Jangan Bertangguh Beri Duit Ke Mak Ayah, Mereka Tak Minta Tapi Menunggu

Share

Iya, mak ayah kita tak pernah minta pun huluran duit dari anak-anaknya. Sebab dia pun tahu, anak-anak ada komitmen lain yang banyak. Keluarga, hutang dan sebagainya.

Tapi kan anak-anak, bila kita dah berjanji nak beri mak ayah duit. Janganlah bertangguh-tangguh. Ada lebih berilah. Ada lebih sedikit pun berilah yang lebih sedikit itu.

Bila mak ayah bahagia hatinya, mereka mendoakan. Doa itulah jadi keberkatan rezeki anak-anak makin berganda. Perkongsian sedekah untuk mak ayah, catatan Farrawati Sabli

begitu menjentik emosi.

Cukup dekat untuk mengingatkan kita, agar jangan bernanti-nanti dalam membuat amal kebaikan dekat orang tua sendiri mahupun siapa saja.

Barangkali Dia Belum Gaji Lagi..

Saya masuk ke bank di Tuaran, ada seorang makcik menegur saya.
Boleh tolong cek, manatau masuk sudah duit saya.
Oo, boleh makcik.”

Tiba giliran, selesaikan dulu urusan saya, baru bantu makcik tu.
Beliau hulurkan kad ATM beserta IC.
Bila dicek.

Baki duit RM18 makcik.”
Oh, belum masuk lagi.”

 Kami keluar bersama-sama dari bank itu. Walau hampa, beliau masih tersenyum.
Makcik dari mana

?”
Dari Kg Kindu.”
Sekarang makcik mahu ke mana?”
Balik ke kampung, saya turun Tuaran cek duit saja, ingatkan anak saya sudah kasi masuk.”
Anak makcik di mana?”
Kerja di Sandakan. Barangkali dia belum gaji lagi.”

Allahuakbar, mungkin juga makcik turun ke Tuaran mahu beli barang-barang rumah, untuk keperluan berbuka puasa. Tetapi hampa kerana duitnya belum masuk lagi.

 

Jangan Bertangguh Memberi Pada Ayah Ibu

Pertemuan singkat dengan makcik ini memberi peringatan pada saya, jangan bertangguh memberi pada ayah ibu. Adakala mereka tidak pernah meminta, namun mereka tetap menunggu. Kudrat mereka untuk bekerja semakin berkurangan dari hari ke hari.

Kita bersangka baik, sudah pasti anaknya juga tengah berusaha keras menafkahkan ibunya yang tersayang.

Semoga dipermudahkan urusan makcik ini dan dimurahkan rezeki anaknya mencari rezeki diperantauan.

Terima kasih Ya Allah, beri peluang sedekah buat makcik yang memerlukan ini.

Beri tanpa nanti

Bacaan lanjut : Perihal sedekah kepada makcik

Sumber/Foto : Farrawati Sabli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer