Begitulah isteri, setiap kali terima gaji pasti difikirkan suami dan anak-anak. Hendak belikan suami yang itu, nak belikan anak yang ini. Hingga kadang-kadang dia terlupa untuk belanja diri sendiri.
Sebaik-baiknya, mak-mak atau isteri ini bukan hanya fikirkan anak dan suami sahaja, tetapi perlu self reward diri sendiri juga. Tubuh kita sendiri juga punya hak sendiri. Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif dan renungkan baik-baik.
Semalam saya bawa bidadari saya ke Mahkota Parade Mall. Saya keluarkan hampir semua duit RM 50 yang ada dalam wallet saya dan saya bagi pada dia.
“Nah duit untuk sayang shopping. Tapi ingat, jangan shopping untuk saya. Jangan shopping untuk anak anak langsung kali ni. Shopping untuk diri sendiri je tau sayang ”
Kali ni saya agak sedikit bertegas sebab saya nampak selama ni dia jenis tak fikir langsung untuk diri sendiri. Kalau membeli di shopee sekalipun banyak dia order untuk saya dan anak-anak saja sebenarnya. Saya baru perasan!
Dalam perjalanan ke Mall semalam saya siap ajar dia lagi tentang Self Care diri. Saya beritahu yang orang lain ada hak. Begitu juga tubuh kita. Tubuh kita pun ada hak dia juga.
Saya beritahu dia lagi kalau kita terus memberi, memberi dan memberi tanpa kita fikirkan diri sendiri akhirnya kita akan jadi exhausted sendiri. Masa tu kita akan jadi murung, rasa tak dihargai, mudah melenting dan pemarah.
Saya ajar isteri saya tentang konsep Self Reward. Saya bagitahu dia kalau dah berhempas-pulas jaga anak-anak ini, kita kenalah bagi reward pada diri juga. Reward ini macam gaji lah. Apa jadi kalau orang dah berpenat lelah berbulan-bulan buat kerja tapi tak digaji? Memang habislah menderita orang itu.
Sama juga macam tubuh kita. Mereka pun perlu diberi gaji ataupun yang kita panggil sebagai Self Reward tu. Bila dah bagi penerangan panjang lebar akhirnya isteri saya mengangguk akur. Dia hulurkan tangan dan ambil duit saya bagi tu tanpa menolak lagi.
Pagi ni bila bangun pagi saya boleh nampak mood dan keceriaannya meningkat berkali-kali ganda. Senyum saja memanjang. Wajah nampak berseri lain macam. Manis sungguh! Memang serius tak rugi langsunglah melabur sikit malam tadi untuk Self Reward si isteri.
– Taufiq Razif –
MW: Belilah jiwa isteri, dengan bagi dia self reward. Beri dia peluang untuk nikmati self reward, pasti isteri bertambah bahagia. Insyallah.
Sumber: Dr Taufik Razif