“Jangan Canang Di Media Sosial, Buka Aib Pasangan Sama Seperti Buka Aib Sendiri” Faezah Elai

Share

Faezah Elai menerusi perkongsian terbaru memberi nasihat kepada pengikutnya di laman Instagram agar tidak membuka aib pasangan di media sosial.

Seperti yang kita lihat, masyarakat hari ini mengambil pendekatan yang mudah dengan menganggap media sosial sebagai jalan pintas menyelamatkan rumah tangga yang goyah.

Pada hakikatnya, sebenarnya menghebahkan masalah rumah tangga di media sosial tidak akan menyelesaikan konflik. Sebagai alternatif sebenarnya cubalah cari jalan terbaik untuk mengadu nasib dan menyelesaikan isu rumah tangga secara aman serta harmoni.

Faezah Elai “Jangan Canang Di Media Sosial”

Faezah yang mendirikan rumah tangga bersama Heykal pada September 2011 dan menjaga tiga orang anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7, dan Aurora Heyrinna, 4.

Pelakon ini juga secara ringkas memberi nasihat buat pasangan lain dan paling penting bagi dirinya setiap pasangan perlu menjaga aib pasangan mereka.

“Perkahwinan ini bukanlah seperti cerita Korea yang kamu semua sering tengok di kaca TV.

“Sebuah perkahwinan ini kadang-kadang gembira, kadang-kadang dirundung masalah. Belum lagi campur tangan watak tambahan seperti mentua, ipar, biras dan ada pula yang jadi watak tukang cucuk.

“Ada juga isteri yang dapat suami tiba-tiba suka pada perempauan lain.

“Dalam rumahtangga ni memang akan ada ujian dan ujian kita tak sama. Seteruk mana pun ujian, seburuk mana pun pasangan kita, janganlah dicanang di media sosial. Buka aib suami/isteri sama macam buka aib sendiri.

Pergilah Mengadu Ke Pejabat Agama

“Jika suami buat hal dan tak tahu nak mengadu pada siapa, pergilah ke pejabat agama. Pejabat ni bukan saja tempat untuk nikah cerai tapi untuk anda minta nasihat. Kalau nak luah juga luahan pada ahli keluarga yang rapat dengan kita.

“Bila canang di media sosial merupakan idea yang kurang bijak. Sebelum buat begitu, pandanglah anak satu persatu. Semua mak nak anak-anak jadi soleh dan solehah. Jangan ajar anak benci bapa mereka sendiri.

Kehidupan Yang Positif

“Tapi jika dah dipukul canang di media sosial, bila anak-anak dah besar mereka boleh google dan semua benda keluar dan memalukan mereka.

“Kalau asyik makan hati eloklah minta dilepaskan. Binalah kehidupan yang positif demi kebahagiaan anak-anak. Seperti mana kamu mahu lihat anak-anak sentiasa bahagia, begitu juga dengan orang tua kita yang mahu lihat anak mereka hidup gembira,” tulis Faezah yang turut akui segala yang dicoret adalah untuk memberi pesanan buat dirinya juga.

Baca Disini Juga:

Faezah Elai Ingatkan Diri Sendiri, Jaga Anak-Anak Tiri Buatlah Dengan Ikhlas, Tanpa Mengharapkan Apa-Apa

“Janganlah Sibuk Dengan Cara Orang Lain Jaga Anak..” Faezah Elai

Sumber/Sumber Foto: Instagram Faezah Elai
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh