Kaum perempuan perasan tak, bila datang bulan atau period, kita mudah gusar. Mudah susah hati, cepat rasa nak marah, emosi cepat terusik dan sentiasa rasa serba tidak kena?
Bagi Puan Ummu Hani Aziz, perkara itu normal. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon ketika proses menstruasi (datang bulan) sedang berlaku.
Tambahan lagi, bila kita datang bulan, kita jarang “bertemu” Allah.
Kita akan skip solat 5 waktu.
Kita skip membaca Al – Quran.
Atas sebab itu juga lah hati kita sentiasa rasa tidak tentu arah
Ada benarnya firman Tuhan kita:
“Dengan mengingati Allah, hati hati akan menjadi tenang.”
Solat kan salah 1 cara kita ingat Allah.
Jadi harini Puan Hani nak share dengan semua wanita-wanita hebat di luar sana, apa dia 24 amalan yang kita boleh buat ketika datang bulan untuk pastikan hati dan emosi kita tenang dan bahagia.
2. Perbanyakkan istighfar & bertaubat
3. Perbanyakkan zikirullah. Tahmid, tasbih & takbir
4. Gandakan selawat ke atas junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad SAW
5. Banyakkan bermuhasabah & menghitung diri
6. Sentiasa alunkan Asmaul Husna, menghayati & memahami setiap nama nama Allah
7. Membaca terjemahan ayat ayat lazim yang kerap di baca di dalam solat
8. Membaca, menghafal & memahami makna kitab kitab hadis
9. Membaca buku, majalah & risalah-risalah agama
10. Membaca Al Ma’thurat (niat berzikir)
11. Mendengar ceramah agama melalui tv, radio, youtube & lain lain
12. Menghadiri majilis majlis ilmu
13. Mendengar bacaan Al Quran
14. Membasuh pakaian-pakaian ibadat seperti telekung & sejadah
15. Membantu cuci telekung & sejadah di surau @ masjid
16. Berkhidmat membantu suami & keluarga
17. Melaksanakan urusan rumah & keluarga dengan sebaik baiknya
18. Sediakan makanan sahur / berbuka untuk ahli keluarga yang berpuasa
19. Berbakti kepada orang tua
20. Perbanyakkan infaq & sedekah
21. Melakukan khidmat masyarakat
22. Melakukan perbincangan ilmiah
23. Belajar & bekerja dengan sabar dan tekun
24. Menghubungkan silaturrahim
Subhanallah. Terlalu banyak amalan baik yang kita boleh usaha kan walau ketika kita datang bulan kan?
Jika kita tak mampu lakukan semua, jangan kita tinggal kan kesemuanya.
Jangan biarkan hati dan jiwa kita kosong ketika uzur.
Semoga hati kita sentiasa terisi dengan perkara perkara yang baik, in sya Allah.