Bila dah kahwin, secara tak langsung, mentua dan ipar duai dianggap seperti keluarga sendiri. Tak kurang juga ada ipar duai tinggal sebumbung. Kononnya, ipar sedang mencari pekerjaan atau baru bekerja dan tak mampu lagi untuk berdikari.
Setakat tumpang dua tiga hari, tidak menjadi permasalahan. Tapi kalau tinggal sebumbung , ini lah boleh jadi punca kehancuran rumahtangga. Bukan tidak boleh tapi bimbang boleh berlaku perkara yang kita tidak ingini.
Ada sesetengah kes berlaku, adik bercinta dengan abang ipar, kakak merana kerana adik ipar dan sebagainya. Semuanya di luar jangkaan. Kita anggap seperti adik sendiri tapi rupanya lain yang berlaku.
Ipar itu maut, itulah yang dikatakan oleh Engku Nisa dalam perkongsiannya. Bila ipar lain jantina tinggal bersama, serba sedikit boleh membuatkan kita rasa sangsi. Bukan tidak percaya tapi tidak mustahil boleh membawa kepada rumahtangga jadi huru hara.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Setiap Adik Beradik, Ipar Duai Semuanya Ada ‘Function’, Tapi Yang Rajinlah Selalu Dirindui!
Tak Perlu Berlumba Jadi MENANTU TERBAIK, Cukuplah Jaga Hubungan Dan Hormat Mentua, Ipar
Info Lebih Menarik DI SINI
“Kak, boleh ke tolong pesan kat sahabat-sahabat FB akak mengenai ipar duai.? Sian kawan saya, suami gantung tak bertali. Bercinta dengan adik isteri sendiri”
“Adik pulak sampai hati bercinta dengan suami kakak dia. Langsung tak endah kakak dia yang sedang sengsara.”
Bermula daripada tinggal sebumbung, dalam rumah family. Ada mak ayah, ada adik-beradik dan ada kakak yang baru mendirikan rumahtangga. Ibu ayah tak bagi pindah, duduk je sama-sama.
Kemudian ibu ayah selamba je izinkan abang ipar naik satu kereta dengan adik ipar, alasan nak hantar tempat belajar. Kemudian stay up kemas rumah lewat malam sama-sama. Kakak dah tak larat masa mengandung. Akhirnya dalam diam bercinta.
Mak ayah anggap itu biasa, padahal dosa besar. Dia anggap kakak dia je yang silap sangka.
Benarlah hadis Rasulullah mengenai ipar,
عن عقبة بن عامر ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال : ” إياكم والدخول على النساء ” ، فقال رجل من الأنصار : يا رسول الله ، أفرأيت الحمو ؟ قال : ” الحفو : المؤث
‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al-Hamwu? Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934]
[[ Apakah maksud Al-Hamwu? ]]
Kata Al-Hafiz Ibn Hajar:
زاد ابن وهب في روايته عند مسلم ” سمعت الليث يقول : الحمو أخو الزوج وما أشبهة من أقارب الزوج ابن العم ونحوه
Al-Laith berkata: Al-Hamwu merupakan adik beradik lelaki si suami dan seumpamanya daripada kaum kerabat suami seperti sepupu suami dan sebagainya.
Bahasa mudah Hamwu = ipar duai
Menurut imam nawawi dalam menjelaskan mengenai maut ini,
“Sudah menjadi kebiasaan orang ramai bermudah-mudah dalam hal ini, lalu seorang lelaki berdua-duaan dengan isteri adik beradiknya, maka hal ini disamakan dengan kematian. Ini
LEBIH UTAMA DILARANG daripada ajnabi.”
[Fathul Bari, jilid 9, m/s 331]
Bagi kita yang sudah berumahtangga, ada isteri, ada suami dan buat ibu ayah,
Asingkanlah tempat tinggal anak yang dah berumah tangga di rumah yang lain. Biarlah walau rumah yang kecil.
Fahamilah batas syariat dalam perhubungan perkahwinan. Yang mahram muabbad hanya buat ibu ayah, adik beradik yang lain tidak.
Cegahlah ikhtilat, pergaulan yang berlaku dalam rumah, lebih utama daripada ikhtilat yang berlaku di luar rumah
Jangan dibiarkan ipar berduaan, dalam rumah, dapur, ruamg tamu, hatta dalam kereta.
Jangan berlapang dada dengan perkara yang salah, kerana najis tetap dipanggil najis walaupun datang daripada orang yang kita sayang.
Hakikat ini perlu disedari untuk mencegah kefasadan, kerosakan yang membarah daripada ketidaktahuan masyarakat kita.
Jangan tak tahu, pernah berlaku, seorang anak tidak tahu mahu dinasabkan, atau dibinkan kepada siapa sebab dalam rumah keluarga itu, seorang isteri ditiduri suami, adik ipar, abang ipar.
Info tambahan:
Mingguan Wanita : Minta dijauhkan. Kita anggap ipar duai seperti adik beradik sendiri.
Sumber: Engku Nisa
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita