Mak-mak kita dulu, kalau ada anak lelaki main ‘rumah-rumah – anak patung’ memang dah lama kena jerkah. Main masak-masak pun satu kepantangan. Anak lelaki kena lasak. Tak boleh main lembut-lembut ini. Walhal, anak lelakilah dari kecil lagi dah kena ajar masuk dapur, kenal barang dapur, tahu nama-nama herba yang mak-mak guna dalam masakan harian. Uii.. penting tu!
Baik lelaki atau perempuan, dua-dua sebenarnya boleh bermain apa saja permainan. Salah satunya dollhouse inilah. Ibu bernama Amira Omar ini menunjukkan panduan pembuatan sebuah mini dollhouse. Dollhouse ini dihasilkan untuk anak-anaknya, Imani dan Ziyyad. Akuinya, proses yang menghasilkan permainan ini telah melalui 3 kali fasa pembuatan.
“Alhamdulillah, dollhouse yang simple ni khas untuk anak-anak ibu tersayang. Seronok lihat Imani dan Ziyyad gembira bermain dengan dollhouse.
Ibu kongsikan sedikit kelebihan bermain ‘dollhouse’ ye. Lagi satu, Dollhouse ni boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Jangan anggap anak lelaki tak sesuai main dollhouse.”
Baca Sini : Ini Cara Bina Ruang Belajar Interaktif Dalam Rumah Guna Bahan Terpakai
– Dapat melatih kemahiran berkomunikasi anak-anak.
– Meningkatkan kemahiran untuk berkongsi, menyelesaikan masalah, berunding serta menangani emosi.
– Bila kita ada lebih dari seorang anak, galakkan mereka main bersama, dengan cara ini dapat tingkatkan kemahiran sosial mereka.
– Penggunaan perkataan secara berulang-ulang dapat tingkatkan tahap keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain.
– Mereka akan semakin berani, yakin diri, kurang rasa malu untuk memulakan langkah berbual dengan rakan lain.
– Kreatif mencipta watak yang pelbagai.
– Kreatif mencipta ‘storylines’ mereka sendiri.
– Otak kanak-kanak sebenarnya bergerak sangat aktif semasa bermain dollhouse. Ini kerana mereka sibuk mencipta cerita, menyusun patung, serta mencari perkataan yang ingin diucap bersesuaian dengan setiap watak yang dilakonkan.
Menarik sangat kan. Apa tunggu lagi jom main ‘dollhouse’
Sumber/Foto : Amira Omar