Seronok bila buka peti sejuk, penuh dengan sayur-sayuran pelbagai jenis. Rasa bahagia, sebab nanti itulah makanan yang akan buat anak-anak sihat.
Sayangnya nak simpan sayur banyak-banyak jadi halangan, sebab tak tahan lama. Suri ini, Maryam Salleh berkongsi tip simpan sayur agar kekal segar dan tahan lama.
Katanya, “Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer, pastu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk.”
“Maklum lah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar cam baru beli di pasar.”
Cara Simpan Sayur Kekal Segar Lebih Seminggu
Ads
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.
2. Jangan basuh sayur yang nak disimpan. Just potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.
3. Setiap bekas tu ngam ngam untuk sekali atau dua kali masakan.
Ads
4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti ais. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru di beli.
Ads
Mungkin cara setiap orang tak sama, tapi kalau kalian nak cuba cara saya buat ni silakan, dan tolong SHARE dengan rakan-rakan yang lain ilmu ini. Semoga ramai dapat manfaat.
Harga Borong Bekas Plastik
Bekas plastik saya beli borong 50 pcs/ RM19.50 di NSK.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, Bijak bisnes juga Bijak di dapur.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Puaslah selongkar segala sudut dalam rumah, dalam kereta rupanya lesen memandu itu dah tertakdir nak hilang. Suka atau tidak, kenalah buat lesen baru. Sebenarnya, nak dapatkan lesen baru ini mak ayah tak perlu pun nak buat report polis.
Malah caranya pun mudah saja. Tak sampai 10 minit, lesen memandu baru dah boleh diperoleh. Inilah yang dikongsikan Noor Erman Sungep ketika berdepan pengalaman lesen memandu hilang.
Lesen Memandu Hilang, Tak Perlu Report Polis
Siapa pernah hilang lesen atau lesen tertinggal kat mana-mana then lupa. Tak tau nak buat macam mana? Meh saya bantu.
Sebab saya hari tu langsung tak tahu.
Yang best siap dah report polis. Padahal tak perlu pun.
Jadi ingat ya, lesen hilang tak perlu report polis.
Begini Cara Dapatkan Lesen Baru
Pertama
Pergi ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) terdekat.
Kedua
Pastikan bawa kad pengenalan. Tapi kalau kad pengenalan pun hilang juga, yang tu kenalah buat report polis. Buat kad pengenalan dulu. Kalau tak pun bawa salinan lesen, kalau ada lah.
Ketiga
Beratur ambil nombor tunggu giliran dalam tu.
Kat situ tekan bahagian ‘lesen’.
Keempat
Pergi ke kaunter setelah dipanggil dan siapkan duit RM20 untuk bayaran lesen baru. Lepas tu cakap kat pegawai jaga bahagian kaunter tu nak buat lesen baru, sebab lesen hilang.
Dia akan minta kad pengenalan kita atau salinan lesen. Kemudian, dia akan periksa dan dia akan bagitau nak tempoh berapa lama untuk jangka hayat lesen tu. Lepas tu, bayar. Pahtu tunggu tak sampai 10 minit.
Kelima
Tak sampai 10 minit lesen baru tu siap.
Senang je rupanya. Nak tunggu siap tak lama. Yang lama tu, tunggu giliran. Nak nak waktu PKP ni kan.
Seharian membuat kerja-kerja pembersihan di rumah, penting mak-mak pilih sarung tangan yang betul untuk lindungi bahagian tangan dan jari jemari. Nanti, kerja mengemas boleh dibuat dengan lebih cepat, efisien malah selamat.
Terutama ketika mengemas sudut-sudut dalam rumah, mencuci bilik air, mencuci pinggan mangkuk malah ketika mengangkat barangan berat mahupun berkebun di laman kediaman. Setiap sarung tangan ada fungsi tersendiri. Tip yang dikongsikan Showa ini cukup bagus untuk mak-mak hadamkan.
Pilih Sarung Tangan Yang Tepat Ikut Kegunaan Harian
1. Ketika Membasuh Pinggan Mangkuk
Terbaik pilih : sarung tangan SHOWA Saratto Touch Flock Lined Semi-Long PVC Household Glove
SHOWA Saratto Semi Long
Lindungi kulit tangan dan kuku daripada sabun pencuci malah kesan minyak kotoran dengan pilihan sarung tangan yang sesuai. Saiz sarung tangan jenis ini lebih panjang jadi menghalang kotoran terkena tangan.
Sarung tangan ini juga lebih tahan lasak, bebas alergi lateks, tidak berbau dan boleh dicuci selepas penggunaannya. Ia mempunyai lapisan fiber kapas halus bertujuan memelihara lembapan pada tangan. Produknya yang pelbagai memudahkan mak-mak buat pilihan.
Terdapat 3 saiz dengan warna yang berbeza iaitu S (merah jambu), M (oren) dan L (oren)
Sarung tangan ini juga boleh dipakai semula selepas dicuci. Jimat bukan.
2. Semasa Mencuci Bilik Air
Terbaik pilih : sarung tangan SHOWA Saratto Touch Flock Lined PVC Household Glove.
Ada sesetengah bahan pembersih bilik air mengandungi bahan kimia yang kuat dan memberi kesan merengsa pada kulit sensitif. Mak-mak perlu lindungi tangan.
Selain tahan lasak, bebas alergi lateks, dan tidak berbau. Sarung tangan jenis ini juga mempunyai lapisan fiber kapas halus bertujuan memelihara lembapan pada tangan, walaupun ketika membuat kerja-kerja mencuci dan membersih.
Saratto mempunyai 3 saiz dengan warna berbeza iaitu S (merah jambu), M (hijau) dan L (hijau).
3. Sewaktu Mengemas Sudut Rumah
Terbaik pilih : sarung tangan SHOWA Surutto Touch PVC Household Glove
SHOWA Saratto
SHOWA Surutto
Sarung tangan yang betul memudahkan mak-mak kaut bulu-bulu halus atau rambut- rambut gugur atas lantai. Lagi-lagi kotoran ini sukar diambil dengan tangan yang kosong.
Sarung tangan pakai ini sesuai untuk mak-mak yang mahu membuat kerja mengemas dengan lebih cepat. Jenis non flock lined ini membuatkan Surutto lebih ringan.
Sesetengah sarung tangan getah yang ada di pasaran berbau lateks (getah). Yang mana bauan itu disebabkan baki klorin yang terperangkap dalam molekul lateks. Semasa proses pembuatan sarung tangan, serbuk-serbuk dan klorin digunakan untuk membersihkan sarung tangan pakai buang ini.
Terdapat 3 saiz dengan warna berbeza iaitu Surutto S (merah jambu), M (biru) dan L (biru).
4. Ketika Penyediaan Makanan
Terbaik pilih : sarung tangan SHOWA Rose Pink Food Grade Disposable Nitrile Glove
Dalam pada mengemas kediaman, tentulah mak-mak tetap perlu menyediakan makanan untuk anak-anak dan suami. Semasa penyediaan makanan inilah, mak-mak perlu pastikan sarung tangan yang dipilih betul.
Sarung tangan pakai buang jenis Showa Rose Pink ini selamat untuk digunakan semasa penyediaan makanan. Kerana ia bebas serbuk dan bebas silikon.
Uniknya, ia juga boleh digunakan untuk membuat kerja-kerja pembersihan ringan. Terdapat dua saiz iaitu S dan M.
5. Semasa Menyusun, Membersih Pokok-pokok Di Laman Rumah
Terbaik pilih : sarung tangan SHOWA 381 Microfibre Working Glove
SHOWA 381
Kerja membersih, menyusun dan memindahkan pokok-pokok berpasu di halaman rumah jadi mudah jika menggunakan sarung tangan ini.
Rekaannya melindungi tangan dari iritasi, jemari mudah ’bernafas’ lebih kering dan kurang berpeluh.
Gelembung kecil pada permukaan tapak tangan membantu daya cengkaman yang kemas. Mudahlah nanti mak-mak nak mengangkat permukaan pasu yang licin dan berat itu.
Yang menariknya, di laman web : Showa di bawah rangkaian produk motherhood ada membuat promosi berterusan yang menawarkan diskaun 30% untuk setiap pembelian minimum sebanyak RM50. (Promosi ini sah dari 14/12/2019 sehingga 31/1/2020).
Bagi membolehkan anda menikmati promosi ini, sila tebus dengan kod baucer berikut : SHOWA30
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang geram bila dedaun hijau pada tanaman berlubang-lubang, ‘dikerjakan’ oleh serangga perosak. Baik siput, ulat, bena dan sebagainya. Rupanya salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, mak-mak boleh buat sendiri racun serangga organik yang mesra alam dengan menggunakan air rebusan Bunga Cengkih.
Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman dan antara pilihan racun serangga organik yang paling mudah untuk disediakan. Cara membuatnya pula cukup mudah.
Bahan-Bahan Diperlukan;
2 Sudu Besar Bunga Cengkih
1 Liter Air
Cara Membuat:
1.Reneh 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
2.Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api.
3.Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya.
4.Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
Cara Semburan:
Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
Sembur air rebusan ini 2 kali sehari selepas siram air pada tanaman, setiap pagi dan petang
Selain itu, antara kegunaan lain Bunga Cengkih juga ialah;
Mencegah Semut
Cara untuk atasi semut dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.Semut-semut pasti tiada lagi kerana tak sukakan baunya.
Mencegah Lalat
Bagi mencegah lalat yang sering menghurung makanan pada atas meja pula, cara juga mudah. Ambil limau nipis/limau purut/lemon kemudian belah dua bahagian.Cucuk bunga cengkih pada permukaan buah yang dipotong tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Nak lebih berkesan, letakkan lebih dari satu biji buah di cucuk cengkih.
Mengawal Rumpai
Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, boleh juga gunakan ramuan bahan dapur dengan bunga cengkih ini. Untuk menyediakan racun rumpai organik, hanya perlu sediakan pati minyak Bunga Cengkih terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati Bunga Cengkih bersama 500ml cuka di dalam botol penyembur. Kocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak dimusnahkan.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
MW: Banyak kegunaan Bunga Cengkih ni pada tanaman. Boleh cuba tip dan petua yang dikongsikan ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...