Jangan Ada Mindset “Isteri Full Time Housewife, Mesti Suami ‘Struggle’ Kerja Sorang-Sorang…”

Share

Memang ada benarnya zaman sekarang ekonomi serba serbi mencabar. Adakalanya tak terfikir mampu menanggung keluarga dengan hanya satu sumber pendapatan dan hanya suami sahaja yang ‘teruk’ berkerja.

Sebenarnya, kita tak perlu ada ‘mindset’ sebegini. Bagi keluarga yang memilih untuk mempunyai hanya satu pendapatan dan isteri hanya seorang suri rumah, mereka mempunyai gaya hidup yang bersesuaian dengan pendapatan dan kemampuan yang ada. Cara berbelanja, komitmen dan hutang pun tak sama.

Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin
ini. Hadamkan perkongsian ini sebagai panduan.

“Isteri full time housewife? Mesti struggle kan kena keje sorang-sorang…”

Eh, kenapa plak nak struggle? Saya tanya orang yang kata tu…

“Yer la, zaman sekarang kan kos hidup tinggi, nak beli itu ini, harga barang mahal…mesti la struggle nak cukupkan keperluan keluarga”

Gaya Hidup Ikut Pendapatan & Kemampuan

Konsepnya mudah saja, jangan pening-pening, jangan pikir teruk-teruk, jangan ada mindset keje sorang je, mesti struggle…sebab apa?

Sebab orang yang keje sorang ni, dia dah created lifestyle ikut pendapatan dia…dia dah wujudkan cara keluarga dia “hidup” berdasarkan kemampuan dia.

Apa yang mampu dia sediakan, apa yang mampu dia bagi, apa yang mampu dia tunaikan.

Kita orang luar, kita takkan tahu cara berbelanja orang yang hanya ada satu sumber pendapatan. Kita beranggapan dia struggle sebab kita keje laki bini pun masih tak cukup.

Gaya Hidup Tak Sama

Lifestyle kita dengan dia tak sama. Cara berbelanja, komitmen, hutang kita dengan dia pun tak sama.

Nak stabilkan keluarga dengan hanya satu pendapatan ni, orang yang dah lalui akan tahu pengalaman tu. Bukan senang nak seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan. Susah tu, awal-awal ja.

Once dah dapat rentak berbelanja, dah tahu cara untuk berbelanja dengan pendapatan sorang saja, maka dah tak jadi masalah dah.

So, akhir kalam, rezeki ni luas, nikmat ni banyak. Usaha mau lebih, maka insyaallah hidup tu Allah cukupkan dan mudahkan.

Mesti Baca:Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama
Baca Lagi Di Sini:Tak Jatuh MISKIN Suami Tanggung Isteri Sepenuhnya, Hati Tenang Duit Habis Untuk Keluarga!
Artikel Menarik: Isteri TAK KERJA ‘Habiskan Duit Suami’, TAK BERDOSA PUN! Semua Untuk Anak, Dirinya!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya gaya hidup setiap keluarga tak sama. Rezeki Allah itu luas, paling penting rajin bekerja cukupkan pendapatan, insya allah segalanya dipermudahkan walaupun hanya dengan seorang yang bekerja.

Sumber: Firdaus Shakirin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab