Gambar sekadar hiasan (Foto: Facebook Firdaus Shakirin)

Sedari kecil cuba terapkan pada anak-anak agar berdikari, minta mereka membantu di rumah. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan biasakan diri mereka lakukan kerja-kerja di rumah. Mak, ayah perlu libatkan mereka.

Sebaiknya buang tanggapan dan jangan anggap kerja rumah urusan perempuan, anak lelaki juga perlu diajar supaya jadi kebiasaan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami apa yang cuba disampaikannya:

“Dah tua bangka, tak boleh buat apa dah…”

Sebab tu kena melentur dari rebung, bukan bila sudah jadi buluh…

Sekarang kita ada anak… Baik anak lelaki, atau pun anak perempuan… Ajar, didik dan bimbing anak kita ini untuk solat…

Ini perkara pertama yang seawal usia bila dia sudah boleh berfikir, terus suruh dia solat… Solat ini tiang agama, solat ini juga dapat mencegah kita daripada perbuatan yang mungkar serta jahat… Terapkan dalam fikiran dia akan kepentingan untuk solat…

Berapa ramai yang sudah jadi suami orang, isteri orang, bapa orang, ibu orang yang sudah tak solat?

Ramai…  Rumah jadi macam kuburan sebab tak dihidupkan dengan amal ibadat… Ketua rumah tak solat, isinya juga turut serta tak solat…

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Bila Ada Anak Perempuan. Cabarannya Tak Sama Dengan Jaga Anak Lelaki

Jangan Dimanja Anak Lelaki. Usah Harapkan Anak Perempuan Saja Buat KERJA RUMAH

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Didik Anak Lelaki & Perempuan Lakukan Kerja Rumah

Kemudian, ajar, didik dan bimbing anak lelaki dan anak perempuan untuk buat kerja-kerja rumah… Suruh, paksa, dan jadikan kebiasaan… Jangan anak perempuan saja yang kena buat, anak lelaki boleh tidur sampai tengahari…

Dua-dua kena buat kerja rumah, kedua-dua kena jemur baju, kutip baju, lipat baju… Tak kira lelaki atau perempuan, kena basuh pinggan sendiri dan kemas meja makan sendiri…

Jangan biar kita saja yang buat semuanya… Kita sendiri boleh tengok kan kesan mereka yang tidak diberikan kerja-kerja sebegini ketika mereka tinggal dengan ibu bapa mereka?

Sudah besar, satu apa pun tak nak buat, tak nak tolong dan anggap itu kerja perempuan…
Ubah mindset ni… Lelaki dan perempuan kena sama-sama buat kerja-kerja rumah…

Sama-Sama Lakukan Kerja Rumah Jadikan Kebiasaan

Untuk anak perempuan, kerapkan ajak masuk dapur daripada biarkan dia bertik-tok… Kita nak dia jadi mahir dalam perkara yang akan dibuatnya bila sudah berumah tangga kelak iaitu memasak…

At least, kenal bahan, kenallah sayuran dan kenal juga ikan-ikan… Asas memasak itu ada dalam fikiran…

Untuk anak lelaki, suruh dia beli barang… Biar dia tahu apa jenis keperluan dan perbelanjaan dapur yang kebiasaannya perlu ada di dapur…

Nanti, isteri dia akan guna dan perlukan benda yang sama juga… Masa itu, dia akan tahu berapa sepatutnya duit yang perlu dikeluarkan dia untuk perbelanjaan dapur…

Tidak adalah kita dengar, “Bagi 50 je, dah habis?”

Dapatkan Maklumat Di Hujung Jari

Kita beruntung sebab sekarang ini ilmu di hujung jari… Banyak info yang kita perolehi di hujung jari…

Tekan sana, tekan sini, dapat ilmu baru… Kita juga banyak baca tentang masalah-masalah orang lain setelah berumah tangga… Pasangan berkira, pasangan tak membantu, pasangan itu, pasangan ini…

Sekaranglah masanya untuk kita didik, ajar dan bimbing anak kita supaya bila anak kita besar nanti, dia tidak akan jadi macam apa yang kita baca, atau apa yang kita sendiri alami sekarang…

Sudah tua bangka, susah dah nak suruh…

MW: Bila sudah terbiasa sejak kecil, pasti tidak menjadi masalah buat anak mak,ayah menyesuaikan diri setelah berkahwin kelak. Betul tak?

Sumber: Firdaus Shakirin