Oleh kerana dia jalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua, wanita ini sering digelar pengikis.
Namun wanita ini tidak kisah akan pandangan orang lain kerana dia begitu ikhlas cintakan teman lelakinya.
Seorang wanita di Charlottesville, Virginia yang berusia 24 tahun mendedahkan bahawa dia sering digelar pisau cukur kerana menjalin hubungan cinta dengan lelaki 44 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar The Sun semalam.
Menurut Conni Cotten yang bertunang dengan Herb Dickerson, 68, meskipun dia dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, dia tidak mempedulikan pandangan negatif mereka kerana ikhlas menyayangi Dickerson.
“Orang di sekeliling terkejut apabila mengetahui mengenai hubungan kami. Komen yang sering saya terima adalah saya hanya ingin mengikis hartanya dan Dickerson hanya mahukan hubungan intim daripada saya.
“Bukan itu sahaja, keluarga saya juga pada awalnya turut tidak bersetuju dengan hubungan kami kerana bimbang akan keselamatan saya.
“Bagaimanapun, mereka akhirnya menerima seadanya selepas melihat Dickerson dapat membuatkan saya bahagia dan mula mempercayai serta menganggap lelaki itu seperti ahli keluarga sendiri,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
Jarak USIA 34 Tahun BUKAN Penghalang Bahagia, “Dia Banyak Bantu Saya Mendalami Islam
Jodoh Wanita Lebih Berusia, NIAT Kerana ALLAH Perkahwinan Berkat Dan Bahagia
Bertemu Jodoh Dengan Lelaki 22 Tahun Lebih Muda, Mak Mentua Tak Restu…
Menceritakan kisah cintanya dengan lelaki itu, Cotten berkata, mereka bertemu buat kali pertama ketika menjadi sukarelawan di sebuah pusat perlindungan gelandangan iaitu tempat Dickerson bekerja.
“Ketika kami berjumpa buat kali pertama, saya terus tertarik kepadanya dan kami berdua menjadi mesra dengan pantas.
“Saya mula menggodanya dan dia amat terkejut. Kami kemudiannya sering menghabiskan masa bersama dan semuanya berlaku dengan pantas,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dickerson berkata, keluarganya pada awalnya menganggap Cotten terlalu muda untuknya, namun mereka akhirnya dapat merestui hubungan tersebut.
“Dia mempunyai tenaga yang amat berbeza berbanding wanita sebaya saya. Dia seorang yang mudah didampingi,” ujarnya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sebenarnya usia bukanlah penghalang untuk bahagia kerana ramai saja yang miliki keluarga bahagia walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Sumber : Kosmo Online
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial