Bunyi agak kasar tetapi tulisan pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan di Instagram miliknya sempena hari ibu memang menusuk hingga ke kalbu. Ya, macam yang kita sendiri tahu, syurga bagi seorang anak sebenarnya di bawah tapak kaki ibu.
Jadi beringatlah, tidak redanya ibu dengan sikap keji anak-anaknya, hanya mengundang kemurkaan Allah SWT. Selagi kita tidak diredai ibu, selama itu jugalah kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan terhadap Allah SWT.
Kalau boleh peluklah ibu kita sementara masih ada dan jangan ambil kesempatan pada mereka kerana anda tak akan pernah tahu bila anda akan kehilangan mereka. Hargai ibu kita selagi dia masih bernafas.
Tetapi andai ada anak-anak menantu yang berasa kehadiran ibu akan menyusahkan kehidupan kelak, jemput buka mata dan hati dengan perkongsian Ozlynn ini.
Untuk kami setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari kita harus berterima kasih pada mak kita. Sebab setiap hari mak kita kerja tak berhenti, dari celik mata sampai nak pejam mata still dok memikir esok nak masak apa, anak aku balik pukul berapa, laki aku ok ke.. ah sume la mak kita pikir!
Tapi adakah kita fikir pasal mak kita setiap hari? Jangan kata setiap hari kadang ada anak yang suka pergunakan mak untuk kepentingan diri.
Ads
Uishhh.. ada yek.. itu belum yang dok pekik kat mak sampai jiran-jiran dok intai kat tingkap. Ya, ada kejadian nih.. memang ada. Barangkali kita lupa yang mak kita ni bertarung nyawa masa nak lahirkan kita.
Sekarang boleh la kita nak idong tinggi, esok-esok bila mak dah tak ada siapa yang nak tolong kita lagi? Sebab seburuk mana kita, yang akan menerima kita tetap mak kita.
So jangan derhaka pada mak kita, seburuk mana pun dia tetap yang sumbat mulut kita masa kecik. Jangan suka buruk sangka pada mak sendiri. Sebab setiap doanya mengiringi perjalanan hidup kita.
Ads
Jangan sampai putusnya doa seorang ibu dan dikesempatan ini aku ingin ucapkan selamat hari mak pada mak-mak aku dan semua yang menyambut hari mak di seluruh dunia.
Ketahuilah amat besar pengorbanan kalian dalam kehidupan semua, hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian.
Jangan pernah menyesali setiap apa yang berlaku kerana balasanNya amat indah di SANA nanti. Terima kasih buat puan rozidah binti jumari dan puan Nurhayati lim binti Abdullah.
Ads
#notahakak Layan Baik Kepada Ibu
Seperti yang kita tahu, Islam mengajarkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu. Segala jasa dan pengorbanan yang ibu curahkan sejak anaknya berada di alam rahim sehingga ia dilahirkan adalah besar dan tidak ternilai.
Ibu yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anaknya sehingga dewasa. Malah kaum ibu ini sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anaknya. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra’, ayat 23 dan 24 yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Islam memberi amaran keras kepada mereka yang gagal melaksanakan hak-hak dan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibunya, menderhaka atau membiarkan ibu yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Riwayat an-Nasai)
Jadi, marilah kita membudayakan amalan memuliakan dan menghormati ibu. Menzahirkan kasih sayang terhadap ibu sepanjang hayat kita. Memberi kasih sayang kepada mereka, bukan sekadar memberi hadiah, tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita kepada ibu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Senang saja keluarlah belanja. Kalau suami nak isteri bergaya dan cantik-cantik, suami kenalah keluarkan belanja untuk isteri.
Belikan baju cantik-cantik, jangan sesekali berkira dengan isteri. Ini tidak, kalau di luar pantang tengok perempuan cantik, pasti duduk tak tenang.
Jadi kalau suami nak isteri cantik macam perempuan kat luar sana, suamilah kenalah keluar belanja sedikit. Belikan apa yang isteri nak, barulah isteri pun cantik dipandang. Usha perempuan kat luar itu berpada-pada, hargailah wanita yang berada di depan mata.
Jangan marah suami atau teman kalian jika mereka tengok perempuan lain cantik-cantik.
Itu tandanya mereka nak kalian bergaya secantik itu.
Tapi jangan jadikan itu alasan untuk melepaskan diri nak usha perempuan lain pula iya. Itu kau orang betul-betul hendak menggatal.
Pesanan untuk para suami, jika kalian mahu lihat isteri kalian bergaya dan secantik perempuan yang dilihat maka kalian belikan untuk si dia.
Belanja isteri atau anak-anak perempuan baju cantik-cantik, kosmetik, barang kemas dan spa.
Cantik pun isteri kalian juga. Tak rugi pun.
Dr Zek
Suami Peka
MW: Kalau nak isteri bergaya, suami janganlah berkira. Apa yang isteri mahu, cuba tunaikan. Kalau tak mampu jangan pula dicela kalau isteri tak bergaya, sebab selayaknyalah.
Paut lengan suami orang tanpa rasa bersalah semasa bergambar, wanita ini dikecam netizen kerana bertindak luar batas.
Bayangkan jika isteri lelaki itu mengetahui hal sebenar, apa perasaannya. Sudah tentu dirinya rasa terhina dan kecewa dengan tindakan wanita ini.
Paut Lengan Suami Orang Tanpa Rasa Bersalah
Aksi seorang wanita yang mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang menerima kecaman netizen dengan ramai yang mengutuk tindakan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang pada asalnya dimuat naik dalam aplikasi TikTok, wanita tersebut kelihatan memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.
“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.
“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan,” tulis keterangan dalam video itu.
Wanita Ini DiKecam Netizen
Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.
“Kalau cantik, takkan dapat suami orang. Tidak laku dalam kalangan lelaki bujangkah?” komen seorang netizen.
“Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebagai seorang wanita yang masih bujang, jagalah tidak laku dan adab dalam pergaulan. Jangan melebihi batas, apatah lagi dengan suami orang.
Golongan wanita terutamanya isteri-isteri sebenarnya memang suka bercakap tetapi akan tiba suatu saat mereka jadi kurang bercakap dan lebih rela berdiam diri kerana penat dengan perangai suami.
Bayangkan selama ini isteri banyak menegur dan menasihat itu dan ini tetapi suami tetap berperangai sama. Jika setiap hari sepanjang perkahwinan selama 9, 10 tahun tentu menjadi satu tempoh yang memenatkan apatah lagi suami masih tidak berubah.
Oleh itu, berhati-hatilah, bimbang lama-lama jika tidak dibiarkan isteri tak bercakap dia mulai tawar hati dengan hubungan kalian.
Bila isteri tiba-tiba tak bercakap, itu tandanya dia “PENAT”…
Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yang selalu dia buat, penat dengan karenah anak-anak, penat dengan kerja-kerja rumah, penat dengan apa yang dia lalui hari demi hari…
Penat ini bukannya penat jenis yang kena rehat selepas itu hilang…
Tapi penat yang hendak ditolong… Penat yang mahukan perhatian… Penat yang hendak didengar luahan… Penat yang ada benda untuk diceritakan… Penat yang hendak belaian… Penat yang hendak bantuan…
Tolong ubah perangai ke arah yang lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak-anak, tolong bantu buat kerja rumah…
Kita anggap dia moody, kita fikir dia terlalu mengikut perasaan… Tetapi sebenarnya, tidak bercakap itu tandanya isteri sudah kehabisan kata-kata yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang dia alami itu… Sudah bercakap banyak kali benda yang sama, tapi tidak berhasil…
“Abang, tolong jangan asyik mengadap handphone… Abang, tolong ajarkan anak-anak kerja sekolah… Abang, tolong buang sampah… Abang, tolong solat…”
Itu yang kadang-kadang dia memilih untuk tidak bercakap, untuk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dengan apa yang dia alami…
Dia tengah pujuk diri sendiri…
Keesokan harinya, dia tetap continue dengan apa yang kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia “PENAT”…
Nota Kaki : Badan penat, boleh rehat… Tapi perasaan penat? Tidur seminggu tak bangun pun belum tentu boleh hilang “penat” itu…
MW: Sayangilah hubungan yang telah terbina, berubahlah demi kepentingan bersama. Sekurang-kurangnya berusaha menjadi seseorang yang lebih baik sudah mampu membuatkan pasangan rasa bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...