Jangan Guna Minyak Kelapa Untuk Masak Daging

Share

Menurut ‘Master Butcher’ Malaysia, Chef Mustaffa Othman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mus, kesilapan yang sering dilakukan apabila melibatkan proses memasak daging, adalah penggunaan minyak kelapa. Sebenarnya, daging itu sudah pun mempunyai kandungan minyak semula jadi 

“Ramai orang tak tahu dan pening macam mana cara terbaik nak masak daging. Caranya mudah, jangan gunakan minyak kelapa untuk masak daging. Ini kerana daging itu sendiri sudahpun mempunyai kandungan minyak semula jadi. Kalau ditambah dengan minyak lagi ia menyebabkan rasa asli, manis pada daging tu hilang. Satu lagi, tak ada istilah daging liat di sini. Daging yang baik adalah daging lembu yang berusia dua tahun ke atas.  

Lelaki yang pernah menimba pengalaman di United Kingdom selama 11 tahun pernah berkhidmat dengan keluarga DiRaja di Eropah juga berkongsi tip mengenai mengapa daging 

wagyu itu mahal harganya.

Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini. 

“Daging lembu Wagyu (Miyazaki Beef) adalah daging bergred tinggi yang diternak di Miyazaki, Jepun. Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima 

“Sebaik sahaja hidangan daging wagyu ini siap dimasak, anda perlu makan  dengan segera kerana sebaik sahaja daging itu dikunyah di dalam mulut, anda dapat merasakan sendiri kemanisan atau ‘Juicy’ sebenar daging wagyu ini. Daging ini cukup lembut dan seolah-olah ‘mencair’ sendiri di dalam mulut dan manis dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos,”kongsi beliau yang juga merupakan pemilik restoran  JAHHET Fine Meat dan beroperasi di Taman Nirwana, Ampang dan Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Daging merah & daging putih mana lebih baik? 

Hari ini Mingguan Wanita TalkShow mengupas topik mengenai daging dan khasiatnya dikendalikan oleh Raja Azura. Menurut Pegawai Sains Pemakanan, Rozalina Ismail lagi daging tidak bersalah, sebaliknya kadar pengambilannya sahaja perlu berpada-pada. Jika diukur dari segi saiz pengambilan ideal harian, jadikan saiz kotak mancis sebagai panduan. Tambah Rozalina lagi, sebaiknya daging bersaiz dua kotak mancis sahaja adalah amaun ideal pengambilan daging harian.  

Selain itu satu lagi tip menarik yang boleh dijadikan panduan adalah pengambilan daging merah dan juga pengambilan daging putih, mana satu yang punya manfaat baik untuk kesihatan?  

“Contoh daging merah seperti daging lembu, kerbau dan kambing manakala contoh daging putih pula seperti daging ayam, itik, burung dan ikan. Daging merah tinggi kandungan zincriboflavinniacinthiamin, vitamin B6, B12, iron, yang selalu diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Disebabkan faktor tenaga, daging merah biasa digunakan semasa proses membesarkan badan.  

Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging putih. Daging merah jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi, daging merah juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. 

Daging putih rendah lemak tepu dan kolesterol. Terdapat pelbagai jenis asid amino dalam daging putih seperti ikan. Kebiasaannya daging putih digunakan dalam proses memotong disebabkan kurang lemak lemak tepu dan tinggi lemak yang baik. Secara ringkasnya, kedua-dua jenis daging ini ada pro dan kontranya. Pilihlah diet yang sesuai dengan anda,”terangnya. 

Ekor masak Lemak (kiri) dan Schnitzel Burger (kanan)

Chef

 Fikri kongsi resipi Ekor Masak Lemak & Schnitzel Burger 

Manakala sesi masak-masak kali ini turut mengundang Chef Fikree, berkongsi resipi ekor masak lemak dan schnitzel burger. Menurut Chef Fikree bagi mereka yang gemarkan kepedasan, boleh tambahkan amaun cili hijau dan kisar bersama kunyit hidup serta buah keras. Untuk melazatkan lagi masak lemak ini, gunakan stok rebusan ekor sebagai bahan utama.  

Untuk Schnitzel burger pula, Chef Fikree gunakan bahagian batang pinang. Selain itu tambahan hirisan avokado, tomato, daun ketumbar, bawang besar dan minyak zaitun dan diapit dengan bun roti yang bersesuaian. Enak dan mudah disediakan.  

Bagi anda yang tertinggal menyaksikan Mingguan Wanita TalkShow hari ini, jangan lupa tonton ulangannya malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121. Banyak ilmu baru berkaitan daging wajib anda ketahui dalam episod Daging & Khasiatnya.  

 

 

 

Published by
Mastura Burhanuddin