Kadang kala sesetengah orang akan sangka anak-anak masih kecil dan bebas untuk dia buat sesuatu tanpa berfikir apa akan berlaku pada anak-anaknya nanti. Walau perkara kecil, patutnya mak ayah tak boleh pandang remeh. Tambah pula, hidup pada zaman yang anak-anak boleh dapat segalanya di hujung jari. Ya, takut terbabas je! Nak tahu lebih jauh, baca perkongsian daripada saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini…
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak ayahnya pakai seluar dalam depan matanya selepas mandi. Mak ayah fikir anak kecil lagi, tapi mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak-anak mereka.
Nak dijadikan cerita, bila dah meningkat remaja, beliau terdedah dengan video pornografi. Kau pun tahu kan, video lucah ni boleh menyebabkan ketagihan. Dah tengok sekali, akan tengok lagi berkali-kali. Bila tengok yang biasa, beralih ke hardcore sex hinggalah mencari video lucah sama jantina.
Mula-mula beliau rasa janggal, lama kelamaan rasa biasa dan condong ke arah itu. Bila sambung belajar ke sekolah berasrama, dibuli pula oleh rakan. Disuruh berbogel dan melakukan onani dihadapan pelajar senior. Mental dibuli! Tapi lama kelamaan, ia jadi perkara biasa. Beliau seronok untuk melakukannya.
Kau bayangkanlah, pernah tengok ayah berbogel masa kecil, ketagih dengan video lucah sama jantina hinggalah dibuli seperti itu, rasa-rasa apa yang jadi kepada beliau kemudiannya?”
Aku mendiamkan diri. Terasa sedih ya amat mendengar perkongsian dari rakanku ini.
“Adik tu terlibat dengan homoseksual?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Ads
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah menyayat hati yang berlaku kepada remaja di luar sana. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina. Namun disebalik semua itu tersimpan memori silam yang kompleks untuk dirungkai.
Sebagai ibubapa alaf baru, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka. Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Jangan hanya berseluar dalam dan berbikini sahaja di hadapan anak-anak. Apa kita fikir rumah tu sama seperti pantai di Los Angeles?
Tuan puan yang disayangi,
Ads
Kau tahu, anak kecil akan meniru sahaja apa yang dilihat. Segala perilaku mak ayah akan dipamerkan kembali oleh anak-anak. Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Ini kisah benar tuan-tuan. Kami pernah kendalikan kes murid darjah 2 melakukan hubungan intim (bercumbu dan meraba) dengan rakan sekelas. baru 8 tahun tu. Kau rasa apa yang adik ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perilaku mak dan ayahnya?
Setelah disoal siasat, rupa-rupanya adik lelaki ini biasa melihat ibu dan ayahnya bercangkerama di rumah tanpa malu. Beliau melihat dan memerhati. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Beliau mengulangi jawapan yang ayahnya berikan, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Ads
Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gadjet seawal usia kecil. Setelah diberi, tidak dipantau pula. Anak kecil ini hanyut dengan dunia youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Nak menjadi mak ayah kini bukan perkara mudah. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak perlu dipelajari. Fungsi tubuh badan perlu disampaikan dengan baik oleh ibubapa. Ikut tahap umur anak. Fungsi zakar dan faraj perlu diberitahu. Ini tidak, zakar dan faraj pun ditukar kepada istilah yang lain, jadi burung dan pepet. Allahu. Ia tidak lucah, ia proses mendidik anak-anak.
Tuan Puan,
Soal buli di asrama, kita kena akui ia berlaku. Baik sekolah biasa hinggalah ke sekolah aliran agama. Jika dahulu hanya sekadar dibuli basuh baju senior, kini ia transform ke satu tahap yang dahsyat. Buli dalam bentuk seksual. Kau pun follow kan, isu pelajar asrama yang melakukan buli luar tabi’e kepada rakannya. Mahu ulas juga isu ini, nanti kena saman pula. Takdir tuan tuan.
Ibu ayah di luar sana, ketahulilah, anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Gali lagi ilmu, praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabi’e, pedofil dan seangkatan dengannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah kata orang, lelaki diuji ketika ada segalanya. Perempuan pula diuji ketika tidak mempunyai apa-apa. Bagi sesetengah orang, mungkin wang bukan segalanya. Tetapi satu hakikat yang perlu kita terima ialah segalanya perlukan wang.
Ikuti kupasan lanjut bersama Abdul Muiez Ruslee, Guru Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah & Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Sabak Bernam tentang hal ini.
Contoh Kes:
Saya teringat kepada satu perbualan antara saya dengan adik. Dia kini bertugas sebagai jururawat lelaki di sebuah hospital di Singapura.
Katanya, “Kalau mahu beli beg berjenama mewah, bagitahulah. Dekat sini harganya jauh lebih murah. Jika di Malaysia harganya mencecah RM6,000, tetapi di sini boleh dapat separuh dari harga itu.”
Saya termenung panjang. Seumur hidup saya, belum pernah memegang beg semahal itu. Jika pegang pun belum, apatah lagi terfikir untuk memilikinya. Kemudian, saya menjawab dengan perlahan.
“Saya berpegang kepada prinsip, biar harga dompet RM10, tetapi dalamnya ada RM100, daripada harga dompet RM100, tapi dalamnya ada RM10 sahaja.” Langsung kami ketawa.
Tidak lama selepas itu, saya berbual dengan isteri. Saya tanya kepadanya, “Andai kata saya mempunyai duit RM3,000, mahukah awak jika saya hadiahkan beg berjenama itu?”
Saya tunggu jawapannya dengan penuh sabar.
“Tak perlu susah-susah. Bagi saja duit tiga ribu itu, tahulah saya bagaimana mahu dibelanjakan.” Sungguh saya terhibur dengan jawapannya. Jawapan itu juga seperti yang saya jangka.
Fakta yang perlu para suami tahu:
1.Wanita memang tidak pernah kedekut terutamanya bab kewangan.
2.Hulurlah sekeping wang pada isteri dan apabila keluar makan bersama, wang yang diberikan itulah digunakan.
3.Bila ingin isi minyak kereta, wang itu jugalah dia gunakan.
Tidak Kedekut
Tidak dinafikan, saat isteri membeli dia tidak meghabiskan wang untuk dirinya sendiri, sebaliknya untuk kegunaan keluarga. Jawapan yang diberikan oleh isteri cukup mudah.
“”Kalau saya tak beli, abang nak beli?”
Jadi, apabila isteri membeli, jangan dihalang kerana dia tahu apa yang perlu untuk keluarganya.
Satu lagi yang perlu diingatkan, apabila isteri mengatakan dia tidak mempunyai wang. Sebenarnya, masih ada wang yang terselit di sana sini.
Keadaan ini sangat berbeza dengan suami kerana jika dia mengatakan tidak ada wang, memang itulah yang sebenarnya.
Ciri-ciri Isteri, Menteri Kewangan Keluarga
1.Selalu mengatakan tidak ada duit, sedangkan apabila tiba pertengahan bulan, dia senang hati menghulurkan duit minyak kereta kepada suami tanpa banyak bicara.
2.pada hujung tahun, suami pening kepala memikirkan wang untuk membayar yuran dan membeli keperluan sekolah anak. Tetapi, isteri akan tersenyum sambil mengatakan untuk menggunakan duit simpanan yang ada.
3.Biarkan nampak isteri seakan menyongkong dalam hal-hal kewangan tetapi percayalah setiap apa yang dilakukan itu memberi manfaat kepada keluarga di saat memerlukan.
4.Jarang suami dapat menyimpan wang kerana pendapatan yang diperolehinya akan dihabiskan untuk membayar utiliti dan keperluan rumah.
Wahai Suami!
* Jangan culas untuk memberi nafkah dan wang belanja rumah setiap bulan. Walaupun isteri mempunyai pekerjaan sendiri tetapi nafkah itu satu kewajipan yang perlu ditunaiakan.
* Jangan berkira untuk membelanjakan wang demi keluarga. Biar pun nampak wang suami akan habis tetapi itulah letaknya keberkatan.
* Jangan mengungkit atas segala pemberian kepada keluarga.
Jangan Sombong
Boleh dikatakan isteri adalah menteri kewangan terbaik. Jadi, para suami jangan sombong dengan isteri. Hulurlah kepada isteri walaupun sedikit kerana satu hari nanti, suami tentu perlukan bantuan isteri juga. Percayalah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masa berlalu tanpa kita sedari, sedar tak sedar anak semakin membesar sedangkan masa bersama mereka dihitung hanya berapa lama saja. Sebabnya, mak ayah sibuk bekerja siang malam mencari duit untuk membesarkan mereka.
Memang betul, mak ayah cari duit dengan harapan, mak ayah tebus apa yang anak inginkan masa kecil yang tidak mampu ditunaikan waktu itu.
Jangan salah tafsir, wang ringgit memang boleh dicari tapi momen indah masa anak masih kecil terus berlalu dan tidak akan berulang lagi. Sebab itu, ciptalah momen indah dengan anak-anak.
Mereka bukannya perlukan wang ringgit atau macam-macam tapi dia mahukan masa bersama, main bersama untuk dikenang sampai bila-bila seperti yang dikatakan oleh Dr Salehuddin Sulaiman ini.
Terutama ketika mereka masih membesar. Zaman preschool dan zaman sekolah rendah.
Luangkan masa untuk mereka. Banyak benda boleh buat.
Camping di luar rumah
Tonton bola sepak di stadium
Naik basikal bersama-sama
Berpiknik tepi sungai/ pantai/ paya/ parit.
Tangkap belalang, katak, ikan, anak berudu
Maybe ada yang fikir : saya kerja keras, buat OT, kejar nak naik pangkat, buat 2nd job. Semua ni untuk anak-anak saya.
‘Bila saya dah berjaya, saya akan bawa anak-anak melancong ke luar negara (maybe anak-anak time tu dah ‘besar panjang’)’
Percayalah, anak-anak hanya mahukan masa dengan kita. Aktiviti yang nampak remeh, tapi itulah yang akan mereka ingat sampai bila-bila.
Bukan aktiviti tu yang penting, tapi keberadaan kita itu yang penting.
Terasa hiba bila melihat ada parents yang “cuba nak buat something kepada anak mereka untuk tebus ‘negligence’ mereka di masa lampau”.
Mingguan Wanita : Semua yang berlaku hanya sekali. Jangan sia-siakan waktu anak-anak sedang membesar. Ciptalah kenangan bersama anak.
Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman
https://www.facebook.com/salehuddin.sulaiman.1
Kebanyakan anak-anak lelaki pastinya sukakan watak superhero seperti Superman, Ultraman, Batman, Spiderman dan sebagainya. Sebagai mak ayah, layankan sahaja imaginasi anak-anak yang sukakan watak superhero ini dan jangan disekat minat dan imaginasi mereka.
Ini kerana perkembangan anak-anak memang unik dan istimewa.Daripada imaginasi tersebut ia mampu membentuk kreativiti yang mampu merangsang perkembangan dan cara mereka berfikir untuk mencapai cita-cita secara realiti.
Bila kita tanya anak kita, “Dah besar nak jadi apa?”, dan mereka menjawab “Ultraman” atau “Superman”, apa reaksi kebiasaan kita sebagai ibubapa?
Biasanya kita akan menjawab, “Tak best lah jadi Ultraman… Jadi doktor lah…” atau yang seumpamanya. Yelah, Ultraman bukannya betul pun… Buat apa nak layan imaginasi budak kan?
Saya ingin berkongsi kisah dua anak saudara saya, Azmir dan Izwan. Saya agak rapat dengan mereka kerana saya tinggal bersama mereka semasa belajar dan sebelum kahwin. Mereka amat meminati Ultraman dan Superman, sehinggakan semasa konsert tadika dan ada pertandingan kostum, mereka memilih untuk menjadi Ultraman dan Superman. Kostum yang direka khas dari Kuching oleh sedara mara di sana menjadi kebanggaan mereka.
Sebab Kanak-Kanak Suka Superhero
Kenapa kanak-kanak suka dengan “superhero” sebegini dan kenapa perlunya ada imaginasi sedemikian dalam seorang kanak-kanak?
Bagi mereka, superhero melambangkan kebaikan, seseorang yang membantu menegakkan kebenaran dan menghapuskan kejahatan. Mereka juga melihat melalui superhero tersebut, sebuah dunia di mana “anything is possible”, tiada batasan imaginasi. Oleh itu apabila kita menidakkan imaginasi mereka dengan cuba menggantikan dengan “realiti” (contoh – baik jadi doktor daripada Ultraman), kita menghadkan daya imaginasi dan kreativiti mereka.
Alhamdulillah, lebih 20 tahun setelah mereka berdiri di atas pentas sebagai Ultraman dan Superman, mereka sekarang adalah seorang juruterbang. Azmir,30 bersama Emirates dan Izwan,28 dengan Malaysia Airlines.
Ya, seperti Ultraman dan Superman, mereka pun boleh terbang.
Biarkan anak berimaginasi.
-Lily Maznah Muas
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah, jangan sekat imaginasi anak-anak. Semoga dengan imaginasi tersebut, ia mendorong ke arah mencapai cita-cita yang lebih tinggi.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...