Jangan halalkan terus orang berhutang dengan kita, lama tak bayar makin banyak pahala diraih. Hutang oh hutang. Kerana hutang dari kawan boleh jadi lawan. Siapa pernah alami hal begini? Semuanya kerana hutang. Masa meminjam muka manis tapi bila perlu buat bayaran, akhirnya boleh jadi musuh.
Di sebalik ramai yang pernah terkena di mana beri pinjam tapi kawan lambat bayar, ada tak bayar terus, ada yang sengaja tak nak bayar serta macam-macam perangai lagi. Di sebalik ramai tak sedar, semakin lama orang berhutang dengan kita (kerana keengganannya membayar) maka setiap hari kita akan dapat pahala sehinggalah orang yang meminjam menjelaskan semua hutang piutangnya.
Perkara biasa jika ada kawan-kawan yang berhutang. Perkara biasa juga jika ada kawan-kawan yang tak bayar hutang. Ada ketika tuntut semula hutang seolah-olah seperti kita pula yang meminta sedekah. Mukanya selamba, muka kita pula yang malu-malu alah. Ada juga sehingga putus silaturrahim.
Jangan Halalkan Terus Orang Berhutang Dengan Kita
Ramai yang malas ambil pusing lalu halalkan sahaja. Sikap yang bagus tapi agak kurang beruntung. Saya nasihatkan jangan dihalalkan orang berhutang itu. Tapi berikan dia masa untuk membayarnya. Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya katanya;
‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’.
“Kemudian aku mendengar baginda berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
Ads
“Aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, engkau kata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat pahala satu sedekah untuk setiap hari’. Kemudian aku mendengar engkau berkata, ‘Sesiapa yang memberi masa kepada orang yang berhutang yang kesempitan, dia akan mendapat dua pahala sedekah untuk setiap hari’.
Lalu baginda bersabda, ‘Dia akan dapat pahala satu sedekah untuk setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika tiba masa pembayaran lalu dia masih memberi masa, dia akan mendapat pahala dua kali sedekah untuk setiap hari’.” [HR Ahmad 22942; Isnaduh Sahih].
Contoh, jika anda memberi tempoh 2 bulan untuk melunaskan hutang kepada si peminjam, maka selama 2 bulan itu anda akan mendapat satu pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Apabila telah sampai tempoh dua bulan tadi, anda beri lagi masa kepada peminjam, maka ketika itu anda akan mendapat 2 pahala sedekah setiap hari, Insya’Allah.
Lama Tak Bayar Makin Banyak Pahala Diraih
Tapi apa nilainya satu pahala sedekah itu? Banyakkah? Saya bawakan beberapa hadis lain untuk menunjukkan betapa besarnya satu pahala sedekah itu.
“Hindarkan dirimu dari Neraka walaupun hanya dengan separuh kurma, jika tidak ada maka dengan bertuturlah kata yang baik.” [Muttafaq ‘alaih]
“Setiap orang di bawah naungan sedekahnya sehingga diputuskan hukum di antara manusia.” [HR Ahmad dan Hakim dan disahihkan oleh Al-Albani]
Dan ada banyak lagi hadis tentang kelebihan sedekah termasuklah mengubati penyakit jasmani. Begitu besar pahala sedekah sehingga boleh menghapuskan dosa, menghindarkan Neraka, menjadi naungan di Mahsyar, dan ada pelbagai hadis lain yang jika anda teliti menunjukkan amalan sedekah ini adalah amalan yang besar manfaatnya.
Dan anda pula memiliki pahala sedekah setiap hari, hanya kerana anda melanjutkan tempoh kepada peminjam untuk membayar hutang. Boleh jadi hutang itu hanya RM10 sahaja. Atau bahkan mungkin RM1?
Jadi, biarlah jika hutang anda berpuluh tahun tidak dibayar, anda tetap mendapat pahala sedekah setiap hari yang sebenarnya sangat besar di sisi Allah.
Dan akhir sekali, jika si peminjam telah mampu untuk membayarnya walaupun setelah dia mati melalui warisnya, maka ketika itu, anda sedekahkanlah sahaja kerana ada hadis lain yang berbunyi;
“Sesiapa yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya.” [HR Muslim 7512]. Allahua’lam. Semoga bermanfaat. Barakallahufikum.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rezeki, jodoh ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Hanya Dia. Jika kita tahu bila kematian kita, bolehlah kita membuat persediaan.
Tidak dinafikan, setiap daripada kita akan merasai kematian, tiada yang kekal kecuali Allah. Tapi kita tak tahu bila dan di mana. Namun, sebagai umatNya, kita kena bersedia untuk menempuh keadaan ini.
Walaupun kita tak tahu bila ajal kita, tapi menjadi satu keperluan untuk kita supaya melengkapkan diri dengan ilmu. Lebih-lebih lagi bila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.
Perkongsian ini boleh membantu kita, jika berlak kematian ahli keluarga di rumah. Jangan cemas sebalikmya bertenang dan buatlah persediaan yang sepatutnya.
1. Telefon ambulans. Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.
2. Call orang surau atau jiran yang terdekat
3. Bawa dokumen yang diberi doktor tadi. IC si mati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.
4. Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran-jiran
Urusan Di Rumah
1. Letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.
2. Periksa seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu.
3. Salin seluar baju yang bersih.
4. Cari perca kain bersih. Buat beberapa tali. Sedia kan minyak zaitun atau baby oil. Mulakan dari muka. Urut berlahan-lahan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala.
5. Urut mata perlahan-lahan, rapatkan. Jika tak rapat. letak duit syiling 50 sen di kelopak, bila dah rapat, keluarkan duit tu.
6. Tangan, siku urut perkahan-lahan. Kiamkan elok-elok, ikatkan kemas-kemas.
7. Punggung, paha rapat kan elok-elok. Urut perlahan-lahan.
8. Lutut rapatkan elok-elok, ikat tali.
9. Betis rapatkan. ikat tali.
10. Penggelangan kaki urut dengan minyak rapatkan dan ikat kemas-kemas..
11. 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.
12. Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..
13) Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.
Untuk Persiapan Lain
1. Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 4 helai. Towel satu.
2. Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat. Simpan dalam plastik.
3. Sebelum kedatangan jiran-jiran dan anak yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat-cepat bersihkan rumah.
4. Bila jenazah di rumah dah siap semua. sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambil kesempatan membaca surah.
Nota:
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat perlahan-lahan sambil sedekah Al-Fatihah. Ini kerana jenazah yang tercabut nyawanya, di dalam keadaan perit dan sakit.
Wallahua’lam
Semoga bermafaat untuk semua.
Mingguan Wanita : Sedikit sebanyak ia memberi ilmu dan panduan, Siapa yang tidak sedih tapi tak perlu meratap. Lakukan khidmat terakhir untuk orang yang kita sayangi.
Gaduh adik beradik, itu perkara biasa. Marah, lepas tu boleh pulak gelak ketawa bila jumpa kembali. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula darah daging sendiri.
Namun, tak semua adik beradik boleh macam tu. Jenis ada gaduh adik beradik sampai left grop keluarga, tak bercakap berbulan-bulan dan lebih teruk ada yang sampai sanggup putus saudara.
Jangan begitu, itulah darah daging kita. Tak perlu nak bergaduh atau bermasam muka. Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti, keluarga jugalah tempat kita akan kembali. Seperti apa yang dokongsikan oleh Nurshakinah Ahmad dalam video tiktoknya.
Adik beradik, ada sesetengah orang bergaduh bukan main lagi, sampai ‘left grop’ tak nak bercakap berminggu-minggu, block sana, sini.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik. Ada msa alah faham, berselisih pendapat. Tapi janganlah jadi macam budak-budak. Kita yang dah matang dan besar panjang kenalah tangani dengan baik.
Doakan yang baik dan bukannya perbesarkan masalah yang ada. Bayangkan kalau dah ‘left grop’, lepas tu terhegeh-hegeh pula nak masuk grop keluarga. Kan dah malu!
Terimalah adik beradik kita sebab kita tak pilih untuk dapat adik beradik begitu tapi Allah yang pilih. Jadi, jagalah amanat dengan baik.
Sentiasa Memaafkan
Kena ingat, suatu hari ditakdirkan kita susah, mesti akan berbalik pada adik beradik dan keluarga juga. Ada beribu-ribu kawan pun, kita akhirnya akan berbalik pada keluarga.
Begitu juga hubungan suami isteri, kita sayang, romantik, bagai pinang di belah dua tapi bila dilandai badai, orang yang kita akan rujuk dan balik pada keluarga kita juga.
Jadi, sentiasalah memaafkan dan doakan yang baik-baik untuk adik beradik dan keluarga kita.
Mingguan Wanita : Tak perlulah nak gaduh, dengki atau iri hati. Susah macam mana sekalipun, dengan adik beradik juga kita minta tolong.
Memang ada benarnya, dalam kehidupan sudah-sudahlah bunuh jiwa dengan asyik membandingkan diri dengan orang lain. Membandingkan apa yang orang lain ada berbanding apa yang kita ada dan perlu syukuri. Situasi ini, sebenarnya boleh menjerat diri dan membuatkan jiwa kita sakit dalam diam.
Baca dan hadamkan perkongsian daripada Tuan Aidil Adhaini sebagai panduan;
“Sudah-Sudah lah Bunuh Jiwa Dengan Asyik Membandingkan Diri Dengan Orang Lain.”
1. Nampak macam perkara biasa. Tapi ya,ini lah realiti hidup.Kita pantang tengok orang lebih dari kita,pasti kita akan label diri sendiri sebagai seorang yang gagal.
2. Kita kuat memberontak sana sini.Kita seolah-olah anggap hidup kita suram,tiada masa depan.Sedangkan kita terlepas pandang rezeki di depan mata.
3. Kita lahir dari keluarga yang supportive,makan minum cukup,ada tempat tidur yang selesa.Tetapi kita masih rasa semua tidak cukup.
4. Sedangkan tiap fasa kehidupan ada perjalanan yang tersendiri.Setiap perjalanan ada dugaan yang tersendiri.
Dan perjalanan dan dugaan kita adalah tidak sama.
5. Kita terus tekan diri sendiri sehingga membunuh jiwa tanpa sedar.Akhirnya,diri kita sendiri adalah penyebab jiwa kita terdorong ke lembah kehancuran hidup.
6. Ada orang gaji dia besar, tapi tuhan uji dia dapat anak down syndrome.Rupa-rupanya rezeki gaji besar dia untuk bahagiakan anak istimewa dia.Dalam hidup senang dia ada ujian.
7. Ada orang dia dapat kerja stabil,tetapi dia datang dari keluarga yang susah.Rezeki yang dia dapat juga adalah untuk dikongsi bersama keluarganya di kampung.
8. Ada orang datang dari keluarga orang berada.Hidup serba senang dan mewah.Tetapi tuhan uji dia dengan ujian kerjaya.
9. Tuhan dah susun cantik-cantik jalan hidup kita.Siang malam kita asyik fikir nasib hidup kita sampai seksa mental sendiri,
“Akhirnya kita adalah punca mengapa mental kita terus sakit.”
Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan hidup.
Hidup kaya raya pun diuji,
Pandai dalam pelajaran pun diuji,
Wajah cantik dan kacak pun diuji,
Kehidupan adalah proses,jika jatuh,sila bangun.
Kalau penat berehat sebentar,kemudian teruskan bangkit tanpa menoleh ke belakang.
Sudah-sudah lah asyik membuat perbandingan hidup,tidak semua orang ada apa yang kita ada.
“Kehidupan adalah pengembaraan dan proses pembelajaran, bukannya perlumbaan.”
Penulisan ini dikongsi semula bagi membangkitkan jiwa-jiwa yang sedang dilanda ujian hidup.
Mingguan Wanita:Memang ada benarnya usah membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kelak memakan diri, buat diri terseksa dan jiwa merana tak pernah puas dan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.