Jangan Cepat Sangat MELABEL, Rakyat Malaysia Harus Belajar Meraikan Perbezaan Pendapat Cara Cerdik Pandai- Wardina Safiyyah

Share

Hadamkan lumat-lumat apa yang personaliti Wardina Safiyyah, 38 ini cuba bincangkan dalam laman facebook miliknya. Catatan Wardina mengenai sekolah anaknya di luar negara. Pendidikan di sana mendidik masyarakatnya berfikiran terbuka dan meraikan pendapat orang lain dengan cara yang baik dan bijak.

Mana yang baik, boleh saja sebenarnya dicontohi oleh Malaysia. Benarlah, seharusnya kita tidak perlu terlalu cepat melabel seseorang. Kerana siapalah kita untuk menghakiminya melainkan Allah yang menciptakan hamba-hambaNya.

Ketika ini Wardina dan keluarganya menetap di Brisbane, Australia. Ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Fareera dan Imran Ar-Razi ini mengambil keputusan berpindah ke Australia pada tahun 2014.

 

Ini Bukan Soal Pluralisasi Atau Liberalisasi

Walaupun sekolah anak saya sekolah Islam (di Brisbane Australia), pengetua sekolah Islam adalah seorang Kristian (Guru besar Muslim sebelum ni pecah amanah dan disiasat -eh macam dejavu pulak. Lol).

Tak delah pulak dia nak Kristiankan semua pelajar dalam sekolah Islam tu. Hal ehwal agama dipegang oleh Imam. Guru bukan Islam tidak perlu memakai tudung mengajar. Tak silap saya ada guru Islam pun tak pakai tudung. Malah ramai guru bukan Islam di sekolah anak saya. Toleransi dalam meraikan kepelbagaian Mazhab (ada pakai stokin solat, ada tak, ada letak tangan bawah ada atas dada etc), budaya dan cara mengamalkan Islam jelas. I like it like that. Tak yah gaduh-gaduh. Penat

Ini bukan soal pluralisasi atau liberalisasi seperti yang dicanang. Jauh sekali.

Semalam juga ada dua anak muda dari gereja datang ke rumah saya untuk membantu sekiranya saya perlukan bantuan dan ingin menerangkan Gospel (kitab) mereka kepada saya.

Saya bilang, “Oh saya Muslim“. Saya bertanya mengenai agama mereka – mereka ini Mormon -tidak merokok, tidak minum minuman keras, tidak berzina, dan tidak minum kopi atau teh..)

Saya bilang lagi “Saya suka dengan agama kamu kerana hampir sama dengan Islam, amat berdisplin sekali“. Saya menjemput masuk, kami berbincang, saya juga menerangkan mengenai hidup saya sebagai seorang Muslim. Mereka bertanya saya mengenai Ramadhan.

Masyarakat Perlu Cerdik Agar Boleh Dibawa Berbincang

Anak-anak saya dibenarkan masuk gereja, kuil dan sebagainya. Pada saya di dalam masyarakat yang terdidik dan bijak, masing-masing tahu peranan atau limit mereka. Mereka mempercayai (trust) the other, jika ada kesangsian atau khuatir maka jalan terbaik yang perlu dilakukan adalah berbincang. Jika masyarakat cerdik berbincang, terbuka, cuba memahami dan menghormati pihak yang lain, maka lebih mudah untuk mencari jalan penyelesaian.

Mari kita bijakkan masyarakat. Ajar sesama kita supaya saling menghormati. Mari kita buka peluang untuk berdiskusi, bukan marah dan membenci atau TAKUT TAK TENTU PASAL sekiranya acuan mereka tidak sama dengan kita. Yang paling saya kagum, mereka yang suka benar percaya dengan teori konspirasi berdasarkan sangkaan. Baca teori psikologi “Illusory correlation”.

Satu, dua video atau kenyataan penganut extreme “gila” tidak melambangkan pemikiran semua. Dekat sini ada je orang Islam pancung kepala non Muslim dan bergambar bersama anak-anak mereka depan kepala yang dipenggal. I’m serious. Adakah mereka melambangkan Islam? TIDAK. Adakah adil untuk non Muslim menggunakn berita itu untuk “judge” Islam. TIDAK.

 

Jangan Dengki..

On another note, saya sebenarnya tak faham mereka yang dengki sangat dengan Dr Maszlee, atau Dr Dzul kerana mereka “Islamist” lah kononnya. Saya juga tidak faham mereka yang mencurigai Hannah Yeaoh kerana dia seorang Kristian yang baik.

Ada orang perli – Dr Mahathir tak payah tunjuk pun dia solat etc. Dia buat kerja diam-diam. Tak bukan macam tu cik, Tun M punya pen pun orang bising dan canangkan merata, selipar pun kecoh sampai sold out, Mat Sabu punya rumah, kereta Viva – samalah.

Jadi, bila menteri Imamkan solat, orang Islam suka, teruja. It’s lovely. Jangan lah dengki. Tak salah. Bukan Dr Maszlee mintak atau suruh ambik gambar. Bagi Dr Maszlee benda tu biasa. Memang orang masjid pun. Bila Dr Dzul tak salam wanita (itu hak dia, pendirian nya). Ada yang kagum, ada yang kata tak perlu Ini dia, masyarakat dan pemikiran berbeza.

Setiap dari kita teruja dengan Malaysia baru ini dengan benda yang berbeza. Manusia kan tak sama. Biasalah orang Malaysia suka tengok luaran. Walaupun saya faham, membersihkan corruption macam yang dibuat Guan Eng pun Islamic juga.

Raikanlah Malaysia Baru Dengan Cerminan Sebenar Rakyat Malaysia

Raikanlah. Raikanlah Malaysia baru ini penuh dengan berbagai karektor majmuk berbilang bangsa yang mencerminkan realiti masyarakat Malaysia. Hormatilah. Mari kita bina semula negara.

And this goes to all the Non Muslims or so called “liberals” in Malaysia who jumped the gun when you see an “Islamist :p All of us Muslims AND non Muslims alike need to work on our explicit and most importantly implicit prejudices.

Ikhlas,
WS (Also a proud Islamist I assume – well, depends on who is judging. Ke liberal? Ke Wahabi. Banyak sangat label, tak tau nak pilih mana satu.. macam semua pun tak masuk kategori… I pun tak tau – lantak lah korang. Hahaha )

Ala, ni setakat pendapat saya. Boleh difikirkan kalau nak. Tak setuju tak pe.

Sumber/Foto : Wardina Safiyyah OfficialPage

Published by
Netty Ah Hiyer