
Isi Kandungan
ToggleBila badan mulai lesu, perut sebu, buncit dan angin dalam badan, minum jamu halia madu setiap hari antara yang mak-mak boleh diamalkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut perkongsian oleh Cik Pooja, jamu ini beliau amalkan bagi menurunkan berat badan secara semulajadi. Selepas berpantang selama 2 bulan, baru amalkan minum jamu ini. Apa yang penting ia bergantung pada usaha yang konsisten dalam mengamalkan jamu ini.
Antara kelebihan lain Jamu Halia Madu ini ialah:
- Pembuangan dan pencernaan tak lawas
- Atasi masalah angin dalam badan
- Atasi masalah perut sebu
- Atasi masalah perut buncit
- Turunkan berat badan secara semulajadi
Bahan-Bahan:
2 inci Halia Tua
2 biji limau nipis @ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
Cara Membuat:
1.Ukur pakai jari kita takat 2 ruas jari telunjuk yea.
2.Potong membulat macam ini.
3.Selepas itu masukkan dalam periuk dan isikan 3 cawan air. Renehkan sampai air yang 3 cawan tadi berbaki 2 cawan. Biarkan suam.
4.Setelah itu, masukkan dalam blender dan tambahkan dengan 1/2 cawan Madu.Kisar sampai halus.
Siap!
Isi dalam botol elok-elok dan simpan dalam peti.
Cara Penggunaan:
Minum 3 sudu besar, 2 kali sehari pagi dan malam. Sukatan yang dibuat ni mampu bertahan dalam 2,3 hari je.
Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!
Sumber: Cik Pooja
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Mak Tiada Hijab, Nak Anak Berjaya Jangan Putus Berdoa

Isi Kandungan
ToggleDoa adalah pengikat kasih sayang antara mak ayah dan anak-anak. Lafaz yang tulus daripada lubuk hati seorang ibu, tiada hijab di sisi Yang Maha Esa.
Malah doa juga merupakan senjata ampuh bagi kaum muslimin. Doa petanda pengharapan yang tulus kepada Allah SWT. Sesungguhnya tiada yang berhak dan berupaya mengatur kehidupan kita dan melunaskan hajat kita selain daripada-Nya.
Usah Persiakan Peluang
Oleh yang demikian, ibu yang solehah pasti sentiasa bergantung penuh kepada-Nya dan berharap setulusnya kepada Yang Maha Pengkabulkan hajat. Maka usah abaikan kesempatan dan peluang yang diberikan oleh Allah ini, ia berada tepat di tangan kita untuk digunakan semahunya!
Rakan penjaga yang dihormati, walau apa sahaja keadaan yang sedang kita hadapi sekarang, duduk letaknya diri kita dalam seluruh sistem kehidupan ini harus kita fahami dan ketahui. Kedudukan sebagai hamba Allah harus diredai dan dihargai. Tiket sebagai hamba kepada empunya alam semesta adalah sebuah tiket yang amat berharga. Syaratnya adalah dengan penyerahan total kepada-Nya.
Lagi artikel menarik di sini:
Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca
Jadilah Orang Baik, Bila Tiada…Akan Dikenang Dalam DOA Orang Lain
Jangan lupa FOLLOW Mingguan Wanita di instagram
Pergantungan Kepada Allah
Semakin kita bergantung kepada-Nya maka makin diaturkan seluruh makhluk untuk membantu dan berkhidmat kepada kita. Perhatikan sahaja tabiat seorang anak kecil yang tidak bermaya, dia hanya mampu menangis untuk menghantar mesej kepada orang sekelilingnya.
Walaupun orang sekelilingnya tidak memahami mesej tersebut dengan jelas namun dengan kuasa Allah ada sahaja bantuan yang dibawa oleh orang tersebut bagi melunaskan hajat anak kecil tersebut. Begitulah yang bakal terjadi jika kita benar-benar berserah diri kepada Allah.
Rahmat Dan Belas Kasihan Allah
Dalam mendidik anak-anak, pengharapan ini harus diletakkan tinggi. Kita harus memahami bukan usaha kita yang menjadikan anak tersebut baik, soleh ataupun sebaliknya, malah rahmat dan belas kasihan daripada Allah yang menggerakkan semua perkara tersebut.
Justeru, usaha yang dijalankan harus diiringi sentiasa dengan doa yang tulus buat anak-anak. Lafazkan dengan setulusnya daripada lubuk hati yang penuh harap sepertimana doa ibu Musa as ketika menghanyutkan anaknya, sebagaimana pengharapan Nabi Yaakob ketika mengetahui kisah mudarat yang menimpa Nabi Yusuf as, semuanya diiringi dengan rasa pengharapan yang tinggi, reda dan sabar.
Kebahagiaan Di Akhirat Kunci Kejayaan Di Dunia
Selain itu, doa ibu dan ayah harus tahu tujuan asal kehadiran anak-anak di muka bumi dan impian utama yang perlu dicapai bagi setiap insan.
Insya-Allah, dengan mengetahui perkara ini, doa kita lebih terpandu malah hala tuju kehidupan anak-anak kita menjadi lebih terarah. Dengan kesedaran ini, ibu bapa meletakkan harapan kepada perkara yang harus diletakkan harapan bukan yang sebaliknya.
Kebahagiaan anak di akhirat adalah kunci untuk kejayaannya di dunia. Ini harus diutamakan. Kemudian, berusaha juga untuk menyediakan suasana persekitaran yang tepat bagi menyokong doa yang dipanjatkan. Doa yang kita panjatkan adalah kiriman daripada Allah, maksudnya Allah memang nak bagi kita cuma sebagai hamba, sunnatullah-Nya kita haruslah tunjukkan kesungguhan untuk mendapatkannya.
Doa Bukan Sekadar Lafaz
Doa bukan terhad kepada lafaz semata ia juga ditunjukkan melalui perbuatan dan usaha yang dipanggil lisanul hal. Sebagaimana usaha keras Siti Hajar berlari-lari mendaki dan menuruni Bukit Safa dan Marwah dengan penuh harapan bagi menghilangkan dahaga anakanda kesayangannya walaupun secara logiknya sukar untuk mendapatkan air di padang pasir.
Namun pengharapan yang tinggi ditambah dengan pameran usaha yang tidak putus maka Allah anugerahkan air yang barakah untuk mereka dan manfaatnya sehingga ke hari ini dapat kita rasakan bersama.
Yakin Dengan Doa
Oleh yang demikian, yakinlah dengan doa yang kita panjatkan, sabar menanti serta bersangka baik sentiasa kepada Allah SWT. Iringi doa tersebut dengan usaha yang selayaknya kemudian gantunglah pengharapan yang sebenar-benarnya hanya kepada Allah SWT buat anak-anak.
Jangan mudah putus asa. Anak-anak kita adalah permata berharga yang mampu memberikan kita kelapangan di saat kita amat memerlukannya di barzakh kelak. Jadi, teruskan berdoa yang baik-baik untuk mereka. Wallahualam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah (USIM)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Video Senaman Melompat, Zarina Ditegur Suami “Suami Cakap Kita Hidup Dalam Masyarakat, Semua Nak Kena Jaga”

Isi Kandungan
ToggleVideo senaman melompat, Zarina ditegur suami. Bagitulah luahan yang dikongsi bersama pelakon Zarina Zainuddin apabila suaminya, Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar menegur tentang hantaran video senaman melompat yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Zarina berasa bersyukur kerana dirinya dikelilingi oleh mereka yang cukup sayang pada dirinya. Malah dia juga menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.
Bukan itu saja, pelakon ini juga memberitahu Instagramnya juga dipantau oleh suami, anak-anak dan juga anak buahnya.
Video Senaman Melompat, Zarina Ditegur Suami
“Assalamualaikum
“Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua ,amin.
“Semalam saya dapat teguran dari suami, tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal.
“Suami cakap kita hidup dalam masyarakat .. semua nak kena jaga ..
“Akaun ig saya di pantau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya mereka ada id ig saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus delete ..
“Saya hidup di kelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki .. ramai betul bodyguard saya ni.
“Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua ♥️ tq,” tulis Zarina.
“Semua Sayang Kakak”
Menerusi status berkenaan, Zarina dibanjiri komen yang positif dari pengikutnya. Antaranya ada peminat yang memberitahu dia beruntung kerana ramai yang sayangkan diriny.
“Waalaikum salam kakak zarinazainuddin Alhamdulillah banyak orang yang Ambi kesah pasal kehidupan kakak , diorang semua sayang kakak” nunung_casita
“Love you… You are a great woman” nunung_casita
“Alhamdulillah 🤲 ramai org sayang 😍” wan.nora.shikin
“Alhamdulillah..tegur sbb sayang❤️” noraini7758
“Suami yg baik & bertanggungjwb ialah yg sanggup menegur kesilapan/kealpaan kita bukan hanya memuji membuta tuli..begitu juga dgn teguran dr kaum keluarga demi menjaga maruah diri & keluarga..syukur” aziemahashim
Baca Disini Juga:
Sumber/Sumber Foto : Instagram Zarina Zainuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta

Isi Kandungan
ToggleSebelum tidur, selalu tak anda berborak-borak, lebih kurang pillow talk dengan pasangan? Atau letak je bantal di kepala, terus tidur. Begitulah mak-mak kan.
Tapi sebenarnya, pillow talk ini sangat membantu dalam hubungan suami isteri. Rasanya mesti macam-macam cerita yang nak diulas apa yang dilakukan sepanjang hari.
Namun, ada juga pasangan yang ambil mudah dan tak kisah tentang pillow talk ini, maklum sajalah, seharian sudah berceirta, bila dah mengantuk memang tak sempat nak bercerita pun.
Inilah salah satu cara untuk kita dan pasangan kekalkan momentum cinta. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku
Boleh Nak Tunjuk Sweet Suami Isteri Di Media Sosial, TAPI Janganlah Keterlaluan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Pillow Talk, Bersembanglah Sebelum Tidur
Penting ke?
Bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga dan sudah semakin kurang bercakap, ambillah peluang untuk ‘pillow talk’.
Sebenarnya masih banyak lagi kisah-kisah lama, pengalaman manis dan pahit pasangan kita yang masih kita belum tahu.
Setahun ada 365 hari.
Kita berkahwin dengan pasangan pada usia pasangan 25 tahun.
Kebiasaannya manusia mula mengingati peristiwa sekitar usianya 5 tahun.
Ini bermakna ada 7,300 kisah pasangan yang boleh diceritakan (365 hari x 20 tahun).
20 tahun sebelum dia berkahwin dengan kita, pasti banyak kisah-kisah best yang masih belum dia ceritakan pada kita.
Itu belum dicampur lagi dengan kisah dia di tempat kerja, kisah anak-anak kita, kisah politik, kisah negara, dan macam-macam lagi.
Jadi terlalu banyak cerita yang boleh kita sembang dengan pasangan sebelum tidur.
Anda semua tahu kan, pillow talk ni adalah salah satu cara yang baik untuk kekalkan momentum cinta!
Mingguan Wanita : Betul sangat, tak perlu takut tak ada cerita tapi sebenarnya, pillow talk dengan pasangan tidak akan habis.
Sumber: Imam Muda Hassan
Baca Menarik Lagi DI SINI: Mak Ayah Sibuk Nak Ber’Me Time’, Sudahnya Anak-anak Yang Terabai
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI