Ada viral di media sosial tentang duit kertas yang dikumpul selama ini rosak dimakan anai-anai. Tak kurang juga yang sudah lusuh, terkoyak dua dan sebagainya. Tak terbayang sesalan dalam diri sebab wangnya sudah tidak bernilai.

Bayangkan kalau dah rosak, apa yang nak digunakan. Mesti tak laku kan. Jadi, cara yang tak bijak dengan hanya buang sahaja. Ingat, duit kertas yang nak dibuang bukan kaleng-kaleng sikit tapi nilainya beribu-ribu. Sayangnya.

Jangan terus buang. Masih ada cara lagi untuk dapatkan kembali nilai duit kertas anda yang rosak ini. Cuma nilai pertukarannya tidaklah sama dengan nilai sebenar dan ia bergantung kepada keadaan duit kertas tersebut.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Punyalah Nak Sorokkan Daripada Isteri, Padah Duit Rosak Digigit Tikus!

Lapan Tahun Kumpul Duit Bersama Suami Beli Kereta, Sekelip Mata Air Hanyutkan

Duit Kertas Rosak Tukar Ke BNM

Berkut adalah garis panduan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap duit kertas yang rosak.
BNM boleh menerima duit kertas dan duit syiling yang tidak sesuai dan mengalami kerosakan dengan menukar kepada baru, jika duit itu adalah disebabkan:

1. Duit terbakar
2. Terkoyak
3. Berlubang
4. Lusuh atau kotor
5. Kecut (duit polimer/plastik)
6. Dimakan anai-anai
7. Luntur warna
8. Hilang ciri keselamatan.

JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM

Beberapa perincian cara hendak tukar duit rosak.

JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM

JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM
.

JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM

Berikut kadar penilaian BNM berkaitan duit kerta rosak berdasarkan kategori:

Ads

1. Wang Kertas Conteng

  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan.
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara iaitu terfapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tuisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan.

2. Wang Kertas Cacat

  • Nilai yang diberikan untuk sebarang wang kertas koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan:
  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi 2/3 daripada saiz asal.
  • Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi ½ tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal.
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang ½ daripada saiz asal.

3. Duit Syiling Cacat

Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling ini:
a) Duit syiling tulen
b) Rupa bentuk dapat dikenalpasti
c) Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Bawa wang kertas /wang polimer atau duit syiling yang rosak di mana-mana cawangan BNM yang berhampiran dan isi borang. Dapatkan borang di kaunter.

Sekiranya cawangan BNM jauh dari rumah, boleh depositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.

Ads

Maklumat lanjut: Layari web www.bnm.gov.my/MataWangMalaysia atau hubungi Pusat Perkhidmatana Pelanggan BNM 1-300-88-5465

Mingguan Wanita : Jangan nak buang ye, masih ada nilainya. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana bukan rezeki. Dapat nilai penuh atau tidak bergantung pada kerosakan duit itu.

Sumber: BNM

JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Ads

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI