Apa jua jenis barang yang kita gunakan tak selamanya akan elok. Sampai masa akan rosak. Begitu juga tupperware kesayangan mak-mak itu. Tapi ada juga yang baru pun dah rosak tanpa sempat untuk guna. Sedihnya.
Nak dibuang terasa sayang pula. Lebih-lebih lagi jenama tupperware yang boleh tahan harganya dan menjadi kesayangan mak-mak. Tapi kalau disimpan pun tak boleh buat apa dan langsung tak boleh guna.
Mungkin jenama tupperware berbaloi bila pakai dah bertahun-tahun baru nampak rosak dan tak elok. Tapi, jangan terus buang, masih berharga dan ada cara yang perlu mak-mak tahu untuk tukarkan dengan baru. Paling penting tak dikenakan caj.
Perkongsian daripada Wan Rosni sebagai Elite Presidential Director di Tupperware Brands Malaysia tentang bagaimana cara untuk claim dan tak boleh claim kalau ada barang tupperware yang rosak.
“Ada seorang customer datang tukar bekas beras lama bawah Tupperware LifeTime Guarantee.
“Sedikit pasal LifeTime Guarantee dalam Tupperware, kerosakan macam mana yang boleh claim dan tidak boleh claim. Harap anda boleh jelas berkenaan ini dan lepas ni kalau ada Tupperware yang rosak @ reput jangan buang dulu, boleh rujuk di stokis-stokis sah berhampiran anda.
Ads
Selama lebih 50 tahun, Tupperware Brands dengan bangganya menyanjung keunggulan produk dengan Jaminan Seumur Hidup. Semua produk Tupperware di bawah cap dagangan Tupperware oleh Tupperware Brands dijamin mampu berfungsi sepenuhnya untuk sepanjang hayat produk apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa.
Kami akan menggantikan tanpa sebarang caj, mana-mana produk Tupperware atau bahagiannya yang menunjukkan sebarang kecacatan perkilangan apabila digunakan bagi tujuan domestik yang biasa.
Sekiranya Syarikat tidak lagi memiliki stok bahagian atau produk gantian, syarikat akan memberi bahagian @ produk alternatif dalam warna yang terkini, yang menawarkan fungsi dan nilai yang sama dengan @ produk asal. Syarikat berhak untuk menerima dan/atau menolak pilihan produk alternatif yang disyorkan oleh perunding dan/atau pelanggan untuk tukar ganti produk.
SYARAT-SYARAT WARANTI TUKAR GANTI
Sekiranya bahagian gantian tiada ganti lagi dalam stok, semua komponen atau bahagian lain yang melengkapkan sesuatu produk hendaklah dihantar balik untuk digantikan, walaupun bahagian-bahagian tersebut masih berada dalam keadaan baik.
Sekiranya bahagian gantian atau produk gantian tiada lagi dalam stok, maka produk alternatif hendaklah dipilih daripada katalog biasa mengikut harga yang dinyatakan.
Bahagian yang digantikan atau produk alternatif mungkin tidak akan diberi dalam warna yang asal. Pilihan warna adalah tidak dibenarkan.
Ads
Sekiranya produk alternatif mempunyai nilai yang lebih rendah, tiada bayaran balik akan diberikan.
Sekiranya produk alternatif mempunyai nilai yang lebih tinggi, perunding atau pelanggan dikehendaki membayar perbezaan nilainya. Ini dipanggil tambah nilai.
Tambah nilai untuk produk yang digantikan ini tidak akan dikira untuk tujuan komisyen dan bonus di bawah Pelan Bisnes Tupperware Brands atau mana-mana insentif.
Ini contoh-contoh item-item @ part yang boleh claim bawah Life Time Warranty.
Yang boleh claim :
1. Reput sebab peredaran masa
2. Terkoyak seperti penutup bekas
3. Retak/Rekah (crack)
4. Menggeleding (warping)
5. Menggelupas (peeling)
6. Menyerpih (chipping)
Ads
Yang TIDAK BOLEH CLAIM :
1. Kotor
2. Gigitan
3. Cair
4. Kecuaian
5. Perubahan warna
6. Calar (Scratch)
7. Kesan Potong (cuts)
8. Leaking (yang berkenaan paip)
9. Cetakan (printed)
10. Tali (straps)
11. Sarung (pouches)
Mingguan Wanita : Ok, nnti lepas ni, bawa saja tupperware yang rosak tu untuk tukar yang baru. Tapi, kena faham betul-betul mana yang boleh claim dan mana yang tak boleh claim pula.
Teruja betul tengok pokok kesum yang dikongsikan Azlina Hashim ini. Lagi-lagi tingginya dah sama macam anak bujangnya.
Sesetengah orang pula, nak tanam pokok kesum ini payah benar nak menjadinya. Sampai adalah istilah tangan panas. Sebab punya tak berjaya nak menanam pokok-pokok herba mahupun sayuran ini.
Walaupun sebenarnya tiada pun orang ber’tangan panas’ atau sejuk ini. Asalkan betul cara dan teknik menanamnya, insyaAllah menjadilah itu nanti.
Kongsi Azlina dalam grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, “Bila pokok kesum dah lebih tinggi dari anak bujang ni maknanya kebun Mak dia terlampau semak dahhh..
Moh le ke kebun semula. Raya dah nak habis.”
Melihatkan saja pokok kesum miliknya yang subur, ada yang bertanya bagaimana cara ibu ini memelihara pokok kesumnya hingga sebegitu subur dan tinggi.
“Mungkin cukup air dan baja dia jadi gini. Lepas tu lama saya tak hirau sebab sibuk bulan puasa. Ambil untuk masak sikit saja sebab tinggal berdua.
Kalau ada jiran-jiran yang nak, saya suruh saja petik sendiri.”
Berkongsi tip dengan Mingguan Wanita, ini yang Azlina lakukan.
“Saya tanam di kawasan yang memang dekat atau mudah sumber air. Macam ni tanam di paip air yang saya guna tiap hari untuk siram bunga dengan bersihkan kaki lima atau longkang rumah.
Kebetulan saya tanam sayur cara hidroponik dan fertigasi di sebelah tu untuk makan sendiri jadi saya guna baja yang diguna untuk sayur-sayur hidroponik atau fertigasi tu untuk siram kesum tu sekali.”
Azlina juga memberikan cadangan jika tiada kawasan lembap, boleh juga menggunakan teknik hidropot. Iaitu dengan cara merendam pasu dalam takungan air (macam alas pasu) untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
Sebelum ini beliau menggunakan cara begini. “Saya isi bahagian yang cucuk keratan kesum tu dengan tanah dan mulut botol terendam dalam air bahagian bawah botol yang saya isikan air. Sekarang saya dah tak buat cara itu, sebab selalu terlupa nak tambah air dalam botol.”
Menarikkan.. daun kesum yang keratan kesumnya dibeli di pasaraya ini, boleh hidup subur menjadi setinggi anak bujang.
Semoga apa yang dikongsikan Azlina dapat menjadi panduan untuk anda yang sedang berusaha untuk menanam sayuran di laman rumah.
Mulut berbau, satu masalah yang biasa dialami oleh kita bila tiba bulan Ramadan. Maklum sahaja, kita bersahur awal pagi dan sepanjang hari tidak menjamah makanan, sudah tentulah tiada proses ‘kunyah-mengunyah’.
Kadang-kadang, kita sendiri boleh merasakan ada bau yang kurang enak pada mulut. Mulalah rasa segan bila bercakap dengan kawan-kawan. Cara selamat, tutup mulut. Betul tak?
Semua ini boleh menjadi lebih teruk bila tiba bulan Ramadan. Memang, mulut berbau tak boleh nak elak walaupun kita sudah mencuba pelbagai cara.
Walau bagaimanapun, perkara ini disebabkan oleh pengambilan makanan semas bersahur. Ini yang dikatakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara nak elak daripada mulut berbau.
1. Minum Air Secukupnya Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan Minum Kopi Atau Teh Di Waktu Sahur Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Ambil Karbohidrat Secukupnya Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
5. Gosok Gigi Dan Bersihkan Lidah Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
6. Pastikan Tiada Masalah Mulut Dan Hidung Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
MW: Masalah yang kerap berlaku bila bulan puasa. Kalau dah macam-macam buat tapi masih lagi berbau, kena jumpa doktor sebab kita tak tahu ada masalah lain pula kan!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.
Boleh ikut tip tanam Cili Padi Kampung yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini.
“Cikpooja nak belanje picture pokok cabai burung @ cili kampung @ cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je. Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habih.”
“Kepada yang bertanya cara tanam. Cikpooja ni tak lah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih.Ni cara cikpooja tanam cili ni yea.”
“Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni. Janji hidup subur sudah.”
Bahan-Bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih:
Anak pokok cili
Pasu yang diisi tanah bakar (pasu yang berlubang dibawah yea)
Baldi (yang ngam-ngam ngan pasu yea)
Bancuhan baja AB
Cara-Caranya:
1.Tanam anak pokok cili dalam pasu
2.Letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu. (Air baja tu isi agak-agak bila letak pasu. Bontot pasu cecah air baja yea.)
3.Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.
4.Bila air baja dah nak kering, kita topup lagi.
5.Bila pokok dah naik segar elok. Cikpooja guna kaedah CUBIT-CUBIT buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas baru.InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.
6.Satu je masalah bila tanam cili ni, serangan bena (bende yang putih-putih tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pon. Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu dan tenyeh-tenyeh deme tu. Daun yang patut buang, kita buang.
Macam tu je lah caranya.Takde rahsia lain dah.
Tip Ekstra!
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (Lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu.Insya Allah dia akan bercambah.
*Masa ni kita cuma kena pantau kelembapan tanah je. Jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi.(sat gi baby pokok panaih, teruih KO)
*Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai, tempoh tanam dalam sebulan gitu, Okeyyyyy boleh ubah ke pasu baru yea!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam cili padi kampung boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...