Lumrah manusia tidak lari daripada melihat kebahagian dari kaca mata orang lain. Kdang-kadang bahagia kita diukur dengan cara bahagia orang lain.

Salah sebenarnya kerana masing-masing ada cara bahagianya yang tersendiri yang Allah kurniakan tanpa kita sedar dek asyik merenung kebahagian orang lain.

Sebaiknya jangan asyik pandang kebahagian orang lain sampai lupa apa yang Allah berikan pada kita selama ini. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim dan ketahui bagamana cara terbaik untuk mencipta bahagia:

Jangan Asyik Pandang Kebahagiaan Orang Lain

Sebenarnya ada cara untuk bahagia. Kita asyik tengok kebahagiaan orang lain. Sampai lupa nak tengok apa yang Tuhan sudah bagi dekat kita.

Di sini suka saya nak kongsikan beberapa petua untuk menggapai kebahagiaan hati yang sebenar.

#1 – Jangan membenci walaupun ada yang berbuat salah kepada kamu. Doakan dia agar insaf dari berbuat salah dan suka menyakitkan hati orang.

#2 – Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin kita di seluruh dunia dan orang yang mendidik kita. Sentiasa berbuat baik kepada orang yang paling dekat pada kita.

IKLAN

#3 – Jangan bersedih lama sangat walaupun masalah yang menimpa tinggi menggunung. Selama dia bukan oksigen, kamu masih dapat hidup tanpa dia.

Baca Juga Di sini:

Tak Jatuh Maruah Suami Buat Kerja Rumah, Suami Pun Nak Pahala Bahagiakan Isteri

Wanita Ini Kongsi Tentang Ujian Depresi. Carilah Bahagia Untuk Teruskan Kehidupan

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

#4 – Perbanyakkan memberi, walaupun kita sendiri berada dalam kesusahan. Allah tingkatkan darjat orang sebegini. Belajar sifat ikram muslimin.

#5 – Hidup dalam kesederhanaan, walau kekayaan seluas lautan. Biarlah orang hairan tengok kita hidup sederhana.
Yang dia pening tengok kita, dah kenapa?

#6 – Senyum walau hati sedang menangis. Orang yang terbaik sifatnya apabila menyembunyikan kesakitan dan kesedihannya. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita.

#7 – Berbuat kebaikan walau sendiri sedang ditimpa musibah. Insha Allah, akan datang bantuan dari sumber yang tak disangka-sangka.
Bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri kita sendiri. Apabila kita selalu rasa sentiasa betul, kita bimbang akan cenderung lihat kesalahan orang. Perhatikan hati kita.

Jangan Lupa Kita Pun Sedang Bahagia

Ada 9 sebab hati tak bahagia. Diantaranya:
1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad dengki
4. Bakhil atau lokek
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego
8. Riak
9. Cinta dunia

Semoga kita terhindar dari sifat di atas. Beroleh bahagia dalam hati untuk capai kehidupan tenang dan berkat.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
#SelamatPagi

Klik di sini untuk lebih info, https://t.me/MrHafizulHakim

MW: Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dengan setiap nikmat Allah berikan. Begitulah erti bahagia yang sebenar. Renung-renungkan.

Sumber: Hafizul Hakim