Goreng kuetiau pun ada cara dan tipnya, barulah ia elok kejadiannya tak kembang melekat. Bukan apa, kadangkala bila kita goreng kuetiau ia jadi sangat lembik, hancur dan sebagainya.
Hakikatnya, mungkin ramai yang tak tahu kuetiau ni sangat lembut dan sangat ‘sensitif’ dengan air. Jadi jangan basuh kuetiau lama-lama. Namun sangat mesra dengan minyak, jadi kena lebihkan sikit sewaktu menggoreng.
Boleh ikut tip goreng kuetiau seperti yang dikongsikan oleh Puan Yurni Emilia ini sebagai panduan.
Dah beberapa kali nampak ahli grup ni menghadapi krisis menggoreng Kuetiau.
Di sini saya nak kongsi tip asas untuk selamatkan keadaan ye.
1. Kuetiau is not friendly to water. Jadi,..
Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat-cepat.
Basuh pakai air paip je. Bukan dengan air panas.
Membasuh Kuetiau terpulang pada masing-masing. Ada yang basuh dulu dan ada yang tak. Saya prefer basuh untuk asingkan Kuetiau satu per satu. Tak suka yang melekat.
Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja air ajinomoto ni.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
Ajinomoto kaya dengan MSG yang mampu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.
Tak perlu selalu, siram sekali je seminggu. Namun walaupun nak buat mudah, kosnya pun murah ada cara betul nak gunakan baja air ajinomoto ni.
Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok.
PERTAMA:
1 sudu teh (5g) Ajinomoto untuk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA:
1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Untuk umur tanaman setahun ke atas).
Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA:
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula
berbunga. Demikian juga pokok yang tidak pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudah cuba keadah ini, memang berkesan dan berhasil.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, boleh cuba siram dengan baja air ajinomoto ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.
Rupanya ramai yang masih tak tahu bahawa pemegang kad, waris mahupun mak ayah yang mempunyai anak OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh memohon cukai jalan atau ‘roadtax’ secara percuma di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hanya perlu bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Baca perkongsian daripada Encik Akhi Akmalini sebagai rujukan;
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku. Bukan untuk OKU sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Cara Mohon Roadtax Percuma Di JPJ
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya OKU tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
Syarat-Syarat:
1.Ada lesen memandu.
2.Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3.Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Mingguan Wanita: Jadi buat pemegang kad OKU, waris mahupun mak ayah yang ada anak OKU, bolehlah rebut peluang ini. Mohon cukai jalan percuma di JPJ ikut syarat dan bawa dokumen yang diperlukan.
Tip buat mak-mak hias bilik anak lelaki, dekorasi biar boleh guna sampai dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
TIP DEKORASI BILIK ANAK LELAKI
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOTyang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.