Jangan Bandingkan Anak, Mungkin Yang Nakal, Lemah Itulah Jaga Mak Ayah Bila Tua

Share

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada anak dari kecil sudah pandai dan bijak. Tapi tak kurang juga ada anak nakal, lemah terutamanya dalam pelajaran. Namun, itu bukanlah bebanan buat mak ayah tetapi rezeki yang telah ditakdirkan.

Anak-anak adalah rezeki bagi setiap mak ayah. Punyai anak yang bijak dan pandai sudah tentu impian setiap mak ayah. Tapi, jika ditakdirkan ia bukan seperti diharapkan, tak perlulah mak ayah membandingkan dengan anak yang lain.

Setiap anak punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan sesekali mengatakan anak yang nakal, lemah itu tidak boleh diharap atau tidak beruntung. Sebaliknya, anak yang pandai dan bijak dijulang-julang.

Kita tak tahu, ada kata-kata mak ayah ini membuatkan anak rasa kecil hati atau berdendam. Malah tidak mustahil, anak yang mak ayah tidak suka inilah akan menjaganya bila tua-tua nanti.

Apa yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff ini memang benar dan kita juga lihat ada kes-kes yang sebegini. Bayangkan, mak ayah sayang, sanjung dengan anak yang pandai, bijak dan mempunyai pekerjaan yang baik-baik di ibu kota. Tapi, anak yang nakal, lemah dan tidak berpendidikan ini sentiasa ada bersama mereka. Malahan, yang ini jugalah menjaga orang tuanya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doktor Ini Kongsi Cara Betul Guna Ubat Demam Anak Dan Sukatan Yang Sesuai

Realiti Hidup Mak-Mak, BEBELAN Itulah Punca Anak Berjaya, Bukannya Berlembut 24 Jam

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Nakal, Lemah Belum Tentu Menyusahkan Orang Tua

Kata-kata Mak ayah yang buat anak berdendam.

Mohon taubat dan istighfar sebelum ia menjadi doa yang mustajab dan diangkat oleh Allah SWT.

  1. Tiada Masa Depan

Dapat straight A dalam periksa belum tentu anak jadi hebat pada masa akan datang. Anak yang langsung tak dapat A dalam peperiksaan belum tentu mereka gagal sepanjang hidupnya.

Cukuplah menilai dan menghukum anak melalui akademik, kerana suatu hari nanti kita hanya dambakan anak yang taat pada Allah SWT, taat pada Rasulnya dan taat pada ibu ayah.

Kejayaan dalam hidup seorang anak adalah berdasarkan sejauh mana ibu ayah menghargai kebolehan, kepakaran dan pekerjaan mereka. Gaji tak lumayan tak apa, yang penting ibu ayah sentiasa dalam ingatan.

Anak-anak akan jadi seperti mana yang ibu ayah fikirkan. Kadang-kadang kita tak berniat, tetapi bila emosi ammarah menguasai diri, segala macam perkataan negatif keluar dari mulut tanpa dapat dikawal, rasa puas bila dapat marah dan sakitkan hati anak.

Ingat, setiap kata-kata adalah doa. Sekali terlepas cakap, cepat-capat istighfar, berwuduk dan solat sunat taubat.

Jangan lupa neutralkan balik dengan anak. Akui depan mereka mak ayah tak bermaksud untuk berkata begitu. Gantikan dengan ucapan dan doa yang baik depan mereka agar tiada dendam di hati.

Minta maaf dengan anak tidak akan buat anak pijak kepala mak ayah, malah mereka belajar menjadi seorang yang pemaaf dan cepat minta maaf apabila lakukan kesalahan.

 2. Menyusahkan

Tiada seorang pun anak yang lahir untuk menyusahkan ibu ayah. Malah Allah SWT bekalkan rezeki yang berbeza untuk mereka.

“Kau jangan la jadi anak yang menyusahkan.. Kalau tahu dah besar jadi macam nie, tak hingin aku lahirkan kamu dulu…”

Hati-hati, kita bukan Tuhan untuk menolak lahirnya seorang anak, kita juga jangan menaruh harapan terlalu tinggi terhadap setiap pemberian jika kita sendiri suka menyalahkan takdir.

Kesan daripada ucapan ini, anak-anak akan benci pada Allah. Sentiasa menyalahkan takdir kerana merasa dirinya dicipta untuk menyusahkan ibu ayah, merasa dirinya tidak layak berada di sisi keluarga. Sakit hatinya Allah sahaja yang tahu. Mereka akan merasa dirinya mangsa dan langsung tidak berguna.

Kerosakan yang paling jelas dan nyata apabila kita telah mendidik anak untuk menjadi seorang pembenci, suka sangka buruk, keras hati, degil dan semua orang adalah musuh baginya.

Sabarlah dalam berkata-kata kerana sampai satu masa kita akan menyesali perbuatan ini sehingga akhir hayat.

  1. Banding-bandingkan

Sudah banyak kes salah laku, juvana, anak derhaka dengan sebab sentiasa direndahkan dan dibandingkan dengan adik beradik yang lebih pandai dan lebih suksess dalam hidup.

Sepanjang hidupnya anak ini menanggung duka. Kesedihan yang terkumpul akan melahirkan perasaan marah dan dendam. Merasa diri orang yang paling lemah dan tidak beruntung.

Saya pernah ada seorang murid yang selalu murung dan sedih. Bila diselidik, rupanya dia mempunyai seorang adik yang agak pandai. Ibu ayah selalu bandingkan mereka sehingga sampai satu masa dia rasa mati lebih baik dari terpaksa menelan kata-kata sinis setiap hari.

Tiada seorangpun di dunia mahu dilahirkan dalam keadaan lemah dan lembam. Mereka lahir kerana Allah sedang menyediakan pahala yang besar pada ibu ayah.

Jangan minta apa yang anak tak mampu berikan, mintalah pada Allah apa yang kita inginkan dari seorang anak. Nakal hari ini belum tentu dia menyusahkan hidup kita selamanya.

Mungkin yang nakal dan lemah inilah yang akan mengasihi kita bila dah tua nanti.

Hanya Allah sahaja yang tahu apa bakal anak kita tempuhi. Yakin dengan pemberian Allah, in sha Allah kita akan redha dan terim anak-anak dengan seadanya.

#BicarakuKeranaAllah

#AllahSentiasaDhati

MW: Kadang-kadang dalam adik beradik sendiri kita tengok ada yang mempunyai pekerjaan biasa-biasa dan tinggal bersama dengan mak ayah. Tapi, pada dialah yang diharapkan untuk jaga mak ayah sehari-hari. Ingat, semua itu hanya Dia yang tahu dan merancang segalanya.

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Published by
Nora