Selalunya, lepas makan, kulit pisang terus di buang ke dalam tong sampah. Nak buat apa lagi kan. Langsung tak terfikir kegunaan lain yang boleh membantu kita.
Rupa-rupanya banyak petua yang kita boleh gunakan. Kalau tak percaya, lihat perkongsian yang diberikan oleh No Or ini.
Katanya, kulit buah ini bukan saja boleh digunakan untuk petua nak cantik, tak kurang juga untuk tip penjagaan lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Bubur Kacang Hijau Wangi & Sedap, SANGAI Sebelum Masak, Tak Perlu Rendam
Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!
Info Lebih Menarik DI SINI
Kulit Pisang, Manfaat Dan Kelebihan
Ada banyak manfaat dan kelebihannya ini. Dari segi petua untuk cantik sampailah kepada tip penjagaan barang perhiasan.
BOLEH BELI DI SINI
1. JERAWAT DEGIL
Gunakan bahagian dalam.
Gosok kulit pisang pada kulit wajah.
Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut.
Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air.
Untuk lebih berkesan, amalkan 2 kali sehari dan lihatlah perubahannya.
2. HILANGKAN KULIT YANG BERKEDUT
Gunakan bahagian dalam.
Gosok kulit pisang pada kulit
Biarkan selama 45 – 60 minit.
Kemudian cuci bersih.
Amalkan 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. PUTIHKAN GIGI
Gunakan bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar selama 2 minit.
Amalkan rutin ini setiap hari, jadikan amalan selepas menggosok gigi.
Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih.
4. KULIT GATAL & RUAM
Gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah.
Hasilnya, kulit akan kembali halus dan ia mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal juga.
5. REDAKAN SAKIT KEPALA
Percaya tak, kulit pisang boleh rawat sakit kepala ? Jom tengok.
Cara 1 :
Kisar kulit pisang
Kemudian tempelkan pada dahi atau kepala.
Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala reda dan hilang.
Cara 2 :
Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama 1 jam
Gosok lembut dan susun pada dahi dan belakang leher
Biarkan hingga hilang sejuknya.
Ulang hingga sakit berkurangan dan hilang.
6. UBAT LUKA
Ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali.
Pastikan hanya gunakan kulit pisang yang masih segar tau.
7. PEMBERSIH BARANG PERHIASAN PERAK
Kisar kulit pisang dan sedikit air. Jadikan pes.
Guna pes tadi dan gosok pada permukaan barang perhiasan perak selama beberapa minit.
Hasilnya barang perak korang akan kembali berkilat dan berseri seperti baru.
Semua petua ini mudah kita amalkan. Paling paling penting, ia murah. Memang best la kan, bila kita boleh berjimat
Mingguan Wanita : Mak-mak yang ada masalah seperti di atas bolehlah cuba, moga-moga ia membantu.
Sumber: No Or
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI