Selalunya mak-mak cukup suka gunakan gel pewangi untuk letakkan di penjuru ruang tamu, bilik tidur ataupun bilik air. Harum semerbak dan rasa segar saja dalam rumah.
Biasa gel pewangi ni hanya bertahan dalam sebulan saja. Leos tu terus kering dan bau pun tak tak ada. Terus buang saja bekasnya, maklumlah dah tak berfungsi pun. Lagipun dah tak wangi dah pun.
Jangan terus buang gel pewangi yang dah kering. Masih boleh guna pakai kalau tahu caranya. Ini atntara tip yang boleh digunakan seperti yang dikongsikan oleh Yusra Fateema.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Pewangi Rumah Semulajadi, Bagusnya Tahan Sampai Sebulan
‘Air Freshener’ Bukanlah Penyelamat Bau Hapak Dalam Kenderaan Dan Rumah Tapi Undang Bahaya!
Kalau pewangi dah habis, tak kisah jenama apa pun, jangan uang dulu.
Masih boleh guna kembali.
Caranya:
1. Baki yang dah kering itu, potong kecil-kecil.
2. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan isikan air.
3. Letak saja dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet dan sebagainya.
4. Terus segar balik baunya.
.
Mingguan Wanita : Tak perlu membazir, boleh guna lagi dan letak saja kat tempat tertutup macam bilik air. Mesti wangi.
Sumber: Yusra Fateema
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita