Sebagai masyarakat yang prihatin, sama-samalah kita berpesan, janganlah bila marah, ‘up status’, minta tolong Jagalah aib dan maruah diri sendiri.

Pada hari ini laman sesawang media sosial mejadi medan utama masyarakat meluahkan perasaan dan perkongsian. Bukan itu saja malah ada individu yang memaparkan keretakan rumah tangga, pergeseran antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta, salah faham antara ibu bapa dan anak anak dipamerkan.

Jangan Bila Marah, ‘Up Status’, Jaga Aib & Maruah Diri Sendiri

Bukan saja selebriti, ahli politik, dan personaliti yang mempunyai ramai pengikut di media sosial tidak terlepas dari pendedahan perkara peribadi di alam maya. Malah hidup sebagai seorang yang dikenali pasti perbuatan mereka akan diperhatikan orang ramai. Malah baru-baru ini juga kita digemparkan bila ada beberapa individu popular yang sanggup buka aib sendiri dengan menayangkan aset diri kepada pengikut mereka di laman sesawang.

Ikuti pandangan Perunding Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris, tentang isu ini dan adakah mereka yang berkelakuan sebegini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda gangguan jiwa atau tekanan.

“Media sosial adalah satu alat atau wahana perhubungan satu pihak dengan pihak yang lain atau satu pihak dengan ramai pihak. Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya adalah penghubung yang berteraskan teknologi yang mudah dan cepat.

“Tapi bagaimana kita menggunakan saluran yang ada di tapak tangan kita ini dengan cara positif atau negatif bergantung pada minda, hati dan roh kita. Apa yang ada dalam minda kita itulah yang akan kita cetuskan daripada susunan-susunan perkataan yang kita hantar kepada orang yang kita sebut sebagai content.

IKLAN

Jangan Bila Marah, ‘Up Status’, Tolonglah Jaga Aib & Maruah Diri Sendiri

Perlu Dijauhi & Dielakkan

“Bagi orang yang membuka aib dan sebarkan di media sosial, sudah tentu kita sebut itu tidak wajar dan perkara begitu haruslah dijauhi dan dielakkan. Orang kata buka aib adalah sesuatu yang tersasar dari maruah diri. Sebenarnya kita sebagai manusia digalakkan menjaga maruah. Tapi kalau kita membuka aib kita, di mana lagi letakkannya maruah kita sudah tentu sudah tidak ada.

“Apakah orang sebegini memiliki masalah tekanan atau ada sakit mental, orang sebegini kita boleh tengok beberapa fasa. Kalau tengok kesihatan mental ada beberapa fasa, jika berkaitan dengan psikologi kena ada ujian-ujian psikologi untuk menentukan samada orang itu ada masalah mental yang bagaimana.

“Namun untuk yang buka aib, mereka fikir ini adalah cara hidup mereka. Apa saja yang dipunyai oleh mereka itu adalah perlu untuk disebarkan kepada orang lain, itu adalah tidak betul sebenarnya. Berbalik kepada norma kehidupan, kita masih ada agama, ada syariatnya, ada undang-undang, ada keluarga, budaya. Itu semua adalah benda-benda yang mula ditinggalkan.

IKLAN

Jangan Sampai Tersasar Dari Ajaran Agama

“Untuk orang yang buka aib sudah tentu tidak wajar dan memang perlu dinasihatkan supaya mereka tidak tersasar daripada agama dan sebagainya. Memang mereka ini orang yang sebenarnya inginkan perhatian daripada warga media sosial. Mungkin mereka ada sejarah tersendiri contohnya tidak dipedulikan semasa kecil. Atau mereka ada masalah dalam keluarga, mungkin diabaikan oleh ibu bapa, bersendiri dan mereka tidak tahu nak buat apa.

“Jadi yang menjadi tempat untuk mereka melempiaskan segala apa yang ingin ditunjukan sudah tentu media sosial. Cuma media sosial tidak ada baik dan buruk, baik dan buruk kita yang tentukan. Mula-mula memang kita anggap benda ni senda gurau, anggap biasa-biasa saja, nak buka aib atau nak lebih-lebih. Kadang tu, ada yang mencabar jadi kita ambil untuk sahut cabaran. Walhal benda ni di luar daripada kebaikan diri kita.

Jangan Bila Marah, ‘Up Status’, Tolonglah Jaga Aib & Maruah Diri Sendiri

Terlampau Inginkan Perhatian

“Kenapa perkara sebegini berlaku, pertamanya kerana kita terlampau inginkan perhatian. Kerana mungkin orang tidak mendengar suara kita, bila kita luahkan perasaan mungkin ada yang menilaikan diri kita. Bila kita tunjuk depan masyarakat baru puas. Tapi perbuatan yang instant, keputusan yang segera, yang tidak bemaruah, tidak berpaksi pada agama, bangsa dan masyarakat tentulah keputusannya sudah tentu ‘cepat’.

IKLAN

“Kalau marah kita up benda ni. Sepatutnya apabila kita dalam emosi yang tidak stabil, untuk orang yang ada fikiran yang rasional dan logik pertimbangkan antara baik dan buruk. Jangan bila marah saja ‘up status’. Kita perlu menjaga diri sendiri. Media sosial sekarang ini kita boleh cari pakar jika ingin timba ilmu. Dimana carilah imu yang membawa kita kebaikan dalam menggunakan media sosial.

“Cadangan saya untuk mengatasi masalah ini, sudah tentu kita perlu berhati-hati dalam apa juga yang kita tulis. Kadang tu, orang yang suka buka aib pun, orang boleh tahu status kita yang kita tulis di media sosial, samada nak bantai orang atau luah perasaan atau sebarkan kebaikan. Kalau nak sebarkan kebaikan itu lebih baik.
“Nasihat saya, jangalah hidup kita menjadi sumber depresi kepada orang lain, cuba-cubalah jadi sumber inspirasi yang lebih baik untuk diri kita, agama bangsa dan negara.”

Baca Disini Juga:

Tak Semua Bersedia Terima Tetamu, Beritahu Dahulu Sebelum Bertandang, Jagalah Aib Tuan Rumah

Jagalah Percakapan Dan Perlakuan, Sebab Kita Tak Tahu Sejarah Lampau Orang Sekeliling

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI