Jangan BERKIRA Untuk Membantu Adik Beradik, Sebab Rezeki Kita Berkat Doa Persaudaraan

Share

Dalam setiap ahli keluarga, mereka telah ditetapkan rezeki masing-masing ada adik beradik yang berjaya dalam kerjaya, mempunyai pendapatan tetap, ada juga yang kais pagi makan pagi. Sebab itu, jangan berkira dalam bab-bab duit dan harta yang dimiliki oleh setiap mereka.

Pada siapa lagi yang mampu kita tolong selain adik beradik, mereka inilah darah daging sendiri. Susah mereka, kitalah yang membantu dan diharapkan.

Kalau nak meminta bantuan orang lain pun tiada masalah tetapi berapa lama sangatlah dan berapa banyak yang mereka boleh bantu. Tapi dengan adik beradik, sampai kita meninggal dunia pun, mereka tetap bersama.

Sebab itu, kalau ditakdirkan ada adik beradik yang berjaya dan berharta, jangan berkira untuk membantu. Tak perlulah nak rasa bangga dengan apa yang ada. Ingat satu sahaja, rezeki yang kita dapat ini adalah berkat persaudaraan dan doa mereka juga.

Perkongsian daripada Mahadi Razak cukup bermanfaat dan memberi panduan buat kita semua. Jangan pinggirkan dan tolonglah adik beradik. Mereka inilah yang lahir dalam rahim ibu yang sama dan darah daging kita dunia akhirat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Satu Keburukan Adik Beradik Bukan Hilang Semua Kebaikannya, Jaga Perasaan Dan Hargailah

Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk-Buruknya, Ia Tetap Darah Daging Kita

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Berkira Bila Sudah Berjaya

Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana itu takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ??

Pernahkah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ?? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak.

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat di mata kita. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata allah..

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..

MW: Marah atau sakit hati macam mana dengan adik beradik, kena ingat kembali kenangan waktu kecil. Jangan diikutkan ‘keras kepala’ sampai boleh putus hubungan adik beradik. Ingat! Sampai masa adik beradik inilah yang dicari. Moga jadi panduan buat semua.

Sumber: Mahadi Razak

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora