Kalau mak-mak ke pasar, sebolehnya harga barang yang ingin dibeli terutamanya yang ingin di beri makan keluarga mahu dikurangkan selagi boleh dengan penjual. Selagi tidak berjaya, selagi itulah dipujuknya.

Sampaikan penjual tidak mampu berbuat apa dan memberikan harga yang diminta oleh pembeli. Keadaan ini biasanya berlaku di pasar basah, yang mana pembeli membeli makanan atau pun bahan basah untuk di beri makan keluarga.

Inilah yang dikatakan belanja ber akad bathil iaitu memaksa penjual untuk dapatkan harga yang lebih murah. Tawar menawar ini boleh saja tapi jangan sampai memaksa penjual, bimbang penjual tidak ikhlas dan dalam keterpaksaan menjualnya.

Apa yang boleh dikatakan, barangan yang dibeli itu halal tapi tidak diredai oleh Allah. Kena hati-hati. Contoh yang boleh dilihat adalah perkongsian daripada Farhan Bin ini. Moga ia memberi pengajaran untuk kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Harapkan Isteri ‘Perfect’ Kalau Suami Pun Tidak Jalankan Tanggungjawab Pada Keluarga

Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Beri Makan Keluarga, Elak Belanja Cara Bathil

JANGAN BERI MAKAN KELUARGA DENGAN BELANJA BER AKAD BATHIL

Emak: Ayam sekilo berapa man?
Penjual: 8 ringgit je makcik..!
Emak: Alaa 7 ringgit dah la ye..!
Penjual: Hurmm, bolehla makcik
Emak : Hati ayam ni sekilo berapa?
Penjual: 4 ringgit je..
Emak : Minta 3 kilo ye. Sama kaki ayam setengah kilo ya..
Penjual : Kaki ayam setengah kilo 2 ringgit je makcik..
Emak: 10 ringgit dah la ye. 3 kilo hati ayam dengan setengah kilo kaki ayam tu..!
Penjual : Bolehla makcik..
Emak: Jadi total berapa bang semua..?
Penjual : Ayam sekilo 7 ringgit + hati ayam + kaki ayam 10 ringgit. Jadi semuanya 17 ringgit je makcik.
Emak : Alah 15 ringgit dah la ye.. beli untuk anak balik kampung je ni. Nah 20 ringgit. Meh baki dia.! Sambil hulur tangan.
Penjual : ..
Emak: Acik ambil pedal ini 2 ketul yaa (sambil masukkan pedal ayam dalam beg plastik)
Penjual: @@@@
………….

Kena Tahu Rukun Jual Beli

Wahai mak-mak, dalam jual beli ada 3 rukun yang perlu kita tahu iaitu:

1. Al Aqidan (penjual & pembeli)
2. Al Ma’qud alaih (wang & barang)
3. Shigat beli

Dalam Shigat Akad adalah bentuk isyarat dari penjual dan pembeli yang melakukan transaksi tanpa paksaan.

Ads

Sudah ikhlaskah penjual tadi melepaskan barang jualannya ?

Jangan sampai tidak ikhlas penjual itu melepas barang jualannya menjadikan barang yang kita beli menjadi tidak diredhai kerana dilakukan dengan bathil atau memaksa penjual.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang Bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”
(QS.An-Nisaa:29)

Ads

Wang yang kita dapat halal, untuk beli barang yang juga halal, jangan sampai rosak kerana transaksinya yang tak diredhai Allah..

Semoga bermanfaat untuk bersama

Ps: gambar sekadar hiasan
-MSS (peniaga jalanan)

MW: Biasalah mak-mak, kalau membeli kat pasar, mahu minta dikurangkan selagi boleh kecuali di pasar raya memang harga tetap. Tapi tidak semua yang suka tawar menawar, ada yang tanya harga terus bayar.

Sumber: Farhan Bin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI