4000 tan makanan elok dibuang setiap hari di Malaysia.

Dah jadi habit, asal makanan tak habis buang! Alasannya sebab menyemak atas meja makan! Aduhai, rezeki tu kawan-kawan oi. Ramai kat luar yang kelaparan tak cukup makanan, kita pulak sesuka hati membazir.

Menurut laporan Sinar Harian, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan kira-kira 4,600 tan makanan yang masih elok terbuang di seluruh Semenanjung Malaysia semasa bulan Ramadan. Manakala pada bulan biasa, jumlah sisa makanan dibuang yang masih elok berjumlah 4,000 tan sehari. Ya Allah! Seriusnya tahap membazir rakyat Malaysia, kita sama-sama berubah ye.

Baca sini

https://www.sinarharian.com.my/article/30036/SIASAT/Bertan-tan-makanan-elok-dibuang

https://www.mingguanwanita.my/cucur-nasi-pedas-garing-isi-lembut-syaratnya-kena-guna-air-sejuk/

Masak Cukup-Cukup Elak Buang Makanan

Untuk mak-mak, ingat ye, memasak pun mesti merancang dengan bijak. Ramai antara kita yang gagal membuat anggaran kuantiti makanan yang dimasak. Biasanya makanan yang tidak habis dibuang ke dalam tong sampah. Kita sudah melakukan dua kali kesilapan, gagal merancang dan melakukan pembaziran.

Mulai hari ini,  belajar membuat anggaran dengan tepat. Jika masih ada makanan yang tidak habis, tolong jangan buang. Kita guna semula makanan ini dengan cara yang kreatif. Bukan sahaja menjimatkan malah memberi idea kepada kita untuk menambah menu keluarga dengan cara yang tidak disangka. Jom try tip ini, semoga bermanfaat.

Hidang Sedikit, Tambah Kemudian

Ketika menghidang makanan untuk dijamu seisi keluarga, jangan letakkan semuanya sekali. Letakkan kuantiti mengikut keperluan ahli keluarga. Asingkan makanan, jika tidak cukup baru kita tambah.

Pengasingan makanan ini sangat penting, ia dapat membantu mengekalkan kesegaran makanan dan mengelakkan ia daripada cepat basi. Bayangkan jika kita sudah ‘lanyak’ makanan tersebut, tiba-tiba ianya tidak habis.

IKLAN

Adakah kita akan menyimpannya? Kebanyakan orang akan buang sebab geli. Jadi amat penting kita belajar menghidang makanan sedikit demi sedikit. Kita bukan kedekut tetapi kita mengambil sikap bijak.

Cara Simpan Makanan Yang Betul

Lebihan makanan hendaklah disimpan dengan cara yang betul. Untuk lauk pauk, sila masukkan di dalam peti ais. Ia dapat mengelakkan makanan basi dan mengekalkan kesegarannya. Makanan seperti nasi yang berlebihan, perlu dipanaskan di dalam periuk elektrik. Ia dapat memelihara kualiti nasi.

Asingkan makanan yang tak habis, letakkan di dalam bekas berbeza. Ingat! Gunakan bekas bertutup jangan biarkan makanan terdedah walaupun diletakkan di dalam peti ais. Kena jaga kebersihan ye baru kualiti makanan terjamin.

 Kitar Semula

 Kitar semula makanan yang tidak habis, caranya mesti betul. Misalnya untuk nasi yang tidak habis, kita boleh membuat nasi goreng. Tambahkan isi ikan atau lauk lain seperti sotong agar menu ini menjadi lebih menyelerakan.

Idea Resipi Makanan Tak Habis

 Ikan goreng atau ikan sambal yang tidak habis, boleh digunakan untuk membuat nasi goreng. Asingkan tulang, ambil isinya. Tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis dengan minyak panas sehingga naik bau, masukkan nasi. Cara ini sangat mudah dan praktikal. Emak dan nenek kita di kampung sering melakukannya.

Nasi tak habis jangan buang, olah jadi menu baru seperti nasi goreng dan cucur nasi.
 Suaipadan Dengan Menu

Kita juga mesti bijak menyuaipadan makanan yang tak habis dengan menu lain. Misalnya ada kari yang lebih atau hanya tinggal kuah. Simpan di dalam peti ais, kemudian panaskan dan masukkan isi ayam.

Menu ini kita boleh makan dengan nasi, roti, roti canai mahupun roti jala. Lempeng pun boleh, kita buat menu mengikut selera keluarga. Bagi yang mahu ‘ulang tayang’ menu dengan nasi, boleh gantikan dengan lauk lain. Jika semalam kita buat kari ayam, hari ini masukkan telur rebus. Kita dapat menu baru yang sedap dan menjimatkan.

Resipi Cucur Nasi

 Bahan-bahan:

2 cawan nasi

Air secukupnya

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

2 cawan tepung gandum

½ cawan ikan bilis

Garam secukup rasa

1 biji cili besar} dihiris

Cara membuat:

  1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
  2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
  3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
  4. Panaskan minyak, goreng cucur.
  5. Hidangkan bersama sos.