Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.
Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.
Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.
Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.
16 Tahun Usia Perkahwinan
Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.
Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.
Ads
Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.
Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.
Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.
Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.
Ads
Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.
Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.
Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.
Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.
Ads
Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.
Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati.
Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.
Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.
Pernah tak dengar rungutan ibu yang anaknya enggan makan. Cuma nak minum susu formula semata. Bancuh sampai lima kali sehari pun tak apa. Nak suapkan makanan terutama jenis sayur atau nasi, bercinta dibuatnya.
Sebenarnya, memberi anak susu formula semata-mata tanpa makanan tambahan yang lain mengundang bahaya buat anak itu. Ini perkongsian dari Dato Dr. Suriyakhatun Osman apabila ibu terlebih memberi susu formula pada anak kecilnya.
Kesan Minum Susu Formula Berlebihan
Pembantu saya tanya. “Kenapa doktor marah pesakit tadi?”
Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah.
Dan anak ini ekzema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.
Cuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.
Susu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash, nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu pH 7.35 – 7.45 dan tidak boleh lari dari pH ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan .
Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan pH begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan pH darah.
Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa diimbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash? Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan.
Apakah Makanan Yang Perlu Diimbangkan
Perlulah makan buah dan sayur. Jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.
Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit, tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat.
Soalnya?
Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak?
Belajar tentang potential renal acid load. Untuk anak pun penting. Makanan yang hanya susu, biskut, kuih roti, jam tidak sihat. Ulam-ulaman, sayur dan buah amat perlu dalam pemakanan.
Biskut kuih kek pula akan tambah beban pada ginjal dan tingkatkan renal acid load. Ini akan ganggu imbangan mineral badan.
Quote
Rather, it’s the “potential renal acid load,” or PRAL, of a food — a value that measures acid excretion in the urine — that determines where it fits within the context of acid-alkaline balance.”
Sumber/Foto : Facebook Dr. Suriyakhatun
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saat mandikan bayi merupakan momen terindah bagi mak ayah. Ia bukan sekadar rutin harian untuk membersihkan tubuh bayi malah fungsinya lebih daripada itu. Waktu mandi inilah sebenarnya, mak ayah boleh cipta jalinan mesra dengan anak yang sekali gus membantu merangsang perkembangan positif fizikal dan mental mereka.
Ini kerana perkembangan otak bayi dicetuskan oleh rangsangan pelbagai deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, disentuh dan dilihat mereka. Oleh itu, setiap sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima bayi ketika dimandikan ternyata waktu paling sesuai boleh digunakan dalam merangsang perkembangan minda mereka.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi:
“Ada beberapa aktiviti yang mak ayah boleh lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda bayi. Waktu mandi boleh menjadi saat terbaik untuk mengajar mereka pelbagai kemahiran asas dengan beberapa teknik mudah. Bermain dengan bayi dan bercakap dengannya ketika waktu mandi adalah cara paling baik untuk merangsang otak bayi kerana mereka banyak belajar daripada persekitaran terutama melalui interaksi dengannya.
Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi dan aktiviti berkenaan dilakukan berulang-ulang akan memberi kesan terhadap perkembangan derianya,” ujarnya.
TIP RANGSANG OTAK BAYI KETIKA MANDI
Pilih sabun wangian yang lembut bagi merangsang perkembangan kognitif anak. Aroma yang baik dapat menstimulasi bahagian otak anak dan mampu menguatkan ingatan mereka. Berikan juga sentuhan lembut, ajak berbual dan lakukan hubungan mata dengan bayi.
Ketika mandi berikan perkakas mainan berwarna-warni contohnya bola kecil dan itik comel. Ia mampu merangsang kemahiran berfikir apabila anak berimaginasi.
Mak ayah boleh berikan objek kecil yang selamat untuk anak terokai. Dengan cara ini anak akan belajar menggunakan jari dan tangan bagi melakukan sesuatu seperti menggenggam dan memegang dengan kuat.
Bukan sekadar bilas dengan air, sebaiknya lakukan urutan dan sentalan lembut pada bayi ketika mandi, bagi memberi ketenangan emosi dan membantu bayi tidur lebih baik nanti.
Nak mandikan anak yang baru lahir pun ada caranya.Guna teknik ‘sental-sental manja’ barulah kulitnya bersih, tak gatal atau bersisik.
CARA MANDIKAN BAYI YANG BETUL
(A) Sebelum Mandi
1. Sediakan Barang Keperluan Mandian
Sediakan keperluan barang-barang mandian yang penting (tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik atau tempat untuk menukar lampin bayi. Bentangkan tuala untuk mengalas dan mengeringkan bayi nanti.
2. Periksa Suhu Bilik & Air
Pastikan bilik berada dalam keadaan suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu. Untuk bayi baru lahir sehingga usia enam bulan, isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5-13 cm. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.
Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku. Ia mestilah kira-kira 36-37°C dan tidak terasa panas pada kulit.
3. Lap Kelopak Mata Dengan Kapas Lembap
Lembapkan kapas dengan air suam dan bersihkan kelopak mata bayi dengan perlahan-lahan. Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang baru untuk setiap mata yang berbeza.
(B) Semasa Mandi
1. Pangku Bahagian Kepala & Bahu
Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi. Pangku bahagian kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong bahagian bawah badannya dengan tangan yang lain.Dengan perlahan-lahan masukkan bayi ke dalam tab mandi.
2. Hanya Guna Sedikit Sabun
Hanya perlukan sedikit sabun untuk membasuh rambut bayi. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan sehingga bebas sabun.
3. Ikut Turutan Bahagian Badan
Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru lahir, kemudian sental perlahan bahagian leher dan badan, serta akhir sekali di bahagian paha, kaki dan alat sulit.
(C) Langkah Keselamatan
1.Jangan Tinggalkan Bayi Bersendirian
Perlu tahu bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian di dalam bilik mandi, tanpa pengawasan.Sekiranya perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi dengan tuala dan bawanya bersama.
2.Jangan Guna Sabun Terlalu Banyak
Elak dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin dan senang tergelincir dari tangan.Sebaiknya guna sabun yang lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral.
(D) Selepas Mandi
Balut Badan & Tutup Kepala
Apabila mengangkat bayi daripada besen mandi, balutkan badannya dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Ramai mengetahui kulit bayi lebih-lebih yang baru lahir amatlah sensitif. Kena pastikan guna produk mandian yang betul-betul diyakini selamat mampu membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi bagi mengelakkan sebarang alahan.
Dalam mencari produk yang diyakini selamat dan bersesuaian dengan kulit bayi untuk mandikan bayi, mak ayah boleh gunakanCetaphil Baby Moisturising Bath & Washini.
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Washdipercayai oleh para ibu untuk membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi.Mengimbangi semula pH kulit, menggabungkan 1/3 pelembap dengan aloe vera dan minyak badam untuk memberikan cucian yang selesa dan cukup berbuih.
Ia mencuci dengan lembut kulit si manja yang halus tanpa mengeringkan kulit.Tidak memedihkan mata, rumusan tanpa sabun dan mempunyai pH seimbang.Sekaligus melembutkan dan membersihkan kulit bayi.
Mak ayah boleh ikut panduan mandikan bayi seperti didalam video diatas ini, namun jangan lupa HANYA gunakan sabun mandian yang paling terbaik seperti Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ketika memandikan bayi.
Patutlah ramai kaum ibu yang dah cuba buat sendiri minyak bawang putih ini, rupanya kesannya cukup mujarab untuk rawat sakit anak-anak kecil! Jadi nak tahu apa kelebihan minyak bawang putih ini, jom bongkar perkongsian daripada Puan Hanezfarjaz Zulaiqah…
Bagi yang belum tahu… Yang dah tahu dah cuba. Alhamdulillah… tetapi bagi yang belum jom pakat buat kat rumah. Minyak bawang putih melegakan selesema dan batuk pada bayi sebulan sampai kanak-kanak 4 tahun.
Saya baru share sebab selama ini saya jadikan anak bahan uji kaji. Dalam masa 4 tahun saya kaji lama tu.
Sebab sebelum nak suruh orang share kita kena lah cuba dulu kalau berkesan baru boleh share. Sebab itu saya ambil masa 4 tahun. Sebab anak sulang dah nak masuk 4 tahun.
Bahan-bahannya:
Bawang putih
Cara Buat:
Buang kulit bakar atas dapur gas
Sampai agak hitam
Tekan-tekan masuk dalam botol
Minyak pakai minyak rambut macam dalam botol tu.
Saya masukkan botol yang dah tak pakai.
Kalau anak batuk selesema.
Lepas mandikn sapu kat batang hidung.
Sapu kat dada dan lehernya.
Kesan nak resap setengah jam juga.
Pastu buat selang sejam atau setengah jam.
In shaa Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...