Orang muda zaman la ni mana nak kenal jamu yang diformulasikan orang-orang lama dulu. Inilah rahsia naikkan seri wajah dengan mengamalkan jamu mawar 7 kuntum.
Kata Puan Sarifa Redzuan, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek) memaklumkan rahsia orang lama dulu menjaga kecantikan mereka adalah dengan mengamalkan jamu mawar.
Mawar digunakan untuk kecantikan sama ada di minum, dimakan kelopaknya atau dijadikan formula untuk kecantikan kulit wajah dan badan.
Sebab itu tak hairalah, kenapa mawar terkenal di serata pelosok dunia.
“Harini, cikgu petik bunga mawar mak cikgu. Cikgu nak buat jamu. Jamu ni mudah dan sangat istimewa. Cikgu amal dari zaman muda lagi
”√ Seminggu 2 ke 3 kali
√ Minum sebelum makan waktu pagi dan malam sebelum tidur sambil NIAT baik baik.
7 kuntum bunga mawar }
1 – 2 genggam daun inai } Keduanya dibasuh
9 biji buah pelaga
1 sudu besar bunga cengkih
1. Rebus bersama 500ML air sampai mendidih
2. Tapis airnya. Tambah 30-50ML Madu
3. Kacau Sebati
4. Tuang dalam cawan boleh perah lemon dan minum
5. Lebihan simpan dalam peti ais.
Kelopak mawar kaya dengan antiseptik, anti-bakteria, anti-radang, dan sifat anti-oksidatif.
Ia bagus untuk membantu menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kering serta berminyak.
Ia memberikan kelembapan kepada kulit, dan kulit juga menjadi lebih lembut, licin, berseri dan kesihatan muda.
Ia kaya dengan vitamin A dan Vitamin E. Dengan antioksidannya ia mampu membantu melewatkan proses penuaan dimana ia juga membantu mengurangkan kecutkan dan garis halus.
Antioksida yang tinggi membantu membatasi radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus melambatkan penuaan.
Sumber vitamin C yang baik membantu meningkatkan daya imuniti tubuh anda. Seterusnya, melindungi anda daripada pelbagai keadaan kesihatan dan memerangi jangkitan dengan cara yang lebih baik.
Kandungan vitamin C membantu dalam memberi kelegaan dari sakit tekak, hidung berair dan sejuk badan.
Asid organik dalam kelopak mawar meningkatkan daya pencernaan. Semakin kuatnya sistem penghadaman anda, semakin selamat saluran gastrousus anda daripada penyakit dan jangkitan.
Ia juga membantu menyingkirkan sisa dan toksin dan membantu usus lebih sihat. Ia Di samping itu, ia juga membantu proses pertumbuhan bakteria baik di usus anda.
Jamu ini membantu mengurangkan tekanan anda selepas satu hari yang panjang. Ya! Ia mempunyai kesan positif untuk mengimbangi tekanan dengan menenangkan sistem saraf anda.
Bestkan manfaat jamu ni. Sangat mudah untuk di masak. Konsisten minum jamu ni wajah pun jadi pinkish semulajadi.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II