Terbaru Dr Amalina Bakri memaklumkan di dalam instagramnya, meminta agar orang ramai memahami situasi yang dihadapi ibu dan ayah bayi 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang jalani pembedahan di London.
Berikutan, tersebarnya berita tentang kepulangan Ainul Mardhiah ke tanahair yang akan dilakukan secara senyap-senyap. Bagaimanapun, jadual ketibaan itu terpaksa dibatalkan berikutan masalah kesihatan yang menimpa bayi berkenaan.
Sebagai antara team doktor yang bertanggungjawab merawat dan memantau perkembangan Ainul selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulut, Dr Amalina perlu menjelaskan keadaan sebenar.
Tulisnya diinstagram, “mereka mahu Ainul benar-benar sembuh dari pembedahannya. Dan meminta orang ramai terus mendoakan baby Ainul. Dan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik saja bayi itu selamat tiba di Malaysia.”
“Ramai yang menunjukkan minat dan keprihatinan terhadap kebajikan Ainul terutama selepas pembedahan. Dan kami berterima kasih atas doa serta ucapan kalian.”
“Namun, saya mahu membuat permintaan, tolong beri ruang dan hormati privasi keluarga Ainul.”
“Berita tentang kepulangan Ainul yang disiarkan adalah tidak betul kerana dia masih dipantau pihak hospital dan hanya akan pulang apabila dia (keadaannya) sudah bersedia.”
“Jangan siarkan berita berdasarkan andaian ataupun sumber daripada pihak ketiga. Adakalanya ‘kurang lebih baik’. Pasukan perubatan di sini mengharapkan kerjasama kalian untuk kebaikan Ainul, terima kasih
.”Dr Amalina juga memaklumkan, dia terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada ibu dan bapa Ainul untuk berkongsi maklumat ini.
Sebelum ini, Ainul Mardhiah telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di London pada 10 Jun lalu.
Dan sehingga hari ini, Ainul terus menunjukkan perkembangan yang positif dan bertambah baik.
MW : Apa pun keadaan Ainul, diharapkan orang ramai yang prihatin lebih bertenang dan berilah ruang pada bayi Ainul yang masih ‘fragile’ ini. Biarpun doktor sudah sahkan dia sihat dan boleh pulang, biarlah Ainul bertenang dulu. Sebab, kita tak tahu.. badan kita ini adakah bebas kuman. Bukan apa, bimbang berjangkit pula dekat Ainul itu. So.. tenang-tenang saja. Terus doakan Ainul benar-benar sihat semula.
Sumber/Foto : Dr Amalina Bakri, Nurul Erwani Zaidi