Rata-rata sekolah pasti akan ada jamuan sekolah untuk meraikan pelajar dan guru-guru. Biasanya untuk jamuan hari raya, sambutan hari guru, jamuan akhir tahun dan sebagainya. Inilah masa untuk anak bergembira dan merasai macam-macam makanan yang di bawa.
Bila ada jamuan sekolah jugalah, mak-mak mula kalut dan fikir makanan apa yang nak dibawa oleh anak nanti. Masalahnya, timbul juga isu makanan yang dibawa tak disentuh tak dimakan. Akhirnya murid terpaksa bawa balik dengan keadaan sedih.
Isu ini yang kerap dipaparkan di media sosial boleh menimbulkan rasa sedih dan ada juga yang mempertikaikan guru kelas yang tidak ambil tanggungjawab untuk bungkus makanan dan bahagikan pada murid-murid.
Tak perlu nak salahkan guru, semuanya pasti di luar kawalan, maklum saja semua kelas mengadakan jamuan, jadi mungkin ada yang terlepas pandang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kawan Tak Makan Sebab Saya Miskinkan Cikgu, Guru Kongsi Pelajar Bawa Biskut Kering Jamuan Sekolah
Resipi Spiral Goreng, Idea Menarik Buat Jamuan Raya Kelas Anak, Mudah & Sedap
Walau bagaimanapun, rata-rata pihak sekolah sekarang mengambil insiatif terbaik agar tak adalah berlaku isu potluck yang makanan tak disentuh di bawa balik oleh anak murid.
Perkongsian daripada Chienta Mul’aien 11boleh dijadikan contoh untuk mana-mana sekolah yang menganjurkan jamuan sekolah. Mungkin ada yang sudah praktikkan dan pihak sekolah/guru punya cara tersendiri untuk elak isu potluck ini.
Isu “potluck” ni kan banyak murid bersedih sebab makanan yg dibawa tu tak habis dan murid terpaksa bawa balik semula ke rumah, bayangkan betapa kecewa nya perasaan mereka.
Saya tahu sebab anak saya hari-hari tanya bila jamuan, mama bawa makan apa, sehari sebelum jamuan pun dia ingatkan saya untuk beli barang jamuan, punya semangat nak sambut hari raya. Jadi, bayangkanlah macam mana perasaan dia kalau kawan-kawan dia tak makan makanan yang dibawa itu.
Kat sini Cikgu-cikgu perlu mainkan peranan, dalam group kelas ibu bapa buatkan list, setiap makanan yang akan dibawa murid supaya tak terbawa benda yang sama, macam sekolah anak saya SK SUNGAI WANGI, ibu bapa masing-masing akan listkan makanan yang dibawa.
Paling saya kagum, masa saya hantar makanan dekat kelas anak, cikgu tengah susun bekas “tipuware” dekat meja (cikgu yang sediakan bekas itu) dan masukkan kuih-kuih serta makanan yang murid bawa dan bahagikan pada semua murid untuk di bawa balik..natijahnya mak nya pun tumpang kenyang sekali
Saya kagum dengan sikap cikgu sekolah yang prihatin. Harap sangat tahun depan, panjang umur kalau sekolah buat jamuan raya boleh ikut cara sekolah ini.
Mingguan Wanita: Semua sekolah dah mula buat potluck macam ni. Tak kurang juga sekolah yang minta duit sumbangan dan mak ayah tak perlu fikir nak masak apa, semua disediakan oleh guru. Masing-masing ada cara tersendiri untuk raikan murid dan guru-guru.
Sumber: Chienta Mul’aien 11
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita