Jangan Cakap Je BUATLAH Baru Kerja Settle!

Share

Ramai yang cakap je tapi tak juga buat. Itulah punca kerja tak settle. Sesiapa pun ketika sibuk pasti terasa masa begitu suntuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan dalam satu masa. Serabut kan? Kusut kan? Saya juga sering berperang dengan masa, mak-mak di luar sana pun mesti sama kan. Hidup kita sentiasa terkejar-kejar.

Masa tidak akan menunggu kita, ia akan terus berlalu. Kita mesti sedar hakikat ini dan mula belajar mengurus masa dengan baik. Memang kita bukan sempurna, ada sahaja kekurangan yang menjadi halangan untuk memanfaatkan masa dengan maksimum.

Usah tertekan kerana kekurangan diri.Isi masa yang ada mengikut keperluan kita, jangan bandingkan dengan orang lain. Kita lebih mengenal diri dan memahami keperluan kita.

Jangan Tangguh Kerja Buat Terus

Ramai orang yang memvisualkan perkara yang mahu dilakukan di dalam minda. Namun mereka tidak mengeluarkan visual itu agar dapat dilaksana dengan baik. Cara saya, apa sahaja yang mahu saya lakukan, saya senaraikan di dalam buku atau kertas.

Kemudian, saya susun tugasan atau urusan ini mengikut keutamaan. Agar semuanya dapat saya lakukan dengan baik, saya letakkan anggaran tempoh masa untuk setiap urusan. Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam urusan kerja dan seharian.

Tapi ada syarat tau. Jangan tangguh kerja! Ini disiplin yang mesti kita pegang. Tidak guna jika kita merancang namun gagal melaksanakannya. Ramai antara kita yang gagal mengurus masa kerana leka dan suka menangguhkan kerja.

Apa sahaja yang boleh diselesaikan pada hari ini, sudahi. Jangan dibawa sehingga ke hari esok kerana kita tidak tahu adakah esok kita masih mampu melaksana urusan tersebut. Bagaimana jika kita sakit atau ada kecemasan lain?

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/bantu-isteri-buat-kerja-rumah-tidaklah-dianggap-menjatuhkan-martabat-suami-pun/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

https://www.mingguanwanita.my/pernah-berhenti-kerja-wanita-ini-kongsi-cara-pengurusan-rumah-tangga-walau-pulun-dua-sumber-rezeki-dalam-satu-masa/

Luang Masa Berkualiti Dengan Keluarga

Dalam hidup ini kita sering berperang dengan dua komoditi iaitu masa dan wang. Jika banyak wang, kurang masa kerana komitmen yang tinggi. Namun jika banyak masa, biasanya wang akan berkurangan.

Kita perlu membuat pilihan untuk menentukan kehidupan kini dan masa hadapan. Jika mahukan kesenangan dan keselesaan keluarga, sudah pastilah kita perlu bekerja keras dan meraih peluang untuk menambah pendapatan.

Tidak mengapa masa kita untuk diri dan keluarga sedikit asalkan kita tahu memanfaatkan ia dengan cara berfaedah. Bagi saya tiada guna juga jika masa yang banyak bersama keluarga tidak diurus dengan baik. Ini pandangan peribadi saya, maafkan jika ada yang tidak setuju.

Jangan gantikan masa dengan kemewahan untuk menebus rasa bersalah kepada anak-anak ketika kita sibuk. Gantikan dengan layanan serta kasih sayang, usah malu memohon maaf kepada anak-anak atas kekhilafan kita.

Hidup ini sentiasa ada pilihan, pilih yang terbaik ikut keperluan kita. Jangan bandingkan kita dengan orang lain, keperluan mereka tak sama dengan kita. Bahagia itu di tangan kita, usaha dan doa. Yakinlah kita akan bahagia dengan keluarga.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

 

 

 

 

 

Published by
intan rohaizat