Kalau anda ada anak kecil, pastinya termos merupakan satu keperluan kalau keluar berjalan. Tambah pula kalau anak jenis minum susu formula, lagilah nak kena ada termos untuk isi air panas. Tetapi macam mana anda jaga dan cuci termos nak bagi bersih? Tak kan lah asyik nak kena beli baru walau masih elok untuk diguna. Ok, MW kongsikan dua tip berguna untuk anda cuba bersihkan sendiri.
Cara Membersihkan Termos Dengan Menggunakan Beras
1. Isi termos dengan air secukupnya saja dan tidak perlu terlalu banyak atau penuh.
2. Ambil segenggam beras dan masukan dalam termos yang berisikan air.
3. Tutup termos tersebut sehingga rapat agar air tidak tumpah. Kemudian kocak termos tersebut sampai bersih.
4. Bila dah siap, buka penutup termos lalu buang airnya.
5. Ulangi langkah-langkah tersebut hingga kerak yang ada di dalam termos hilang dan termos kembali bersih.
Itu cara mudah yang boleh anda gunakan kalau ingin membersihkan termos dari kerak pada bahagian dalam. Ada cara lain lagi untuk membersihkan termos, berikut caranya.
Cara Membersihkan Termos Dengan Menggunakan Limau Nipis
Cara ini juga cukup mudah. Anda cuma perlu sediakan limau nipis, buah ini sangat segar jika dijadikan minuman ternyata juga memiliki manfaat yang bagus untuk menghilangkan dan membersihkan termos yang kotor. Caranya iaitu…
1. Ambil 3 buah limau nipis yang masih segar.
2. Perah dan ambil airnya.
3. Campurkan air perahan limau nipis tadi dengan air panas.
4. Kemudian masukan pada termos dan diamkan selama kurang lebih 2 jam.
5. Jika sudah, buang air perahan limau nipis tadi dan masukan air bersih.
6. Kocak hingga bersih dan percayalah baunya hilang.
Haaa… inilah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan termos yang kotor. Mudah, bukan? Dengan cara ini anda tidak perlu lagi pening untuk memikirkan macam mana nak membersihkan termos yang ada. Anda juga boleh menggunakan termos tersebut dalam keadaan bersih.