Setiap daripada kita tidak terlepas daripada setiap ujian. Sampaikan kita tertanya-tanya kenapa kita yang terpilih, sedangkan lagi orang lain.
Kita tidak tahu, setiap ujian ini Dia berikan pada hambanya yang mampu untuk lalui. Tak perlu kita rasa sedih dengan ketentuanNya.
Mungkin dengan setiap ujian ini, Dia ingin berikan yang terbaik untuk kita dan ada hikmah di sebaliknya yang kita sendiri tidak tahu.
Sebab itulah, jangan sesekali kita menyerah kalah dengan setiap ujian yang Dia berikan. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Moga coretan daripada Ju Wan ini memberi kita kekuatan dan terima dengan berlapang dada. Bersabar dan pasti ada yang terbiak untuk kita.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rezeki Bukan Hanya DUIT, Tak Mewah Tapi Keluarga Sihat, Ujian Kita Berbeza, Bersyukurlah
Dapat Anak Lasak, Kurang Bijak Semuanya Rezeki, Mereka ‘Tiket Syurga’ Mak Ayah, Bersyukurlah
Info Lebih Menarik DI SINI
Ketika Allah tarik sesuatu dari kita, Dia nak beri sesuatu yang jauh lebih baik. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Tetapi, adakalanya kita tidak nampak hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri.
Kadang, susah untuk kita terima walau kita tahu itulah ketentuan-Nya.
Namun percayalah, andai engkau tahu segala kebaikan yang Allah selitkan di sebalik ujian yang engkau alami. Pasti engkau akan terus bersabar.
Bahkan, engkau lebih kuat menghadapi ujian.
Allah tahu kita kuat, maka Dia uji kita dengan lebih hebat.
Sebagai manusia yang lemah, kadang-kala iman itu terasa penuh di sanubari.
Ada ketikanya pula, seolah-olah melayang bagai ditiup angin.
Ujian itu adakala menambah kemanisan dalam menyulam cinta kepadaNya.
Namun, terkadang hati terasa sangat penat. Sehingga perlahan-lahan kaki yang digagahkan untuk terus berjalan melalui duri-duri kehidupan jatuh terjelepok dengan sendiri.
Adakalanya juga semangat yang berkobar-kobar, tiba-tiba menghilang entah ke mana Inilah kehidupan.
Kadang-kala kita berasa sangat kuat.
“Datanglah ujian, aku pasti mampu hadapi!”.
Kadang-kala pula kita berasa sangat lemah.
Justeru, jangan pernah menyerah walaupun kita rasakan ujiannya terlalu berat.
Jangan pernah rebah, putus asa dan gentar mencari ketenangan demi mendaki puncak cinta Ilahi.
Mingguan Wnaita : Paling penting, kita jangan cepat putus asa dan menyerah kalah. Ingat, kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, didatangkan hujan dan petir. Rupanya, Dia nak hadiahkan kita pelangi. Begitu jugalah kehidupan kita ini.
Sumber: Ju Wan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita