Teh, salah satu minum yang mesti ada pada setiap rumah. Malah, ada yang jadikan minuman ini sebagai minuman wajib yang perlu ambil setiap pagi. Bukan sahaja senang untuk membuatnya tetapi terasa kenikmatannya bila minum panas-panas.

Jarang ada orang yang tak suka minum teh termasuklah anak-anak. Minum waktu petang dengan cekodok, goreng pisang atau kek. Memang sedap. Bukan orang dewasa saja suka, kanak-kanak pun ‘sama naiknya’ minum teh.

Ada sesetengah mak-mak pulayang jadikan teh ini sebagai salah stu minuman ‘wajib’ pada anak-anak’. Malah, kalau anak tak minum susu, mak-mak sanggup berikan teh untuk anak sebagai penggantinya.

Sebenarnya, minuman teh ini tak baik untuk anak-anak. Nampak macam biasa sajakan. Tapi itulah realitinya. Memang tidak sesuai untuk anak-anak.

Perkongsian daripada Wawa Shauqi ini boleh membuatkan mak-mak ‘membuka mata’ tentang keburukannya apabila memberi rteh pada anak-anak.

Jangan Bagi TEH Kat Anak Kecil!

Beberapa tahun lepas, melalui ujian darah, doktor mengesahkan yang anak saya kekurangan zat besi. Waktu tu, serius saya down.

Selama ni, saya fikir saya ni mak yang komited bab jaga makan anak. Setiap 4 jam, saya akan bagi makan berat. Dalam pinggan, saya pastikan ada karbohidrat, protein dan sayur. Macam mana boleh tak cukup zat besi pulak!?

Rasa tak Adil pun ada, bila saya kena soal siasat dengan doktor pasal makan anak tak cukup zat. Siasat punya siasat, rupanya sebab anak saya selalu minum teh.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Kurang Berat Sebab Minum Teh O Dan Inilah Pencetus Picky Eater

IKLAN

TEH HIJAU Bukan Minuman Detoks Tapi Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Info Lebih Menarik DI SINI

Minuman Wajib Di Rumah

Allahu..
Memang teh tu dah dikira minuman wajib kat rumah. Saya sangka, air teh tulah yang buat anak saya banyak minum. Tapi, sebab teh yang bersifat dueretik, lagi banyak minum, lagi banyak air disingkirkan dari badan.

Bila disingkirkan, bukan saja anak jadi dehidrat dan mudah letih. Malah kalsium yang anak perlukan untuk tulang pun flush out sekali.
Selain kalsium, zat besi dan nutrien lain pun tak dapat diserap dengan baik. Sebab ada kafein dan tannin dalam teh. Samalah macam kopi!

Jadi, saya sumbatlah sayur dan buah banyak mana pun. Kalau minum jugak teh, habis semua zat tu akan keluar balik tanpa sempat diserap sel badan.

IKLAN

Kurang Zat Besi

Satu lagi fakta yang mindblowing adalah, TERLALU BANYAK MINUM SUSU pun boleh menyingkirkan zat besi dalam badan.

Ini saya pun tak pernah tau sebelum ni. Perkara ni disahkan oleh 2 sahabat saya yang bekerja di bahagian nutrition.

Jadi hati-hatilah.

Kat luar saya, ramai mak ayah yang ada masalah anak picky eater. Lalu diberi anak minum susu berbotol-botol. Tanpa sedar rupanya benda tu mudarat kepada pertumbuhan anak.

Apa yang terjadi bila badan anak tak cukup zat besi adalah, mereka berisiko dapat anemia. Badan tak dapat hasilkan darah merah yang berkualiti. Hasilnya, anak akan :

IKLAN
1. Mudah letih
2. Gelisah/ marah/ tantrum
3. Masalah tingkah laku
4. Mudah sakit kepala
5. Menghadapi masalah fokus
6. Sukar berfikir.
7. Mengalami tabiat suka makan ais dan benda bukan makanan
8. Mudah berpinar bila tukar posisi

Malah, kanak-kanak yang banyak minum teh ni akan dapat beberapa risiko lain. Antaranya:

1. Kurang selera makan/ picky eater
Masalah ni menyebabkan anak bantut dan tak dapat nutrient, vitamin dan mineral yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat.

2. Tulang tak kuat.
Teh dan kopi ni buat anak banyak kencing. Dan menyebabkan dehidrasi. Kalsium juga akan disingkirkan sekali. Menyebabkan tulang anak tak kuat.

3. Mengalami gangguan tidur
Kanak-kanak ni Allah dah cipta dengan tenaga yang banyak. Bila minum minum teh, badan anak akan dapat lebihan tenaga yang dia sendiri tak perlu. Dan tenaga itulah yang menyebabkan mereka jadi susah nak tidur.

 

Makanan Tambahan

Benda ni betul-betul jadi pengajaran besar kat saya. Tolong kongsikan info ni kat sahabat kita serta pengasuh anak-anak kita. Mereka perlu tau ni.

Tolong tambahkan makanan-makanan ni dalam diet anak-anak.
a) Daging
b) Kekacang
c) Bayam
d) Hati
e) Brokoli
f) Tauhu

Semua makanan ni akan bagi zat besi kat anak. Jangan lupa ambil sayur dan buahan yang kaya dengan vitamin lain. Vitamin lain jugak akan bantu tingkatkan penyerapan zat besi.

Tip Tambahan

1. Cara masak sayur yang paling bagus adalah celur. Banyak zat dalam sayur yang masih kekal.
2. Tauhu dan brokoli sedap dibuat snek. Goreng tepung aje
3. Bayam tu, cuba beli yang baby spinach. Ia tak mengandungi rasa yang kuat. Jadi, sangat sesuai ditambah dengan apa jua buahan untuk dijadikan minuman. Antara buah yang saya tambah bersama baby spinach adalah mangga, strawberi, pisang dan epal.

MW: Lepas ni mak-mak kena tukar yer. Jangan bagi anak minum teh.

Sumber: Wawa Shauqi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI