Setiap anak ada rezekinya. Tak kisah anak seorang, dua orang mahu pun anak ramai. Itulah rezeki yang Allah berikan. Cuma, mak ayah kena amanah dan tanggungjawab dalam menjaga anak itu.
Sering kali kita fikir dan tengok, ada sesetengah mak ayah yang hidup susah tapi anak bukan main ramai lagi. Kita tak sedar itulah rezeki, susah macam man sekali pun tapi rezeki tetap ada untuk anak-anak.
Apa yang perlu mak ayah buat, pikul tanggungjawab dan bela nasib anak-anak ini. Jangan dibiarkan. Jangan ingat, mak ayah itu anak seorang, bolehlah ikut apa kehendak anak itu.
jJangan beranggapan begitu, seorang mahupun anak ramai, semua itu rezeki dan paling penting kualiti yang mak ayah kena berikan pada anak-anak ini.
Menariknya perkongsian daripada Farizal Radzali ini tentnag amanah pada anak-anak. Mak ayah jangan bangga anak ramai, jangan sedih anak seorang mahupun tidak ada anak. Semua ini telah ditetapkan olehNya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak ‘Naik Kepala’ Dengan Ibu, Ayah Jadilah Penyokong Isteri, Guna Kelebihan Tegur Anak
10 Perkara Mak Ayah WAJIB Beritahu Anak, Nampak Remeh Tapi Inilah ‘Bekalan Hidupnya’
Info Lebih Menarik DI SINI
Sudah-sudahlah mengatakan anak itu rezeki semata-mata. Jika anak-anak itu sekadar rezeki, kenapa kebanyakan yang susah hidupnya itu, punyai anak yang ramai? Jika rezekinya pada anak-anak, bukankah lebih ramai anak lebih banyak rezekinya?
Dan akhirnya anak-anak yang ramai itu tak terbela nasibnya. Sekolah tak mampu. Kecil-kecil dah bekerja cari duit poket sendiri dan ada juga yang jadi pencuri. Ada kecil-kecil lagi dah jadi samseng.
Masuk usia remaja, hisap dadah. Jadi peragut. Sebab apa? Sebab tekanan hidup? Atau kurang kasih sayang kerana adik beradik ramai?
Mana kualiti anak-anak yang dikatakan rezeki itu?
Anak itu adalah rezeki dari Allah swt. Tak semua orang memilikinya. Itu pemberian Allah, sebab itu dipanggil rezeki.
Namun setiap rezeki tak datang begitu sahaja, ianya datang bersama sesuatu yang lebih berat dipanggil AMANAH. Anak itu bukan sekadar rezeki tapi anak itu AMANAH dan amanah itu besar tanggungannya.
Anak itu punca rezeki? Ibu ayah kongsi rezeki anak²? Jangan sampai rezeki anak, kita yang gunakan untuk kepentingan diri. Jangan sampai amanah & tangungjawab kepada anak, kita abaikan.
Hanya bangga anak ramai, tak peduli bab amanah.
Tingkatkan kualiti, bukan kuantiti. Lebih ramai anak, lebih tinggi amanah, lebih banyak perhitungan di sana nanti.
Dan di satu hari kelak, anak-anak akan menjadi seperti apa yang kita tanamkan dalam diri mereka.
Kita abaikan anak-anak hari ini, nanti anak-anak abaikan kita. Masa tu pasti si anak dicop derhaka kepada mak ayah. Anak-anak sentiasa dilihat salah di mata masyarakat jika mengabaikan ibu ayah. Anak-anak yang jahat, kononnya seburuk manapun ibu ayah kita, mereka tetap insan yang melahirkan & membesarkan.
Wallahua’lam.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi kebanggaan mak ayah.
Sumber: Farizal Radzali
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita