Buah kurma memang sinonim dengan bulan Ramadan dan dimakan ketika berbuka puasa. Sebab itulah, ia menjadi fokus utama dan orang akan tercari-cari bila menjelang Ramadan.
Walau bagaimanapun, buah kurma bukan hanya untuk bulan Ramadan, hari-hari biasa pun boleh dimakan, cuma ia menjadi satu kemestian untuk dimakan semasa berbuka puasa.
Bayangkan setiap hari dengan mengambil buah kurma, sudah tentu banyak bijinya yang dibuang begitu saja.
Apa kata, kita cuba tanam sendiri pokok kurma. Ada sesetengah orang cakap, keadaan cuaca negara kita tidak sesuai dengan tumbesarannya. Namun, kita tak tahu mungkin rezeki ia mampu hidup dan berbuah.
Cuba tanam sendiri pokok kurma seperti yang dikongsikan oleh Haba Tani ini. Mungkin ia memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba.
1. Bersihkan biji kurma. Cuci dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa isi kurma. Kemudian jemur seketika sehingga kering.
2. Kemudian ambil air bersih dan rendam biji kurma tersebut selama 4-6 hari. Pastikan setiap hari air diganti dengan baru.
3. Setelah 6 hari biji kurma siap di semai, siapkan 1 labu bawang merah, tumbuk dan kemudian rendam seluruh biji kurma tadi dengan air yang dicampur bawang selama 1 jam.
4. Letakkan tisu yang dibasahkan di dalam bekas dan susun biji kurma tadi.
5. Susun biji kurma seperti gambar di bawah ini
Ads
6. Tutup bekas tadi dan letakkan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari. Biarkan selama seminggu dan biji kurma akan mula bercambah.
7. Siapkan medium tanam dengan polibel dengna kompisisi: Sekam: Kompos: Tanah, Campurkan kesemuanya dan masukkan ke dalam polibel.
8. Masukkan tunas kurma tadi ke dalam polibel dengan posisi hujung tunas dimasikkan ke dalam tanah. Simpan polibel di tempat yang teduh
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Kemalangan berlaku memang tak dapat diduga. Apatah lagi jika kereta yang dipandu pula terbabas di kawasan berair seperti sungai dan tasik. Memang boleh jadi panik dibuatnya. Malah kebiasaannya, pintu kereta pula tidak boleh dibuka.
Sebenarnya bila berlaku situasi sebegini, ada cara untuk selamatkan diri. Iaitu dengan usaha memecahkan cermin pintu kereta berbanding cermin pada bahagian atau belakang.
Baca perkongsian bermanfaat ini sebagai panduan;
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Tahu tak, hampir mustahil untuk bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macam ni, instinct pertama mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta tengah dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan kita takkan boleh bukak pintu kereta.
Air masuk = pressure in Buka pintu = pressure out
Andai kata gagal pada percubaan pertama untuk buka pintu, cara terbaik adalah:
1. Lari ke tempat duduk belakang.
2. Pecahkan cermin pintu kereta.
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta.
“Kenapa kena lari ke tempat duduk belakang?”
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
“Saya tak kuat nak pecahkan cermin kereta!”
Sekiranya tak ada glass breaker, boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Kenapa pecahkan cermin lebih selamat?
Sebab kalau tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan dah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk korang berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin tu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Kenapa cermin pintu dan bukan cermin depan/belakang?
Kena tahu ya, windshield glass ni memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ni pula, sekali pecah hancur berderai.
Info Ekstra!
Ambil nasihat abang bomba, pastikan tingkap terbuka sedikit sebelum melalui kawasan berair seperti sungai dan tasik, bagi mudah menyelamatkan diri jika kereta terbabasa dan terperangkap dalam air.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat jadi jika kereta terbabas dan terperangkap dalam air, pastikan pecahkan cermin pintu kereta sebagai usaha untuk selamatkan diri.
Rupanya dengan memasang Aluminium Foil ia dapat membantu mengurangkan haba panas dan menyejukkan suhu rumah. Lebih-lebih lagi jika rumah yang menggunakan atap zink mahupun genting serta ruang pengudaraan yang terhad. Suhu panasnya memang boleh tahan tinggi.
Bukan apa, jika nak pasang pendingin hawa agak memerlukan bajet yang besar, malah bil elektrik pun boleh melambung tinggi nanti.
Jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Oyeasaari Nordin ini.
Saya bukan tukang atau kontraktor. DIY sebab budget pon tak seberapa. Dok survey-survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan.
Ni 1st step letak aluminum foil (beli dekat shoppe). Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so takde ruang nak masuk macam kebiasaan.
Survey ade 3 cara nak pasang:
1.Buka bumbung
2.Buka siling
3.Tampal je dekat siling.
Tapi semua cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir, akhirnya dapat la idea macam mana nak buat. Guna PVC pipe. Macam jolok buah mangga, jolok sampai ke papan manis dekat luar. Selepas itu stapler je. Kena buat pagi-pagi kalau matahari naik baru buat mau berkicap dekat atas tu.
Guna stapler gun, tembak dekat kekuda atap.
Keadaan bilik masa tengahari lebih 40° (anggaran saya guna termometer biase je) memang tak selesa.
So sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat elektrik.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba pasang aluminium foil ini di siling rumah. Ia berkesan dan membantu mengurangkan haba panas sekaligus menyejukkan dalam rumah.
Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.
Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zaiini sebagai panduan;
“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.
Bahan Diperlukan:
Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring
Cara Membuat:
1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.
2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.
3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.
4.Pastikan api kecil semasa membakar.
Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.