Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali memang hebat memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baru-baru ini, isu berkaitan ikan yang paling sesuai digunakan di dalam masakan laksa menjadi viral di laman Facebook. Ia susulan terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Berikutan perkara tersebut, ia mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan puteri raja berasal dari Johor.
Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak,”
“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah johor dan pahang! saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa Pahang juga sedap sangat, tidak ditumis. Cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah Laksa Johor! Saya suka Laksa Beras dan Laksa Tepung, dimasak atas kayu api, baunya sedap,” ujar baginda.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “Orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.
Baca Lagi Di Sini:
Laksa Beras Home Made MUDAH 5 Bahan, Guna Acuan Maruku!
Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini
MW: Ada benarnya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh pasal laksa. Gunalah ikan apa pun, ikut selera, bajet dan citarasa masing-masing. Paling penting ramuan kena cukup dan tumis betul-betul, seperti kata Tuanku Permaisuri Agong.
Sumber: Air Tangan Tunku Azizah, Kosmo
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita