Kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan jangan sesekali dibuang kerana ada kegunaannya yang tersendiri. Tahu tak, selain ‘air tangan’ antara rahsia resipi masakan yang sedap adalah dengan penambahan stok tertentu seperti stok rebusan ayam, udang, daging dan sebagainya. Pernah tak mak-mak makan masakan yang kelihatan ‘biasa-biasa’ je penampilannya tapi bila sekali dah rasa, buat kita makan bertambah tak ingat. Sebenarnya masakan memang akan jadi bertambah sedap dan enak dengan adanya penambahan stok rebusan ini.
Chef Suwarsi M.Arukin, sudi berkongsi cara untuk menghasilkan stok udang yang mudah untuk dibuat ini. Bahkan terjamin lebih selamat tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan. Malah ia boleh disimpan secara frozen dan mampu tahan lama.Bila nak guna, campur je dalam masakan.
Bahan-Bahan:
Kulit udang
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Bila siang/bersihkan udang, jangan dibuang kulit & kepalanya dulu.
Ads
2.Basuh bersih kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh.
3.Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
Ads
4.Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
5.Simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
Ads
Info Ekstra!
Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Ramai yang seolah-olah keliru bila memilih pasangan hidup. Apatah lagi buat wanita yang sudah terlajak usia yang benar-benar harus memilih pasangan yang ikhlas. Pada hari ini bukanlah mudah wanita terutamanya yang bekerjaya memilih lelaki untuk dijadikan suami. Ikuti perkongsian pemilik akaun facebook Maryam Elyas tentang hal ini. Tip yang diberikan mudahan dapat membantu wanita yang buntu dalam memilih pasangan.
Lelaki Tak Berduit, Tak Layak Jadi Suami?
“Ada sorang si cantik manis tanya aku, macam mana nak ikhlas hati terima si dia yang kurang RM sebagai pasangan. Katanya, dia takut si dia tu hanya nak ambik kesempatan pada kemampuan RM yang dia ada.
“Aku jawab ikut pengalaman. Sepanjang aku jadi wartawan, memang banyak aku tengok rumahtangga ni runtuh sebab duit. Baca elok-elok ya. Cerai-berai sebab duit. Tapi bukan sebab lelaki takde duit. Sebaliknya lelaki tak tau tanggungjawab.
“Ada duit atau takde duit bukan syarat untuk lelaki tu dikatakan bertanggungjawab atau tak.
“Bagi aku, pasangan ni adalah pelengkap pada kita. Dia melengkapi apa yang kita tak ada. Bila kita fikir macam ni, kita akan nampak apa kekurangan kita.
“Kalau kita fikir apa yang kita ada, kita akan nampak banyak kekurangan pada si dia. So kita jadi kedekut. Kita nak si dia share apa yang dia ada. Tapi kita berkira apa yang kita nak share dengan si dia.
“Berbalik pada soalan adik manis yang buntu soal jodoh tu, aku cerita pengalaman aku sendiri dengan Mr Mama aku. Macam aku dulu, aku fikir apa yang aku tak ada. Aku kurang sabar, tapi si dia jenis sabar tahap dewa. Aku malas bab mengemas, tapi bakal mak mentua aku kata, si dia memang terror bab tu.
“Soal RM, aku pejam mata je walaupun aku banyak kali juga fikir bab tu. Aku berlapang dada. Aku fikir asalkan dia nak bekerja, itu dah cukup baik. Bukannya mentang-mentang OKU, dia nak duduk ngangkang je kat rumah.
“Bagi aku, asalkan dia sayang aku, cinta aku dan aku dapat rasa kasih sayang dia, itu dah memadai bagi aku. Sebab, kalau dia sayang aku, takkan dia nak tengok aku kerja macam nak mampus tanpa dia bantu walau sikit.
“Aku tak pernah letak ciri-ciri lelaki idaman. Sebab bagi aku, itu semua rezeki. Jodoh kan rahsia Allah. Kalau kita menetapkan ciri-ciri bakal jodoh kita, tu bagaikan dah melangkaui apa yang Allah tetapkan. Dan percayalah, biasanya kita hanya pandang luaran je bab ciri-ciri ni. Kita lupa dalaman. Berapa ramai yang tetapkan nak lelaki yang hensem dan kaya berbanding lelaki yang cukup solat 5 waktu?
“Buat apa fikir piawaian luaran bakal jodoh sampai pening kepala? Tapi jangan pulak sampai tak fikir langsung, main sauk je mana yang datang. Bagi aku bersederhanalah.
Pokok Pangkal Dia Bukan Lelaki Yang Pemalas
“Kalau dia kurang dari segi RM, tapi bab yang lain dia OK, insya-Allah dia boleh jadi jodoh yang baik. Pokok pangkalnya dia bukan lelaki yang pemalas dan tak ambik tau bab tanggungjawab. Yang tu kau boleh say bye bye.
“Cinta tak boleh dijual beli, dik. Jodoh tu rahsia Allah. Duit memang penting tapi duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang semuanya memerlukan duit kan? Itu realiti. Cuma kau jangan terlalu mata duitan.
“So, jawapan aku, lelaki yang tak berduit layak jadi suami asalkan dia ada usaha cari duit. Lelaki yang tak layak jadi suami ialah lelaki tak bertanggungjawab.
“CikYam – Duit boleh cari. Tapi cinta sejati takde jual kat Maidin, Tesko atau Jaiyen waima kat pasar pagi sekalipun, dik.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada tak mak-mak dekat sini yang gemar buat daging bakar. Kalau suka pun tak selalu daging bakar ini jadi hidangan rutin. Untuk waktu-waktu special je mak-mak rajin buatkan.
Lagi-lagi rempah perapannya bukan sedikit. Dan ambil masa juga nak menyediakan. Bagi menjimatkan masa mak-mak, wanita ini Norsufia Johari berkongsi resepi daging bakar dan cara menyimpan dengan teknik rendam air panas.
Katanya dengan cara ini daging bakar boleh tahan disimpan sampai setahun. Amat sesuai untuk mak-mak yang kesibukan dengan kerja dan diburu waktu untuk memasak.
Perapan Daging Bakar Tahan Setahun
Bahan-bahan
10 keping daging
(saya pakai daging kambing bahagian shoulder)
6-7 sb sos tiram
5 sb Serbuk cili
5 sb Cajun
5 sb Serbuk jintan putih
5 sb Serbuk jintan manis
5 sb Serbuk ketumbar
5 sb Serbuk halia
5 sb Serbuk bawang putih
5 sb Sos lada hitam
5 sb Gula perang/madu
3 sb Kicap pekat
3 sb Italian herbs
3 sb Serbuk lada putih
3 sb Rosemary flakes (wajib ada)
2 sb Serbuk kunyit
2 sb Serbuk kari (optional tak letak pun tak apa)
*Bahan-bahan boleh adjust ikut kesesuaian
Cara Perap Daging Bagi Tahan Lama
Cuci daging dengan limau untuk lembutkan daging.
2. Biarkan seketika dalam rendaman air limau selama 15 minit.
3. Selepas itu tapis basuhan daging supaya tak ada air.
4. Pastikan air betul-betul kering tau. Baru tahan lama.
5. Campurkan semua bahan=bahan di atas dan perap kambing.
6. Bakar atas non stick pan atau oven.
7. Waktu nak bakar letak sedikit minyak atau butter. Kalau nak ada rangup-rangup masukkan minyak dan bila daging dah separuh masak, masukkan butter.
Ini Cara Simpan Perapan Daging Bakar Tahan Setahun
Masukkan daging yang dah diperap dalam plastik khas yang ada zip dan keluarkan angin dari dalam plastik dengan kaedah rendam dalam air panas. Dan tutup zip plastik.
Teknik Rendam Air Panas
√ Pastikan masa rendam plastik zip berisi daging bakar perap itu, air panas betul-betul panas dan zip plastik di buka sedikit.
√ Plastik itu akan jadi kedut-kedut . Kemudian, tekan-tekan untuk keluarkan udara.
√ Rendam dalam beberapa minit. Lama masa bergantung jenis plastik, tak perlu sampai 5 minit pun.
√ Bila udara dah keluar habis, cepat-cepat tutup zip sepenuhnya.
Nanti setahun pun daging akan tahan kalau tak dimasak.
Norsufia juga rajin berkongsi cara penyimpanan makanan, bahan mentah di dapur dalam perkongsian live di facebooknya.
Ekstra! TIPS BASUH SAYUR
AIR BERSIH
Rendam sayur lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air yang mengalir
2. GARAM
Campurkan garam dengan air, kemudian rendam selama 10-15 minit. Pastikan anda membilasnya dengan air mengalir sebelum memakannya.
3. KUNYIT
Rempah yang satu ini memiliki kandungan yang dapat membunuh kuman dan bakteria. Campurkan 5 sudu teh kunyit, kemudian cuci sayuran di dalamnya. Bilas dengan air mengalir.
4. CUKA
Caranya mudah, campurkan cuka ke dalam bekas yang berisi air & rendam sayuran, kemudian cuci dan bilas sayuran dengan air bersih,
5. BAKING SODA
Caranya cukup mudah, tambahkan 5 gelas air dan 4 sudu makan baking soda ke dalam bekas & rendam sayur selama 15 minit kemudian bilas dengan air mengalir.
JANGAN potong sayur untuk kekalkan khasiat.
Selepas cuci simpan sayur dalam bekas yang bersih.
Sumber/Foto : Norsufia Johari, LESS IS BETTER, STAY NATURAL, BE BEAUTIFUL
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang bapa tidak menyangka anaknya yang kerap memuatnaik status tentang akhirat di Whatapps kebelangan ini adalah petanda. Apabila remaja ini meninggal dunia dalam kejadian lemas setelah menyelamatkan orang lain.
Kehilangan remaja ini amat dirasai bapanya kerana sejak kecil lagi mereka amat rapat dan kerap ke mana sahaja berdua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan remaja ini di kalangan para solihin.
Muat Naik Tentang Akhirat
Di Kuala Berang, seorang bapa tidak menyangka tindakan anaknya yang sering memuat naik status berkenaan ‘akhirat’ di aplikasi WhatsApp sejak minggu lepas, merupakan petanda,
Bahawa anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya akibat kejadian lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di sini petang semalam.
Menurut bapanya, Mohd Radhi Kamarudin, 41, anaknya, Faris Iskandar, 19, yang merupakan pelajar di Kolej Penerbangan Admal itu menunjukkan perubahan sikap dari seorang yang pendiam menjadi banyak bercakap dan bercerita.
“Apabila saya baca status yang dimuat naik arwah sebelum ini, saya merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku, namun saya tidak ambil pusing sangat hal berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang dilakukan oleh remaja seusianya.
“Arwah juga seorang yang pendiam, tetapi akhir-akhir ini dia banyak bercerita, memberi nasihat serta mengingatkan teman-temannya akan kehidupan di dunia yang singkat. Dia seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu lewat malam tadi.
Dalam pada itu jelas Mohd Radhi, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin semalam, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluarganya itu.
“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.
“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangannya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi, arwah seolah-olah sedang tidur seperti kebiasaanya di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.
Meninggal Setelah Menyelamatkan Orang Lain
Mohd Radhi berkata, anaknya lemas selepas berjaya membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun yang hampir lemas ketika mandi di sungai yang sama.
Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.
“Mayat mangsa ditemui pada jam 7.33 malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA.
MW: Semoga keluarga arwah tabah menerima ujian ini. Perginya dalam usaha menyelamatnya orang lain, tindakannya amat mulia dan terpuji. Al-Fatihah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.