Selalunya kalau mak ayah berkira dan agak kedekut nak belikan anak-anak, terutamanya pakaian. Lebih suka beli yang murah, kononnya, rugi beli yang mahal-mahal.
Bukan apa, anak cepat membesar dan kalau beli yang mahal, hanya pakai sekejap saja. Sedangkan kalau untuk mak sendiri, harga mahal pun tak kisah.
Malah, tidak hanya untuk belikan pakaian tai mak ayah berkira dan kedekut bab makan-makan dengan alasan anak masih kecil dan tak tahu apa-apa.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rezeki Anak Ramai @ Sedikit Bukan Kesalahan, Mak Ayah Berbanggalah Galas Tanggungjawab Ini
‘Duit ‘Berkepok’ Dalam Bank, Anak Makan Lauk Telur’, Janganlah Berkira & Kedekut Bab Makanan
Berkira & Kedekut Dengan Anak-anak
Itulah yang selalu berlaku pada maka ayah yang sangat berkira dan kedekut dengan anak. Harga mahal dan tak berbaloi kalau beli dan berikan pad anak-anak.
Sedangkan kita tak tahu, rezeki yang kita dapat hari ini pun dari mereka juga. Tak perlulah nak berkira dan kedekut dengan anak.
Antara perkongsian daripada Farizal Radzali,boleh dijadikan pengajaran supaya mak ayah jangan berkira untuk belikan pakaian, mainan mahupun makanan untuk anak-anak.
Entah kenapa, tiba-tiba terasa diri saya ni sama ada tak mampu, berkira atau kedekut.
Pada saya baju raya (baju Melayu/baju kurung) untuk kanak-kanak, kalau harganya melebihi RM100 dah mahal. Sebab tu dapat yang harga bawah RM100, saya terus beli. Walau bukan pakaian berjenama.
Tapi ada kawan-kawan saya kata, RM200++ tu kira murah.
Katanya brand tu murah, brand ni murah. Saya pun masuk kedai tu. Baju budak je sampai cecah RM300! Murah katanya.
Laju saya keluar dari kedai tu. Seram tengok tag harga dia.
Pada saya, baju anak-anak yang sedang membesar ni, boleh pakai paling lama pun 6 bulan hingga setahun, sebab mereka akan membesar. Tak boleh pakai lama, melainkan boleh digunakan turun temurun kepada adik-adik lain. Atau dah niat nak sedekah kat orang lain kalau dah tak muat.
Mungkin itu pandangan kolot saya. Sebab saya rasa susah nak dapat duit.
Kawan saya kata, raya setahun sekali, apa salahnya beli yang mahal. Bukan selalu. Jangan berkira untuk belanja anak-anak sebab rezeki kita datang dari mereka juga.
Betul juga tu. Raikan pendapat.
Mingguan Wanita : Tak perlulah nak berkira sangat. Bukan anak orang lain, anak kita juga. Asbab merekalah rezeki keluarga bertambah.
Sumber: Farizal Radzali
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI