Sumber/Sumber Foto: @kevinzahri dan Canva

Setiap wanita suka pada kecantikan dan mahu kelihatan langsing. Namun untuk kekal fit dan bertenaga sebenarnya mereka perlukan panduan. Seperti mana yang disarakan oleh Jurulatih Kecergasan Kevin Zahri, jika mahu berat badan turun jangan fokus pada angka berat badan dan lebih baik meraikan kesihatandan perjuangan diri.

Sememangnya dalam usaha menurunkan berat badan untuk kekal fit dan sihat individu bukan sahaja memerlukan keazaman dan ketabahan, malah ia juga perlu disusuli ilmu.

Tiga Tip Kevin Zahri

“Jangan Fokus Pada Angka Berat Badan, Lebih Baik Raikan Kesihatan & Perjuangan Diri” – Kevin Zahri

 

Disebabkan itu, bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar tanpa mendatangkan kemudaratan kemudian hari, maka jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar.

Apa lagi, berkaitan pemakanan dan rutin senaman. Kepada anda yang sedang berusaha mencapai berat badan ideal menerusi perkongsian di Instagram Jurulatih Kecergasan bertauliah merangkap pakar pemakanan, Kevin Zahri telah berkongsi tip berguna.

Tip berkenaan merupakan jawapan bagi setiap soalan yang diajukan oleh para pengikut Jurulatih Kecergasan ini menerusi laman Instagramnya.

Perlu Kenal Jenis Gula

Apakah jenis buah-buahan yang sesuai dimakan pada lewat malam (supper). Setiap hari saya menikmati buah mangga, tetapi terbaca ia tinggi kandungan gula?

Kevin Zahri: Soalan yang baik. Bagi supper buah-buahan atau gula ringkas adalah kurang sesuai kerana ia membekalkan tenaga cepat.

“Lebih sesuai gula kompleks yang hadam lebih perlahan seperti oat, bijirin atau roti perang. Melainkan pada malam itu kami mempunyai aktiviti luar.

IKLAN

“Gula tidak jahat, malah sumber tenaga hebat tetapi perlu kenal jenis gula dan sumber kandungan ikut keperluan sama.”

“Jangan Fokus Pada Angka Berat Badan, Lebih Baik Raikan Kesihatan & Perjuangan Diri” – Kevin Zahri

“Jangan Fokus Pada Angka Berat Badan, Lebih Baik Raikan Kesihatan & Perjuangan Diri” – Kevin Zahri

“Jangan Fokus Pada Angka Berat Badan, Lebih Baik Raikan Kesihatan & Perjuangan Diri” – Kevin Zahri

Baca Disini Juga:

Dietitian Ini Syorkan Kuantiti Protein Boleh Diambil Tanpa Bahayakan Kesihatan Badan

Sanggup Tak Makan Tengah Hari Sebab Nak DIET. Tak Perlu Susahkan Diri

IKLAN

Berat Badan Masih Sama Walaupun Jaga Makan

Soalan: Saya menjaga makan dengan kuantiti sedikit, tidak mengambil minuman manis dan bersenam hampir setiap hari. Namun begitu, sudah tiga minggu berat badan masih sama. Bagaimana ya?

Kevin Zahri: Berikan masa kerana tiga minggu masih awal. Sepanjang tempoh itu, bersenam mungkin berlakunya pertambahan otot. Diet barangkali kurangkan lemak. Macam-macam boleh berlaku.

“Nasihat saya, teruskan dan cuba jangan fokus pada angka berat badan semata-mata. Lebih baik meraikan kesihatan dan perjuangan diri. Ingat, rehat juga wajar dititiberatkan sepanjang proses berkenaan.”

Senaman & Jogging Membantu

“Jangan Fokus Pada Angka Berat Badan, Lebih Baik Raikan Kesihatan & Perjuangan Diri” – Kevin Zahri

Jika joging sahaja, adakah boleh kuruskan badan?

IKLAN

Kevin Zahri: Sekiranya berdiet apa jua senaman termasuk joging adalah membantu. Bagaimanapun, jika makan tidak dijaga (kuantiti berlebihan) sukar untuk ‘menentukan’ kawalan berat badan.

“Lazimnya, diet adalah pertama. Misalnya, pemakanan dikawal 2,000 kcal sehari, namun senaman mungkin kawal 500 kcal sehari sahaja.

“Sekali lagi ingat ya, kiraan untuk kurus nisbahnya 80 peratus makanan manakala 20 peratus lagi bersenam.

“Selamat mencuba!”

Sumber/Sumber Foto: @kevinzahri dan Canva

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI