”
Nak cikgu jugak yg JAWAB!!!
Come on gais…scroll skit atas bwh depan blkg…we can do better la…,” luah Firdaus Shakirin.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
“Tidak pernah rancang berkahwin lain, tinggalkan dia”. Pemandu lori berhenti kerja uruskan isteri. Inilah dinamakan pasangan yang setia, sanggup hadapi segalanya dikala sihat atau sakit.
Pengorbanan yang dilakukan suami ini bukanlah sedikit kerana sanggup melepaskan kerjanya dan memberi fokus sepenuh masa kepada keperluan isteri.
Pemandu Lori
Sudah lebih tiga tahun Fauziah Tajudin terlantar selepas menjalani pembedahan akibat sakit tumor otak, namun dia tidak berseorangan menanggung ujian itu kerana suami, Kamaruddin Ahmad masih setia di sisinya sehingga kini.
Kamaruddin, 47, juga sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori tiga tahun lalu demi menjaga dan menguruskan Fauziah, 46, yang sudah tidak berdaya makan, mandi mahupun bergerak sendiri.
Bercerita lanjut, jelas Kamaruddin yang juga bapa tiga anak itu, Fauziah dulunya suri rumah dan sihat tubuh badan namun segala-galanya berubah selepas disahkan doktor menghidap tumor otak pada April 2016.
Berhenti Kerja Uruskan Isteri
“Pada 1 April 2016, mulutnya (isteri) senget dan saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.
“Doktor memaklumkan isteri kemungkinan ada tumor otak dan dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pengesahan lanjut.
“Doktor di hospital mengesahkannya kemudian pihak hospital beri pilihan untuk saya rujuk isteri ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun saya pilih ke Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut Kamaruddin, penyakit isterinya kini berada tahap empat dan sudah tiga kali Fauziah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan.
“Kali pertama pada 3 Jun 2016 kemudian 9 Disember 2017 dan yang terakhir 28 Februari 2019.
“Awalnya isteri masih boleh berjalan cuma tidak kuat namun kesihatannya semakin merosot hingga terlantar selepas pembedahan kali ketiga.
“Keadaannya membuatkan saya nekad ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya. Memang berat untuk buat keputusan itu namun saya lakukan demi isteri,” katanya.
Kamaruddin berkata, buat masa ini, dia bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang diterima sejak 2017.
“Saya terima bantuan sebanyak RM800 sebulan, RM500 disalurkan JKM manakala RM300 lagi daripada Baitulmal.
“Ikutkan memang tidak cukup malah pernah kami sekeluarga pernah ikat perut ketika isteri mula jatuh sakit dulu namun cuba biasakan diri hidup sederhana dengan makan apa yang ada saja.
“Ini kerana saya masih perlu menanggung anak bongsu yang masih bersekolah di tingkatan dua manakala anak sulung sudah berkahwin dan ikut suaminya ke Sabah dan anak kedua sudah berdikari dengan ambil upah sebagai buruh binaan,” katanya.
Tambah Kamaruddin, dia tiada masalah melakukan kerja rumah kerana sudah terbiasa dengan rutin itu sebelum isterinya terlantar lagi.
Bagaimanapun, dia akui berdepan kesukaran menguruskan isteri pada peringkat awal hingga ada ketika ia menguji emosi serta tahap kesabarannya.
“Rutin harian saya bermula selepas solat subuh dengan memberi isteri minum susu pada jam 6 pagi dan perlu ulangi rutin sama setiap 3 jam sekali.
“Jam 3 petang pula, saya beri isteri makan bubur dan begitulah rutin setiap hari selain membawanya ke tandas untuk mandi serta buang najis.
“Jujurnya memang menguji kesabaran terutama ketika mula-mula dulu kerana pernah beberapa kali isteri buang najis pada badan saya ketika mengangkatnya ke tandas namun kini sudah lali dengan semua itu,” katanya.
Kamaruddin mengakui ada yang mencadangkannya untuk berkahwin lagi namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berbuat demikian.
“Tumpuan saya kini hanya pada isteri dan anak jadi tidak pernah rancang untuk berkahwin lagi jauh sekali meninggalkan isteri.
“Jika ada sedikit waktu terluang pun, saya akan main permainan video supaya tidak fikirkan hal selain keluarga.
“Lagipun, isteri perlukan perhatian saya kerana dia juga bergantung dengan ubat darah tinggi dan sawan,” katanya yang turut mendapat bantuan anak bongsunya, Mohd Minzan Shah, 14, untuk menjaga isteri.
Mingguan Wanita : Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi Kamaruddin di talian 019-6364188.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Akidah bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.
Ujian kesihatan merupakan salah satu nikmat yang Nabi s.a.w minta kita syukuri. Antara lain, kata Baginda yang mulia: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa muda sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” – (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Masih Bergelut Dengan Wabak
Hadis ini sesuai direnungkan pada waktu kita sedang bergelut dengan wabak yang belum lagi nampak titik hujungnya. Berbuatlah sehabis baik dalam skala kita sebagai hamba Allah SWT untuk mencegah daripada dijangkiti. Usaha ini juga mrupakan salah satu daripada tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat sihat yang diberikan.
Rakan penjaga yang dihormati, cara pandang terhadap wabak yang cuba saya bawakan menerusi artikel ini adalah sebuah cara pandang yang diajarkan oleh Islam yang seharusnya dipegang kemas. Daripada mana sumbernya, sudah tentu daripada al-Quran dan Sunnah yang sudah pun rapi disusun dan sarat dengan panduan.
Mana mungkin kejelasannya dapat kita nampak dan hikmahnya dapat kita rasai jika isi kandungannya hanya dipandang sepi. Begitu jugalah dalam hal mendidik dan menguruskan hal ehwal anak-anak kita.
Pangkat yang dianugerahkan Allah sebagai ibu bapa tidak memberikan tiket kepada kita untuk mencorakkan mereka mengikut rasa dan pertimbangan akal semata tanpa petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Bahkan, adalah dituntut untuk kita menekuni konsep yang diberikan Allah menerusi kalamnya dan cara dan metode pendidikannya menerusi teladan Baginda s.a.w. Oleh yang demikian, dua sumber ini seharusnya benar-benar dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
Bangunkan Akidah
Dalam mendidik anak-anak, perkara utama yang harus ditekankan adalah semaian akidahnya. Ia harus kukuh berakar dalam sanubari anak-anak kita. Sejajar dengan plot dakwah Nabi s.a.w yang memulakan dakwahnya di Mekah dengan pemasakan akidah sehingga mengambil masa 13 tahun.
Kejayaan Baginda s.a.w dalam usaha baginda ini kemudiannya dapat dilihat dengan tamadun yang dapat dibina dengan utuh di kota Madinah. Bukan sahaja secara material malah lebih-lebih lagi keutuhan peribadi mukmin dalam diri para sahabat Baginda. Nama Islam disegani dan benar-benar dijulang dek kerana hati-hati yang tawaduk kepada Ilahi.
Serangan Akidah Secara Diam-Diam
Beginilah peribadi anak-anak yang ingin kita bangunkan. Anak-anak kita mungkin tidak berdepan dengan serangan akidah secara fizikal namun serangan yang mereka hadapi adalah secara halus dan tidak nampak zahirnya. Tanpa pengukuhan akidah yang mapan dalam jiwa mereka sudah tentu banteng akidah mereka senang tercalar. Kesannya dapat dilihat daripada cara mereka berfikir, berhujah dan berperilaku. Maka teladan yang Nabi s.a.w tunjukkan haruslah diikuti agar anak-anak tidak terperangkap dengan serangan ini.
Rakan penjaga yang dihormati, kepercayaan adalah titik mula kepada pembinaan karektor dan tingkahlaku yang baik. Kepercayaan yang ditunjangi dengan akidah yang murni bersumberkan al-Quran dan Sunnah pasti membuahkan sebuah karektor mukmin yang soleh lalu membuahkan tingkah laku penuh adab yang mengetahui letak duduknya setiap perkara dalam sistem kehidupan. Maka benarlah teladan Baginda s.a.w yang memasakkan akidah kepada bangsa arab jahiliyyah sehingga berjaya menghasilkan sebuah tamadun yang disegani.
Mak Ayah Kena Sepakat
Dalam bingkai kehidupan keluarga yang kita miliki, ibu dan ayah harus sepakat dalam soal ini demi mewujudkan sebuah persekitaran yang selari dan harmoni. Kejayaan membina tamadun dalam rumah adalah hasil kesefahaman dua pihak iaitu ibu dan ayah yang sentiasa memastikan ketunggalan Allah dalam setiap gerak geri perlakuannya.
Bagaimana untuk mendapatkan persefahaman itu ialah dengan berlaku ihsan dalam setiap pergerakan. Kedua-dua ibu dan ayah harus bertindak demi menyampai dan membenarkan ketunggalan Allah SWT. Maka insyaAllah perselisihan akan dapat dikurangkan dan persekitaran harmoni dapat diwujudkan dalam usaha menyemai akidah dalam diri anak-anak.
Walau bagaimanapun, dalam memperkenalkan keagungan Allah, tiadalah yang lebih layak dan tepat melakukannya melainkan Allah SWT sendiri. Maka mintalah dan seringlah bermunajat kepada-Nya sesuai dengan martabat hamba yang kita miliki. Wallahuallam.