Jangan marah hospital, jika ada larangan kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke bilik wad ICU. Kerana setiap arahan itu bersebab.
Mak ayah pun, jika nak datang ziarah adik beradik, anak-beranak atau saudara mara yang sakit tenat, tinggalkan saja anak sihat di rumah. Saranan ini bukan bersifat kejam,
Tapi ianya untuk pastikan anak yang sihat itu terus sihat. Sebab kata Penolong Pegawai Perubatan, Faisal Firdausini di depan lantai wad ICU itulah ada macam-macam kuman MEMBUNUH.
Bila mak ayah dah faham, mesti nak duduk-duduk depan tu pun seram.
Berkilatkan lantai depan ICU ni?
Sampaikan ada pelawat boleh duduk.
Bawa kanak-kanak. Lepas tu, baring-baring atas lantai.
Puting anak jatuh pastu masukkan balik dalam mulut anak. Tak basuh pun. Kemam-kemam je, bagi anak.
ADOI!
Kak, abang, pakcik, makcik…
Apa yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ya memang betul kami mop, buffing lantai tu setiap hari.
Tapi, apa yang tertumpah atas lantai tu?
Darah
Ni ha.. mak ayah google lah sendiri monster-monster yang boleh MEMBUNUH anak kalian menurut otai bius kami Dr Mohd Sany.
Pseudomonas
Acinetobacter
Klebsiella
E coli
Staph aureus
Streptocococus
Bukholderia etc
Tak sayang anak-anak? Biarkan diorang bergolek gelantang atas kuman-kuman tu? Maaf saya pakai bahas pasar. Hospital bukan tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit.
SEMUA PENYAKIT. Ada kat sini. Dan anda sebagai cerdik pandai bawa anak-anak untuk mencari penyakit. Then bawa balik dan kongsi dengan yang lain?
Saya Sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama kanak-kanak. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat.
Penyakit di sini bukan calang-calang. Dan kebanyakannya sangat tinggi risiko membawa maut kepada ANAK anda!
Sumber/Foto : Faisal Firdaus, MA@Penolong Pegawai Perubatan Anestesiologi@Bius