Jamal Abdillah bakal timang anak ketujuh, Isteri alah teruk sampai ada masalah jantung. Datuk Jamal Abdillah berkongsi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.
Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh
Memetik Berita Harian Raja Pop itu berkata, dia mahu merahsiakan kehamilan anak kelima, namun isterinya mengalami alahan teruk, tak makan selama lapan hari dan muntah.
“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.
Empat anak Jamal bersama Zai Izzati (dari kiri), Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani.
Isteri Alah Teruk Sampai Ada Masalah Jantung
“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.
“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya dilalui.
“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya yang kini meniti usia 65 tahun.
Ads
Untuk info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 1.
Jamal juga memiliki dua lagi cahaya mata lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Jamal berkata, isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung.
“Kemudiannya, isteri masuk kembali hospital selama empat hari, jadi lapan hari. Bayangkan tak makan lapan hari, itulah sebabnya dipercayai ada masalah jantung. Bila perut kosong, gastrik pun datang.
“Diharapkan isteri segera sembuh, saya melihatnya. Tapi, sekarang nampak perkembangan positif, semakin ceria, alhamdulillah,” katanya.
Ads
Mengulas kehamilan isterinya, Jamal berkata, ia adalah lebih kepada kurniaan rezeki Allah SWT.
“Ia adalah rezeki dan mungkin Allah nak menunjukkan kasih sayang kepada saya, jadi berikan tugas tanggungjawab sebagai bapa kepada tujuh cahaya mata ini.
“Dapatlah tebus dosa silam dan cahaya mata ini juga rezeki. Anak-anak adalah terapi dan hiburan saya.
Ads
“Sebenarnya saya sudah buat keputusan untuk tidak mahu lagi ada ‘baby’ selepas anak keempat, tapi rezeki datang.
“Jadi, saya sudah sepakat dengan isteri, kena ‘ikatlah’ selepas melahirkan anak kelima ini,” katanya yang menjangka bayi akan dilahirkan awal tahun depan.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Sesi persekolahan seawal 7.20 pagi setiap hari ketika ini memerlukan banyak pengorbanan daripada pelbagai pihak. Baik guru-guru, mak ayah mahupun anak anak yang terlibat.
Kerajaan disaran supaya menetapkan sistem persekolahan di Semenanjung bermula jam 8 pagi bagi meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Belas Kasihan & Empati Pada Guru, Ibu Bapa & Murid
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
“Jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah.
“Di sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan becak dan berlumpur. Ada yang terpaksa meredah denai kecil. Ada anak-anak yang terpaksa berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad.
Bergegas Ke Sekolah
Malah kata beliau, ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga kerana bergegas ke sekolah.
“Jika kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita lakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi,” katanya.
Untuk rekod sesi persekolahan ketika ini bermula jam 7.30 pagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi melaksanakan cadangan berkenaan, KPM juga disaran mengurangkan sesi persekolahan selama 15 minit bagi sesi pagi dan petang.
“Hanya (dilewatkan) 30 minit. Saya fikir tidak menjadi isu jika KPM kurangkan 15 minit sesi pagi dan 15 minit sesi petang,” katanya.
Mingguan Wanita: Mak ayah setuju tak jika sesi persekolahan dimulakan jam 8 pagi setiap hari. Jadi tidak terlalu tergesa-gesa mempunyai lebih banyak masa untuk bersarapan bersama keluarga di rumah.
PANAS, terbaru video remaja Malaysia bergaduh dengan pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment tular disehingga ramai netizen bengang dengan sikap memalukan salah seorang daripada 3 remaja yang sanggup tumbuk dinding dan berak di bilik air hanya disebabkan perasaan marah.
Lelaki yang bertikam mulut itu dikenali sebagai Ramadhan Sinclair merupakan juru gambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta terpilih ke pusingan akhir kategori juru foto termuda dunia Sony World Photography Awards.
Kes ini viral apabila pihak tertentu mencari 3 remaja ini untuk tuntutan atas kesalahan yang dibuat sebelum mereka bertiga meninggalkan sebuah hostel yang telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma disebabkan kes tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan.
Ini merupakan Post/Kenyataan rasmi dari Wan Iskandar (mewakili admin group Road To Japan, bersama pihak VITTI OSAKA).
Assalamualaikum dan Selamat Malam. Saya post berpandukan khidmat nasihat peguam saya dan ditranslatekan ke dalam Bahasa Melayu.
Kami mencari 3 orang Suspect dari Malaysia, ataupun waris kepada mereka untuk membuat tuntutan. Tuntutan oleh anak guam saya di atas kesalahan dibawah yang dilakukan di premis penginapan mereka di Jepun;
1. Melakukan kerosakan ke atas dinding premis. (kerugian 130,000 yen) 2. Melakukan kerosakan ke atas Bilik Mandi premis. (Berak di bilik air) (kerugian masih dikira) 3. Melakukan kerosakan ke atas perabot premis (kerugian masih dikira) 4. Melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang. kes tertinggal kapal terbang 5. Melakukan keganasan/assault/violence (bouryoku, 暴力) terhadap staff premis (kesalahan violence di Jepun mempunyai istilah khas dan akan disabitkan kesalahan secara serious bergantung pada kecederaan)
Kami mencari mereka atau waris kepada mereka. Pihak tertuduh, waris kepada pihak tertuduh boleh menghubungi kepada pihak (anak guam kami) ini untuk menyelesaikan kes. mahupun orang ramai yang mengenali tertuduh boleh menghubungi pihak ini jika terdapat secara maklumat.
Hubungi – Vitti Lodge & Family Apartment
Pos ini bertujuan untuk mencari mereka, menyelesaikan masalah ini dan membuat tuntutan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada post seterusnya
Updated: Tertuduh telah meninggalkan lapangan terbang Kansai International Airport sebentar tadi.
Updated 2: Kapal Terbang tertuduh dijangkan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2 pada jam 12 tengah mala mini (anggaran)
Updated 3: Salah seorang waris kepada tertuduh telah menghubungi kami
Updated 4: Pihak Polis Jepun sudah diberitahu, akan datang, dan Report polis rasmi akan dilakukan dan penyiasatan
Updated 5: Pihak media Jepun juga sudah dimaklumkan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap orang ada cerita Ramadan kali ini yang berbeza. Kerana, tahun new normal ini rakyat Malaysia perlu duduk rumah sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Yang sihat duduk di rumah, yang yang terkesan sakit Covid-19, duduk di wad isolasi Covid-19.
Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan positif Covid-19, sejak 12 April lalu masih lagi menjalani rutin kuarantin di wad hospital. Sehingga menjelang 1 Ramadan, masih lagi dirawat di situ.
Suasananya tentu berbeza. Tidak sama seperti orang lain yang dapat berkumpul, bertarawih di rumah bersama anak-anak dan isteri, malah bangun pagi untuk menunaikan ibadah sahur bersama-sama.
Kata Ashraf, Ramadan kali ini adalah malam paling bersejarah dalam hidupnya. Tarawihnya di dalam wad hospital. Kerinduannya pada keluarga buatkan hatinya menangis hiba.
Ramadan Kali Ini.. Ashraf Muslim
Kongsi Ashraf sebelum 1 Ramadan lalu,
Ramadan kali ini.
Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dari mama dan ibu nih… Ni lah nak cerita sikit. Lepas solat terawikh kul 10.30 malam tadi.. AM nk makan malam yerlah tengah laparlah kan sebba tak makan petang td.
So.. tengah makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tengok message. So bila buka jer dapat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat macam ni.. dah lah ayah kat wad.
Makan pun tak habis terus basuh tangan… waaa! Mama ibu dan anak-anak.. Sabar yer.. tunggu ayah sikit lagi.. insyaAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!. @ashrafslegacy
Dalam statusnya yang lain pula, Ashraf sempat berkongsi tentang hadis nabi mengenai ujian Allah dan wabak.
“Khususnya dengan wabak yang kita lalui sekarang iaitu virus COVID-19.
Sayyidina Anas berkata Rasullullah saw bersabda “Sesungguhnya besar ganjaran itu bergantung kepada besarnya ujian. Apabila Allah swt mencintai sesuatu kaum maka DIA akan menguji mereka. Sesiapa yang redha atas ujian itu maka baginya keredhaan Allah swt sementara sesiapa yang marah atas ujian itu maka baginya kemurkaan Allah SWT.” (Tirmizi)
Ujian perpisahan sementara ini sesungguhnya begitu menguji siapa pun ketika ini. Mereka yang berpeluang berkumpul dengan ahli keluarga, nikmatilah momen new normal ini dengan penuh kesyukuran.
Kerana nikmat #SyukurBersama ini tak selalu kita peroleh. Sebenarnya tuhan sedang memperlihatkan rahmat dan kasih sayangnya.
Teruslah patuh dengan saranan kerajaan duduk di rumah, dan semoga Malaysia menang dalam perjuangan yang cukup menguji ini.
MW : Mendoakan agar Ashraf Muslim segera sembuh dan bebas daripada Covid-19. Dan dapat bertemu kembali dengan ahli keluarga menikmati ibadah berpuasa bersama-sama.