Jangan ambil mudah ada saudara mara kita bukan mahram ya mak ayah. Memandangkan beberapa hari lagi Aidilfitri akan berakhir, amalan ziarah menziarahi masih ada. Beberapa hari berbaki, kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mengunjungi saudara mara.
Dalam kemeriahan bertemu saudara mara, mak ayah jangan ambil mudah ya soal batasan aurat. Pastikan diri kita dan anak-anak menjaga batas aurat dan janganlah bebas bersentuhan sesama sendiri.
Menerusi Facebook Khairul Anuar Basri telah berkongsi beberapa panduan asas untuk kita ketahui orang-orang yang bukan mahram buat kita semua.
Jangan Ambil Mudah Ada Saudara Mara Kita BUKAN MAHRAM
Khairul Anuar Basri juga menasihati jika kita dapat membetulkan kebiasaan amalan bersalaman dengan orang yang mahram pasti akan hadirnya keberkatan dalam hubungan kekeluargaan. Ikuti penjelasan daripada Khairul Anuar Basri yang boleh dijadikan panduan.
JANGAN AMBIL MUDAH.
“Ada antara saudara-mara kita yang menjadi bukan mahram kepada kita. Maknanya mereka halal untuk kita kahwini, ada batas aurat dengan mereka dan batal air sembahyang jika bersentuhan.
“Tetapi kadang-kadang saya lihat masih ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Ada yang bukan saja tidak menjaga batas aurat, bahkan bebas bersentuhan sesama sendiri.
“Ada yang saya pernah saya jumpa, antara ipar duai pun bersalaman sambil berpelukan dan berlaga pipi atas dasar tradisi turun-temurun dalam keluarga.
“Astaghfirullah….
“Sebagai panduan asas, berikut adalah orang-orang yang bukan mahram buat kita semua :
✅ Jika kita seorang LELAKI :
- Isteri kepada adik beradik bapa (mak saudara sabit).
- Isteri kepada adik beradik emak (mak saudara sabit).
- Adik beradik perempuan bapa mertua (mak saudara isteri).
- Adik beradik perempuan emak mertua (mak saudara isteri).
- Anak perempuan adik beradik isteri (anak saudara sabit).
- Kakak ipar.
- Adik ipar perempuan.
- Sepupu perempuan.
- Sepupu ayah (perempuan).
- Sepupu emak (perempuan).
✅ Jika kita seorang PEREMPUAN :
- Suami kepada adik beradik bapa (bapa saudara sabit).
- Suami kepada adik beradik emak (bapa saudara sabit).
- Adik beradik lelaki bapa mertua (bapa saudara suami).
- Adik beradik lelaki emak mertua (bapa saudara suami).
- Anak lelaki adik beradik suami (anak saudara sabit).
- Abang ipar.
- Adik ipar lelaki.
- Sepupu lelaki.
- Sepupu ayah (lelaki).
- Sepupu emak (lelaki).
“Macamana nak hentikan benda ni kalau dah terbiasa dan ada yang bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalaman?
Kena tolak dan bagitahu dengan baik. Kadang-kadang kerana kejahilanlah amalan ini berleluasa.
“Saya dulu pun pernah lalui benda yang sama. Ingatkan semua mak saudara boleh bersalaman. Tapi sedikit demi sedikit dah boleh betulkan dengan adanya ilmu.
“Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. InsyaAllah akan hadir keberkatan dalam hubungan kekeluargaan,” kongsi Khairul.
Baca Sini : Tolonglah Cari Inisiatif Luangkan Masa Bersama Anak-Anak, INI TIP DIDIK Mereka Elak Masalah Sosial
Tolak Bersalaman Secara Sopan Dengan Ahli Running Man, Yana Samsudin Dipuji Beri Contoh Terbaik!
“Sedaya Upaya Untuk Menjaga” Warganet
Menerusi ruangan komen, ramai warganet yang berterima kasih atas perkongsian dan sedaya upaya untuk menjaga aurat.
Mingguan Wanita : Nasihat yang berguna buat mak ayah.
Sumber : Facebook Khairul Anuar Basri
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Kisah inspirasi ibu tunggal dari Kak Engku
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI