Petugas barisan hadapan inilah individu paling berisiko dijangkiti virus Covid-19. Mereka juga punya anak isteri, suami dan keluarga untuk diberi makan. Demi negara, kesihatan dan kesejahteraan anda semua, mereka korban segalanya.
Termasuklah masa rehat dan senang mereka. Jadi, jangan jadikan diri anda sebahagian yang menyumbang kepada runtuhnya semangat petugas barisan hadapan ini. Duduklah rumah, keluar jika benar-benar berkeperluan.
Hadamkan perkongsian Dr Yazeed Hair Johari yang ditulis pada 17 Mac ini. Sedih sekali, kerana sampai hari ini masih ada lagi 3 juta rakyat Malaysia yang tak ambil cakna Perintah Kawalan Pergerakan yang kerajaan tetapkan.
JANGAN BIARKAN BARISAN HADAPAN NEGARA SEMAKIN LUMPUH
Kenapa Kawalan Pergerakan dilaksanakan ?
Pertama sekali kita kena faham , Kalau kita perhatikan kes dulu 22 sekarang sudah melonjak jadi 528 .
Dari 528 tak mustahil jadi 1000 (ketika status dimuat naik pada 17 Mac 2020).
Gandaan ini yang amat ditakutkan .
Macam di Italy , masa awal awal dulu , Tak banyak kes , Rakyat mereka tak pandang serius kes ni , Bila gandaan dah jadi x3 x4 .. Bila dah bertambah kes kematian , Baru nak gelabah .
Sebab apa ?
Sebab kita sendiri tak anggap perkara ni serius melainkan ianya terjadi pada diri sendiri atau keluarga rapat . Apakah itu yang kita mahukan ?
Dah kena lempang baru sedar ?
Tak nak kan ? Jadi cukuplah merungut .
Kalau kita tak faham , Jangan pertikaikan usaha yang Lain
Ekonomi Boleh Dicari, Nyawa Takkan Kembali
Ingat kerajaan nak buat keputusan ni , Senang ke ? Sebab faktor ekonomi akan jatuh , Itu pun menyakitkan , Tapi lebih menakutkan bila ada korban nyawa . Mana lagi penting ? Korban nyawa atau korban ekonomi ?
Sebab tu kerajaan terpaksa juga laksanakan langkah ini .
Ads
Ekonomi boleh dicari , tapi Nyawa takkan kembali.
Ucapkan syukur , kalau kau belum menjadi mangsa . Kau sangat bertuah .
Jadi kenapa ini perlu dilaksanakan ?
1- Untuk mengurangkan jumlah kes berjangkit iaitu seperti kita sedia maklum , Jika kurang berkomunikasi secara fizikal , Maka risiko untuk dapat jangkitan adalah berkurangan
2- Untuk memastikan Barisan Hadapan Pekerja Kesihatan tidak lumpuh . Tahukah anda , KKM kini tidak mempunyai dana dan staff yang cukup untuk memerangi wabak ini ? Jika ada kenaikan kes , Maka hari demi hari … Barisan hadapan kita akan makin keletihan dan akhirnya akan lumpuh .
Apa Jadi Jika Barisan Hadapan Kesihatan Lumpuh ?
Jadi macam Italy dan negara lain. Barisan hadapan kesihatan mereka sudah pun lumpuh disebabkan kenaikan kes jangkitan yang tak terkawal , Bukan sekadar Staff , Supporting equipment seperti Disposable item , Ubat ubatan , Ventilator , Bilik Icu yang tidak mencukupi .
Bayangkan , Dengan kes kes baru covid 19 ni lagi , Belum lagi pesakit yang sedang nazak dalam hospital tu , Pesakit yang perlu dibedah , Pesakit stroke , Pesakit jantung , Pesakit koma dalam ICU lagi .
Korang bayangkan macam mana punya HAVOC dalam hospital tu , NAK SELAMATKAN MANA SATU ?
DAN YANG paling ditakuti adalah ,
Ads
Risiko pesakit yang berjangkit tidak dirawat dengan baik adalah tinggi . Manpower dan machinery tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan semua mangsa ni.
Tolong Kuarantin Diri 14 Hari Di Rumah
Sebab tu kerajaan perlukan bantuan dari korang semua untuk faham situasi sekarang ni . Kalau kita semua boleh bantu kerajaan dengan PROPER self quarantine ..Insyallah Malaysia mampu menangani wabak ini .
Dan kita pula boleh kembali bekerja seperti biasa .
Lagi cepat kita tangani masalah ni , Lagi cepat lah kita boleh kembali kepada kehidupan biasa .
Tolong lah support usaha kerajaan ini , Kalau bukan untuk diri sendiri …
INGATLAH BEBANAN ORANG LAIN .
INGATLAH BARISAN HADAPAN PASUKAN KESIHATAN KITA YANG SEDANG BERPERANG 200% MENANGANI WABAK INI
Mereka semua pun ada keluaga dan anak anak macam kita juga .
Ads
Bagaimana dengan keselamatan dan nyawa mereka . Ini ibarat pergi berperang , Kalau dulunya perang mati berdarah , Tapi kini perang dengan virus yang juga bakal tarik nyawa.
Untuk siapa mereka ni berjuang ?
Bukankah terang lagi bersuluh ?
Untuk bangsa dan negara , Nyawa mereka digadaikan untuk keselamatan kita dirumah , Agar kita masih boleh bersama dengan keluarga tercinta .
tapi mereka ?
Besar pengorbanan mereka ini. . Tak berbaloi dengan kita yang sambil lewa
BANTULAH BARISAN HADAPAN KITA INI
Aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada mereka disana yang berjuang 24/7 , Setiap hari memerah keringat , Meninggalkan keluarga dirumah untuk keselamatan orang lain .
Yang kita ni hanya dibelakang telefon pintar , Jangan pandai komplen saja .
Share dan Tag kawan , ini lah cara kita boleh bantu mereka . Hentikan Covid 19 !
Ini lah cara untuk kita bantu mereka !
Thank you , Barisan Hadapan Negara you are my unsung heroes !
Komen dekat bawah , Ucapkan kata semangat pada mereka semua ini
Ramai unsung heroes dalam followers aku ni.
MW : Terus doakan petugas barisan hadapan ini dilindungiNya dan diberi kekuatan sepanjang mengubati pesakit Covid-19. Merekalah hero sebenar negara.
Sebelas orang anak menjadi saksi setia kasih seorang suami terhadap isterinya yang diuji sakit, sehinggalah isteri menghembuskan nafas terakhir berentetan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi.
Anak ketujuh dari sebelas beradik ini, NurHafizah Rozi atau nama sebenarnya NurHafizah Binti Hj Mohamad Rozi berkongsi kisah kesetiaan ayah sampai hujung nyawa terhadap ibu mereka, Nasibah Binti Abas.
Maklumnya, “selepas mak potong kaki akibat kencing manis hari tu kesihatan mak makin merosot. Jantung dan buah pinggang mak makin lemah.” Dan pada 18 Mac lalu, ibunya dijemput Ilahi.
“Orang lain tak melihat, tapi aku yang menyaksikan betapa dia (ayah) cintakan isteri dia. Ya.. memang kami adik beradik yang jaga mak. Tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal mak. Walau pun dia sibuk kerja.
Kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak. Makan pakai mak, dia yang siapkan. Macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat, macam tu lah ayah jaga mak masa mak sakit.”
Sungguh Dia Terlalu Sayangkan Isteri Dia
Kongsi anak ini lagi, betapa ayahnya itu terlalu sayangkan ibu mereka. Dalam apa jua keadaan, ayah tetap ambil berat dan peduli.
“Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia. Walau pun isteri dia dah tak sempurna, dia tetap sayang, jaga dan ambil berat. Tak peduli pun apa orang kata pasal dia. Sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang.
Tiap kali pergi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi.”
Bak kata anaknya ini, ayah itu tak pernah peduli pun apa kata orang. Sebab itulah, cara ayah menunjukkan kasih sayangnya pada ibu mereka.
“Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila mak dah tak de tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun. Susah dan senang membesarkan 11 orang anak.
Aku tak pernah melihat dia menangis tapi hari tu, pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak. Dia bacakan yassin, dia yang ajar mak mengucap. Dia pegang tangan isteri dia sampai akhir hayat.”
Dalam Van Jenazah, Ayah Peluk Keranda Mak Tak Lepas
“Masa dalam van jenazah pun macam tu, dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan yassin untuk mak. Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik-beradik, ‘Nanti bila ayah dah takde kebumikan ayah sebelah mak. Ayah nak duduk dekat dengan mak’.
Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat, sakit sampailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga syurga menyatukan kalian kembali. Aamiin.”
Ini pesan arwah ibunya. “Bila sayangkan seseorang, sayanglah dengan sepenuh hati. Terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan.”
Sebelum mengakhiri catatan, anak ini menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah semata mahu menagih simpati. Melainkan hanya untuk menceritakan apa yang orang lain tak nampak tapi mereka, adik beradik nampak kasih sayang ibu ayah mereka selama ini.
“Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak. Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami.
Berehatlah Bidadariku.”
MW : Alangkah beruntungnya ahli keluarga ini dilimpahi kasih sayang yang sarat. Al Fatihah untuk Allahyarham Nasibah Binti Abas, semoga rohnya ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Bila berkahwin, dah tentu kita dambakan untuk timang anak sebagai penyambung keturunan dan menjadi penyeri dalam rumahtangga. Namun, tak semua diberi rezeki selepas berkahwin terus mengandung dan lahirkan anak.
Mungkin rezekinya awal dapat timang anak. Tak mustahil juga belum diberikan rezeki walaupun kahwin bertahun-tahun. Pokoknya adalah sabar.
Begitulah yang berlaku pada pasangan tua ini, hidup mereka sunyi tanpa kehadiran anak. Namun, selepas 54 tahun segalanya berubah bila dapat timang anak pertama pada usia 70 tahun.
Dengan kemajuan teknologi dan rawatan kesubµran, usaha mendapatkan zuriat boleh sahaja direalisasikan seperti wanita berusia 70 tahun ini yang hanya menimang cahaya mata pertama ketika usia perkahwinan mencecah 54 tahun.
Selama 54 tahun kediaman sµnyi tanpa cahaya matasi ibu akhirnya mampu memeluk anak sulung. Tangisan bayi lelaki memecah keheningan dan menggembirakan seluruh ahli keluarganya.
Chandravati Devi dan suaminya Gopichand Singh, 75, pasangan warga emas dari Rajasthan Alwar, India sebelum ini melakukan rawatan kesubµran di pelbagai hospital di beberapa bandar.
Sebelum berjaya hamil, pasangan itu sudah tiga kali melakukan prosedµr persenyawaan in-vitro (IVF).
.
”Kira-kira satu setengah tahun yang lalu, pasangan ini mendapatkan rawatan di sini menerusi setelah dicadangkan oleh saudaranya. Chandrawati dan Gopi Singh tinggal di sebuah kampung berhampiran sempadan Haryana berhampiran Jhunjhunu, Rajasthan,” kata pakar 1VF, Dr Pankaj Gupta kepada India Today.
Kelahiran bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu disifatkan sebagai satu keajaiban. Lebih-lebih lagi wanita yang sudah melewati usia tujuh dekad seperti Chandrawati.
“Chandrawati hamil selepas percubaan ketiga melalui 1VF. Walaupun gembira, wujud unsur ketakµtan kerana usia ibu yang sudah lanjµt. Tetapi akhirnya dia selamat melahirkan bayi yang sihat,” katanya.
.
Bernasib Baik
Menurut India Today, terdapat undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen India baru-baru ini yang berkuat kuasa mulai Jun 2022 yang mana pusat rawatan IVF tidak dibenarkan memberikan rawatan kepada wanita dan lelaki berumur 50 tahun ke atas.
Tetapi Chandravati dan suaminya bernasib baik kerana telah berjaya hamil sebelum undang-undang berkµat kuasa.
.
Ibu yang melahirkan melalui IVF tertua di dunia ialah Erramatti Mangamma dari India. Pada tahun 2019, Mangamma melahirkan bayi perempuan kembar yang merupakan anak pertama dan keduanya bersama suami, Raja Rao, 80. Lebih istimewa, rawatan itu dilakukan menggunakan sel telµr milik Mangamma sendiri.
KehamiIan pada lewat usia mempunyai risik0 kesihatan. Kesubµran semula jadi terhenti apabila seorang wanita mengalami menopaus pada purata umur antara 43 hingga 51 tahun.
Teknik seperti IVF sejak itu membolehkan wanita seperti Chandravati dan Erramatti hamil walaupun selepas menopaus.
Mingguan Wanita : Zaman yang semakin canggih, segalanya boleh buat. Cuma kalau dah usia lanjut, larat ke nak jaga anak. Itu fikir kemudian la….
Watak popeye, cerita kartun yang membuatkan sesiapa tengok pasti leka. Awal-awal ‘hero’ mesti kalah, tapi bila dah diberi makan bayam, terus bertenaga demi menyelamatkan isteri tersayang dari penjahat.
Inilah watak kartun popeye yang sentiasa menghisap paip dan mempunyai tatu sauh di lengannya. Kartun ini dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar. Ia adalah watak pelaut dan kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar dan menghisap rokok paip.
Di sebalik watak popeye ini ada lelaki yang sebenarnya.
Gambar ini adalah lelaki iaiatu watak popeye yang sebenar.
.
Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul-betul wujud. Inilah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.
Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer dekat pub gitu.
Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.
Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal perkara yang dia buat zaman semasa zaman muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.
.
Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada seorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.
Mingguan Wanita : Olive, isterinya pula tak pasti macam mana kewujudannya. Mungkin ini sekadar imaginasi untuk menarik perhatian penonton melihat kartun ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...